Bosan? Ya. Aku teramat amat amat bosan. Aku mengambil langkah untuk keluar dari rumah. Aku memulakan enjin motor lalu jauh dari rumah usangku.
Aku pergi ke tempat biasa yang selalu aku pergi kalau aku bosan, rumah Zaid. Zaid? Dia kawan sejati aku sejak kecil. Kawan sejati? Mungkin. Huhu.
"Zaid,oh, Zaid." Aku memanggil Zaid dari luar rumahnya. Tidak lama kemudian, dia membuka pintu.
"Orang kalau nak masuk rumah, bagi salam dulu." Aku garu kepalaku yang gatal.
"Er.. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Masuklah." Aku terus masuk ke dalam rumahnya. Ya, masih tidak berubah. Berselerak? Itu sudah biasa baginya.
"Apa hal kau datang rumah aku?" Eh, macam tak biasa pula aku hari-hari datang rumah dia.
"Macam biasa, nak rokok."
"Kau ini, asyik nak rokok saja. Tak boleh beli sendiri ke?"
"Aku.. Tiada duit, wei. Kena rompak.." Aku tipu dia. Dia mengangkat kening. Tiba-tiba dia ketawa.
"Kau takyah nak tipu, Razif. Kau kalah main judi dengan dua budak itu kan?" Eh,macam mana dia tahu? Sebelum aku bertanya, dia terlebih dulu menjawab.
"Aku tahu sebab dia bagi tahu aku." Dia?
"Dia itu siapa?"
"Hashim." Cis,tak guna punya Hashim. Dia pergi beritahu Zaid dah kenapa.
"Zaid, please, lepas ini aku akan beli sendiri rokok tu kalau aku ada duit. Tapi sekarang ini,aku tak boleh, aku tidak ada duit." Rayu aku macam budak kecil. Kemudian, dia beri aku dua batang rokok.
"Thanks,wei. Kau memang kawan aku." Kata aku sambil menepuk belakang badannya. Aku memasukkan sebatang rokok ke dalam mulut aku, kemudian lagi satu rokok aku meletakkan di dalam poket seluar aku.
Sementara dia sedang melihat telefon bimbitnya, perutku mula berbunyi. Aku mengusap perutku.
Hmm, nak makan apa je? Ada ke makanan kat rumah ni? Selalunya dia makan kat luar je.
"Woi, aku lapar ah. Ada tak makanan?" Dia menjeling tajam padaku.
"Kau tak makan ke tadi?" Aku menggeleng. Kerana terlalu haus, aku minum air dengan beberapa teguk.
"Kau ambil lah tu." Dia menunjukkan roti yang berada di atas meja makan. Aku tersembur air di hadapannya selepas dia menunjukkan aku makanan itu.
"What the f**k, man!" Dia mencarut lagi.
"Roti kosong je? Kau ini agak-agaklah." Lapar aku terus pupus.
"Macamlah kau itu tak pernah makan roti. Syukur jelah aku bagi roti tu. Basah baju aku ni!" Aku mengeluh perlahan. Aku terpaksa makan nasi lemak itu. Si Zaid pula tengah mandi.
Selesai makan, aku terus pergi keluar rumah. Lantaklah dia itu cari aku. Mandi lama sangat. Macamlah rajin sangat aku ini tunggu dia.
Tiba-tiba aku teringat Tini. Ah,rindu pula. Aku cuba menelefonnya. Tapi dia tak angkat. Mungkin tidur lagi.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi.
"Woi,Razif. Kau hutang aku dah mencecah RM1000. Aku nak kau bayar esok. Aku tak kira. Kalau kau tak bayar, siap." Jantung aku berdegup laju. Peluh mula mengalir.. Tak pernah aku rasa nervous sampai tahap ni.
"Erm.. Shamer.. Boleh tak bagi aku masa lagi? Aku takde duit,wei."
"Ah,aku cakap aku tak kira. Pandai-pandai lah engkau cari duit sendiri. Kalau engkau tak bayar hutang aku esok, siap kau."
Alamak.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Si Pendosa [COMPLETED]
SpiritualStart : 13 december 2018 End : 9 Februari 2019 "Ya Allah.. aku sedar, aku hina, banyak dosa, bertimbun dosa, hati aku kotor dan busuk, hati aku sudah mati... Ya Allah, sucikan hati aku bersihkan hati aku, berilah cahaya di hati aku, Ya Allah!" "Ya A...
![Kisah Si Pendosa [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/170188279-64-k717757.jpg)