PROLOG

316 20 0
                                    

Hampir terhenti jantung aku melihat dua orang manusia yang sedang terbaring di atas katil bilik hotel empat bintang itu. Gelas yang ada dalam genggaman sudah jatuh menyembah lantai yang beralaskan karpet tebal bewarna kelabu itu tidak menghasilkan apa-apa bunyi yang boleh menarik perhatian manusia-manusia di hadapan mata.

"Abang Zahrin buat apa ni?" aku menyoal dengan suara yang bergetar sekaligus membuatkan lelaki yang sedang menindih seorang gadis sejak tadi menggelupur menjatuhkan dirinya ke atas katil.

Kelam kabut Zahrin membutang kembali kemejanya yang sudah terdedah menunjukkan dada bidangnya. Gadis di sebelah Zahrin hanya kaku, melihatkan rambut perangnya yang kusut-masai dan solekannya yang comot sudah cukup membuktikan bahawa dia tidak kesah jika dia diperlihat sebegitu.

"Cinta..."

Sebaik saja nama itu meniti di bibir si lelaki, air mata aku gugur menuruni pipi mulusku yang dilitupi dengan solekan ringkas. Niat aku datang ke bilik hotel Zahrin hanya sekadar ingin menghantar air minuman yang ibu arahkan tadi. Tidak disangka lain pula yang menjadi tontonan bebola mataku sekarang.

"Cinta, let me explain," Zahrin bersuara lagi, cuba menarik perhatianku yang bagaikan patung cendana berdiri di muka pintu biliknya. Sumpah, aku bagaikan tidak tahu hendak tunjukkan reaksi apa sekarang.

"Jangan panggil saya dengan nama tu lagi. Saya jijik," balasku dingin tanpa langsung beriak mahupun memandang ke arah lelaki yang merupakan teman lelaki atau dengan lebih tepat, tunang aku sendiri.

Tergeleng-geleng kepala Zahrin saat dia sedar tiada lagi ayat manja dan lembut yang keluar daripada mulutku. Lelaki itu membawa langkah kakinya terus mendekati diriku yang masih membatu. Wajahnya suram, mesti serba salah kan! Gadis yang masih tidak diketahui namanya itu sudah hilang di sebalik pintu bilik air, entah apa yang dibuatnya pun tak tahulah. Malas nak fikir. Yang penting sekarang, Zahrin dah kantoi curang! Sekali lagi!

"Lepas settle majlis kakak ni, saya nak bagitahu Mak Long yang saya nak putus tunang," putusku sebaik saja Zahrin terpacak di hadapan mata. Harap muka saja ada rupa, tapi kaki perempuan.

Terus pucat lesi wajah lelaki itu saat aku tiba-tiba berkata demikian. Ya, kalau dulu aku boleh tutup mata dan maafkan kerana kononnya Zahrin diperangkap tetapi sekarang? Celah mana perangkapnya?

Aku keraskan hati, aku tidak mahu lagi berlembut dengan si Zahrin Nuriman ini. Cukuplah dua kali kena curang. Dua-dua kantoi dengan diriku sendiri.

Kini hanyalah pandangan kosong dan wajah beku saja yang menjamah mata lelaki itu. Tahulah Zahrin bahawa kata-kata yang keluar dari bibirku ini adalah benar, bukanlah sekadar ugutan yang ingin menakutkannya semata-mata.

"Tapi Cinta tak boleh putuskan pertunangan kita macam tu je. Apa mama fikir nanti? Mama mesti fikir, Mak Ngah tak reti nak didik anak ke?" Selar Zahrin bagi mencuba nasib. Mungkin berharap aku akan menukar fikiran.

Sebaliknya, senyuman sinis terbit di bibirku. Nice try, bro.

Aku berpeluk tubuh sambil bersandar pada daun pintu bilik hotel Zahrin yang masih terbuka luas sekaligus menjarakkan tubuhnya yang mula berasa seram sejuk. Air mata juga sudah kering tanpa sempat dihapuskan sedikit pun.

Biarkan. Biar semua orang nampak apa yang sedang berlaku.

"Ibu pula nak dipersalahkan sedangkan anak Mak Long yang buat perangai?" aku ketawa yang dibuat-buat. "Kau buat lawak apa ni, Zahrin Nuriman?"

