Bab 7

504 59 1
                                    

Aku selesai solat maghrib dan isyak. Tapi rasanya tiada perubahan.

"Kenapa aku rasa tidak manis dalam ibadah?"

"Sebab Allah benci aku ke?"

"Mampu ke Allah ampunikan dosa aku yang banyak?" Pelbagai soalan yang aku tanya.  Tapi jawapannya kabur.

Hmm.. Si Adam itu rasanya beritahu emak atau ayah aku tak tentang aku yang berada di hospital? Aku sendiri pun tidak tahu.

Tiba-tiba ada seorang wanita muncul di sisiku. Tini? Buat apa dia ini nak melawat aku?

"Assalamualaikum,awak.." kata Tini dengan lembut.

"Waalaikumussalam. Mana boyfriend kau?" tanya aku tanpa memandangnya.

"Bo.. Boyfriend? Awaklah boyfriend saya." Aku menjeling tajam.

"Habis itu, yang sampai pegang-pegang tangan dekat cermin mata tu bukan boyfriend kau?" wajahnya terus berubah. Hahaha

"Yang itu..."

"Dah lah Tini.  Anggapkan aku ini kawan kau. Bukannya boyfriend, okay?" Aku memotong kata-katanya.

"Tapi.. Saya masih sayangkan awak sebagai boyfriend saya tau."

"Itu masalah kau. Aku taknak masuk campur." Dia memuncungkan bibirnya. Baru aku tahu yang dia ini... G.E.D.I.K..

"Yelah! Kita putuskan hubungan kita!" Dia pergi meninggalkan aku. Kisah apa aku.

Bosannya lah duduk sini. Telefon takde. Kawan takde. Bosan!

Tengok jam,baru pukul 8:30 malam. Nasib baik aku kemalangan tidak teruk.  Kalau teruk, aku kena mengadap saja hospital ini.

Tanpa aku sedar,aku sudah tertidur di atas katil ni.

Aku terjaga.  Baru pukul 7:30 pagi. Tak silap aku, aku dah tertinggal solat Subuh. Luka aku pun dah sembuh. Bila lah aku boleh balik kan?

Masa aku tengah makan, Adam melawat aku. Aku lihat muka dia muram saja. Ada masalah ke?

"Assalamualaikum.. " aku menjawab salamnya.

"Kenapa kau ini? Ada masalah ke?" Tanya aku.

"Aku nak cakap kat kau awal-awal ini... Aku harap kau bersabar dengan ujian Allah. Allah beri kau ujian sebab Allah sayang kau." Aku bingung. Apa maksud Adam? Kenapa dia cakap macam itu kat aku?

"Apa benda kau cakap ini? Kau berterus-terang jelah dengan aku." Jawab aku.

"Aku tak ingat pukul berapa, rasanya pagi ni,  kau boleh balik. Masa kau balik nanti kau tahu lah apa jadi." Dia ini nak buat surprise ke dengan aku? Dahlah aku tak suka benda-benda terkejut ini.

Tidak lama kemudian, aku dan Adam boleh balik. Muka dia masih sama. Kelihatan muram. Aku masuk di dalam kereta Proton Saga nya. Sunyi saja. Sebelum dia memakir kereta di hadapan rumah,aku nampak banyak selipar yang ada di hadapan rumah usang aku. Apa dah jadi sebenarnya?

"Aku harap sangat kau bersabar, Razif. Aku tahu, kau mesti sedih gila lepas ini, tapi Allah tengah beri kau ujian,Razif. Allah sayang kau." Sedih? Jantung aku mula berdegup kencang. Aku keluar dari kereta. Aku masuk ke dalam rumah dengan langkah yang berat. Aku takut perkara yang tidak aku ingin terjadi di dalam rumah.

Tiba-tiba terdengar bacaan yasin. Apakah? Aku terus membuka pintu rumah.

T i d a k   s a n g k a...

"Ayah?"

"Ayah!!"

Kisah Si Pendosa [COMPLETED]Where stories live. Discover now