Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?
Satu cara saja aku fikir. Pinjam duit kat orang lain. Ya, itu saja. Kalau diorang tak boleh bagi duit kat aku.. Entahlah.
Aku cuba menelefon Zaid.
"Eh, kau telefon aku ini dah kenapa? Dahlah nak keluar rumah tadi tak minta izin." Alamak.
"Er.. Sorry sangat sangat. Wei, aku nak minta sesuatu ini.." Aku rasa bersalah pula kerana banyak minta macam-macam kat dia.
"Apa? Rokok lagi? Rokok tak boleh. Sebab aku dah beritahu kat kau, beli sendiri."
"Not not not not. Aku bukan minta rokok tapi..."
"What?"
"Money. Please. Just Rm500. Please.." Dia gelak. Aku dapat agak. Mesti dia tak bagi.
"Wei,bro. Kau ingat aku ini orang kaya? Bagi Rm10 itu aku bolehlah."
"Btw asal kau keluar dari rumah aku tanpa mintak kebenaran aku? Mati mati aku cari kau kat rumah, rupanya kau keluar??" Bingit telinga aku dengar bebelannya. Ceh, dia ingat aku ni anak dia ke apa?
"Aku ada hal tadi. Sebab tu aku minta RM500 ringgit." Ringkas saja jawapan aku.
"Pape jelah kau ni." Dia menutup telefon bimbitnya.
Siapa lagi aku nak minta? Hashim? Zarol? Ah,terpaksa. Aku telefon Hashim, juara judi.
"Razif! Awat call aku? Dah lama aku tidak jumpa kau beb." Ceh. Baru hari ini tak jumpa.
"Aku nak minta kau sesuatu."
"Minta apa?"
"Minta duit. Aku nak RM500 saja." Rayu aku. Tapi,hampa. Dia terus tutup telefonnya lepas aku kata aku minta RM500.
Aku telefon Zarol. Lima kali aku cuba tetapi dia langsung tidak angkat. Terakhir, aku telefon Ariz, kawan sekolah aku dulu.
"Assalamualaikum, Ariz. Aku nak minta tolong kau sikit." Ini harapan terakhir aku. Aku harap sangat dia bagi. Aku pernah dengar dia ini anak orang kaya.
"Waalaikumussalam. Kenapa Razif?"
"Er.. Aku nak minta kau duit,boleh tak?"
"Aku bukannya taknak tolong.. tapi aku pun ada masalah weh. Dengan hutang aku tak berbayar, bil elektrik dengan air pun tak bayar." Hahaha, situasi dia sama je macam aku.
"Oh.. Tidak apalah."
Aduh. Semua tak boleh guna. Tidak ada seorang pun boleh tolong aku. Ah, serabut betul! Tiba-tiba ada seseorang yang keluar di mindaku.
"Sampai RM1000 kau hutang dia?!" Kata Rashid. Aku mengangguk perlahan.
"Er.. Boleh ke kau tolong aku? Esok aku kena bayar wei. Kepala aku sudah berserabut fikir pasal benda ini!" Luah aku. Dia meletakkan tangan di atas dagunya.
"Hmm.."
Tiba-tiba Rashid tepuk tangan. Aku segera mengalihkan pandangan kepada wajahnya.
"Aku ada idea. Tapi aku tidak pasti sama ada kau boleh buat, atau tak."
"Idea apa weih?"
"Rompak."
"Ha?! Kau ni agak agaklah! Tak pernah aku nak curi-curi duit orang."
"Kan aku dah kata, aku tak pasti sama ada kau boleh buat ke tak."
"Tapi benda kau kena bayar esok kot. Takkanlah kau nak larikan diri kau? Kalau kau nak lari pun, gi mana? Percayalah cakap aku, mesti dia akan cari kau sampai lubang cacing. Lebih baik kau rompak je sesapa punya duit" Ya tak ya juga..
"So sekarang, apa keputusan kau?"
"Hmm...."
![](https://img.wattpad.com/cover/170188279-288-k717757.jpg)
YOU ARE READING
Kisah Si Pendosa [COMPLETED]
SpiritualStart : 13 december 2018 End : 9 Februari 2019 "Ya Allah.. aku sedar, aku hina, banyak dosa, bertimbun dosa, hati aku kotor dan busuk, hati aku sudah mati... Ya Allah, sucikan hati aku bersihkan hati aku, berilah cahaya di hati aku, Ya Allah!" "Ya A...