"Kau? Cinta jangan kurang ajar dengan abang eh," keras suara Zahrin memberi amaran namun tumpuan mereka terganggu apabila gadis yang berambut perang tadi akhirnya keluar dari bilik air, siap berpakaian lengkap bersama beg tangannya berjalan mendekati mereka.

"Jasmin, you nak pergi mana?" Tegur Zahrin sebaik saja gadis bernama Jasmin itu melintas di hadapannya dan juga diriku sendiri yang masih berdiri di muka pintu.

Jasmin berpaling dengan senyuman senget seperti sedang mengejek. "Baliklah, call me when your family drama is over."

Aku sekadar membiarkan. Dia langsung tidak memandang ke arah Jasmin yang sudah lesap meninggalkan diriku kembali berduaan bersama abang sepupuku ini.

"Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi, Zahrin. Kalau boleh, hubungan sepupu pun saya tak nak."

"Cinta..."

"Awak tak faham ke apa yang saya cakap? Saya jijik dengan nama tu! Awak tak layak panggil saya dengan panggilan Cinta tu sedangkan awak dah pijak-pijak cinta saya pada awak!"

Cinta? Kalau tidak disebabkan permintaan Mak Long yang beria-ia ingin menjadikan aku, anak saudaranya sendiri, sebagai menantu ditambah pula dengan desakan ayah yang ingin mendapatkan menantu secepat mungkin, tidaklah aku mahu melibatkan diri dalam percintaan aturan keluarga ini.

Ingatkan bila zaman sudah moden, tak ada dah benda-benda macam ni. Eh, rupanya ada lagi.

Zahrin Nuriman yang sememangnya terkenal dengan perangai yang suka berfoya-foya walaupun umurnya sudah menginjak ke angka 30 tahun itu membuatkan mamanya, Datin Azalea, bertindak meminang aku sendiri. Bukan sekali Zahrin sudah kantoi curang, ini kali kedua Zahrin terkantoi semasa sudah bergelar tunangan aku namun aku hanya mampu diamkan saja dan memberi peluang.

Semestinya hatiku ini sakit kerana diduakan walaupun cinta masih tidak dapat dipupuk sejak aku telah diikat dengan tali pertunangan sudah lima bulan. Mungkin, inilah masa dan peluang untuk aku meleraikan ikatan tanpa cinta yang dibina antara kami.

"Abang minta maaf..." Itu saja yang mampu Zahrin ucapkan. Aku pun tidak mahu berharap lebih.

Zahrin harus sedar tiada gunanya lagi menegakkan benang yang basah. Peluang kedua yang aku berikan kepadanya sudah pun rosak ditangannya sendiri.

"Weh Dina, lamanya kau pergi bagi air kat abang aku. Menyempat eh dating!"

Suara garau seseorang menegur dari jauh. Aku yang sememangnya sedang berdiri di muka pintu sekadar menjengahkan kepala bagi melihat susuk tubuh seseorang yang sangat dikenali sedang berjalan menuju ke arah bilik Zahrin.

Zaqwan, satu-satunya adik lelaki kepada Zahrin sudah pun terpacak di hadapan bilik hotel abangnya. Dia mula mengerutkan dahi, terasa vibe yang tidak menyeronokkan dapat dirasai di antara kami berdua.

"Kenapa ni?" Zaqwan menyoal ingin mengorek cerita.

Aku sekadar mengangkat bahu. "Kau tanyalah abang kesayangan kau ni. Baik aku pergi tengok kakak aku lagi bagus."

Dengan itu, aku terus melangkah pergi dengan air mata yang kembali terbit di birai mata.

Sedih? Tidak.

Perasaanku kini lebih kepada memikirkan bagaimana aku ingin menoktahkan segalanya kepada ibu dan ayah nanti. Pasti banyak soal mereka terhadap aku dan seburuk-buruk Zahrin, tidaklah tergamak aku untuk menceritakan aib lelaki itu.

Cukuplah aku seorang saja yang menjadi saksi kepada bukti yang kian kukuh untuk tidak mempersuamikan Zahrin Nuriman.

Cinta Untuk DisewaWhere stories live. Discover now