Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kabur penglihatanku. Aku mengusap muka. Okay, sekarang aku sudah tahu di mana aku sekarang.
Hospital.
Ya. Aku dekat situ sekarang. Tapi.. Kenapa aku kat sini eh? Tiba-tiba aku rasa sakit sangat kat bahagian perut. Aduh.. Seorang doktor masuk dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali. Aku pura-pura tutup mata. Huhu.
"Er.. Macam mana dengan Razif ini,doktor?" Razif? Dia panggil nama aku? Macam mana dia tahu itu aku?
"Dia ini.. Masih dalam keadaan yang lemah. Kalau dia sedar hari ini, kamu boleh bawa dia balik esok." Aku dengar saja kata-kata doktor itu, aku terus buka mata.
"Eh, Razif dah sedar lah!" Aku lihat wajahnya. Langsung tidak kukenali.
"Ini siapa?" Tanya aku kepada dia.
"Aku Adam lah. Jiran sendiri pun tidak kenal." Adam? Eh,jap. Tak silap aku, aku curi dompet dia masa aku nak bayar hutang tu..
" Erm.. Macam mana aku ada kat sini?"
"Ada orang langgar kau. Tapi bukan salah orang itu pun. Sebab kereta dia ada masalah sampai nak break pun tak boleh. Nasib baik aku ada dekat situ. Kau okay ke ni?" Aku mengangguk.
"Tapi kan.. Aku pelik lah. Kenapa kau pergi lari sedangkan lampu isyarat itu pun belum lagi warna merah? Kau buta warna ke?" Aku cuba untuk ingat. Oh,okay. Aku dah tahu.
"Sebab.." Aku mengeluh berat. Patutlah Tini langsung tidak telefon aku. Rupanya dia dah ada lelaki lain.
"Sebab apa wei?"
"Aku jumpa gf aku. Dia dengan.. Lelaki lain. Sebab itu aku lari dekat dia.. Tiba-tiba kena langgar." Dia mengangguk perlahan.
"Encik Razif ini dah okay. Kamu boleh bawa dia balik esok, sebab dia perlukan rehat yang cukup." Ujar doktor.
"Baik doktor." Kata aku dan Adam serentak.
"Tak silap aku.. Orang lelaki dengan Tini itu.. Zarol." Kata Adam selepas doktor itu sudah beredar. Aku mengenggam tanganku. Nak saja aku pergi jumpa dia lepas itu ludah kat dia. Tidak guna betul budak setan tu.
"Sudah lah. Malas aku nak cakap pasal dia. Aku dengan dia dah putus." Jawab aku.
"Wei, kau tahu tak apa jadi dekat aku?" Tiba-tiba Adam bersuara,memecahkan kesunyian. Aku mengangkat kening.
"What?"
"Dompet aku kena rompak.." Memang sah! Aku lah yang mencurinya!
"Oh.. Pasal itu.."
"Eh jap. Kau dah tahu?" Soalnya. Aku cemas. Aduh,macam mana aku nak cakap dengan dia ini..
Tiba-tiba azan Zohor berkumandang. Aku dengan dia diam seketika.
"Kau boleh berdiri kan?" Tanya dia selepas habis azan Zohor. Kenapa pula dia tanya aku soalan macam itu?
"Mestilah boleh. Kenapa kau ni?" Tiba-tiba dia senyum.
"Okaylah kalau macam itu. Jom,solat." Solat?
ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Si Pendosa [COMPLETED]
SpiritualStart : 13 december 2018 End : 9 Februari 2019 "Ya Allah.. aku sedar, aku hina, banyak dosa, bertimbun dosa, hati aku kotor dan busuk, hati aku sudah mati... Ya Allah, sucikan hati aku bersihkan hati aku, berilah cahaya di hati aku, Ya Allah!" "Ya A...
![Kisah Si Pendosa [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/170188279-64-k717757.jpg)