"Sekejap lagi aku solat lah." Aku bagi alasan.
"Eh,jomlah solat sekarang. Solat awal kan amalan yang paling dicintai oleh Allah. Jom. Kita solat berjemaah."
"Aku boleh solat sorang-sorang lah." Aku bagi alasan lagi.
"Razif, solat berjemaah 27 kali ganda pahalanya berbanding solat sorang-sorang." Aku hanya dengar kata-katanya. Alasan dah tiada. Aku terpaksa akur.
Selepas habis solat, aku duduk semula di atas katil hospital. Best juga duduk sini. Tenang, aman,sunyi.
"Kau okay ke?" tanya Adam.
"Okay je."
"Oh ya, yang pasal dompet kau kena curi, taknak repot polis?Sebab mesti ada barang-barang peribadi kau macam.. MyKad ke..."
"Aku taknaklah repot polis tentang hal itu. Actually, aku tak kisah pun.. Lagi satu, mana ada barang peribadi aku dekat situ. Just duit." Jawab Adam. Aku memandang tepat ke mukanya. Serious lah yang dia ini tidak ambil kisah langsung tentang duit itu?
"Kenapa kau tak kisah pasal itu? Mesti banyak duit kat dompet yang pencuri curi tu?"
"Tidak apalah, kita doakan saja pencuri itu dapat hidayah." Tiba-tiba air mataku mengalir.
"Aku tidak pernah jumpa orang macam kau, Adam..."
"Eh,kau ini kenapa Razif? Kau okay tak ini.?"Aku terus memeluk Adam.
"Adam, aku jujur Adam. Aku lah yang mencuri dompet kau. Aku buat ni pun sebab... Aku terpaksa! Sebab aku nak bayar hutang aku! Aku janji,lepas ini kalau aku ada duit aku bayar balik!" Aku mengangkat tangan tandanya JANJI. Razif menepuk belakang badan aku.
"Tidak perlulah, Razif. Aku maafkan engkau. Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. " Aku mengangkat kepala.
"Tapi.. Kan banyak duit dalam dompet kau itu? RM1000 lebih,wei." Kata aku.
"Razif, tahu tak macam mana Nabi Muhammad? Baginda dicaci maki, diludah, dituduh menjadi sihir tetapi baginda tidak ada rasa marah pun. Kalau setakat duit itu mestilah aku maafkan." Kata Adam. Air mataku mengalir.
"Adam.. Aku nak cakap sesuatu boleh tak?" Aku rasa,inilah masanya untuk aku cakap tentang kehidupanku yang dikelilingi dengan dosa.
"Mestilah boleh." Aku mengeluh kecil. Perlu kah aku bercerita tentang diriku yang sebenar?
"Aku pernah berjudi, aku pernah minum arak, aku pernah tengok benda-benda lucah. Aku jadi anak derhaka. Aku merokok. Aku ni.. Entahlah. Aku rasa... Benda ni dah biasa. Aku rasa nak berubah. Tapi aku.. Tak boleh,wei. Macam mana nak jadi macam kau? Kau ni alim, semua orang suka kawan dengan kau." Kataku panjang lebar.Tak tahu kenapa, aku rasa nak berubah.
"Lagi satu, tadi yang kau ajak aku solat itu.. Itu first time aku solat sejak 3 tahun ini." Aku nampak wajahnya terkejut. Pada pendapat aku, mungkin kerana ayat terakhir aku tadi.
"Actually.. Aku ini pun.. Sama macam kau dulu-dulu. Aku dulu-dulu pun berjudi, suka tengok benda tak elok, suka merokok. Tapi aku rasa nak berubah masa ada orang tegur aku." Terkejut aku mendengar.
" Kau mula dengan apa dulu?"
"Jika seorang hamba ingin berubah ke jalan yang benar, hendaklah dia menjaga solatnya." aku mengangguk tandanya faham.
"Wei, dah nak maghrib ni. Aku pergi dulu, takut nanti isteri marah." Isteri? Aku tidak pernah tahu dia isteri aku sedangkan dia itu jiran aku.
"Esok,kau hantar aku balik ke?" Dia mengangguk sebelum keluar dari hospital.
Tiba-tiba wajah emak dan ayahku keluar dari mindaku. Aku teringin pula ingin jumpa mereka. Ya. Aku ingin minta maaf dengan mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Si Pendosa [COMPLETED]
SpiritualStart : 13 december 2018 End : 9 Februari 2019 "Ya Allah.. aku sedar, aku hina, banyak dosa, bertimbun dosa, hati aku kotor dan busuk, hati aku sudah mati... Ya Allah, sucikan hati aku bersihkan hati aku, berilah cahaya di hati aku, Ya Allah!" "Ya A...
![Kisah Si Pendosa [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/170188279-64-k717757.jpg)