Bab 4

587 50 0
                                        

"Woi,pencuri! Kejar pencuri itu!!" Badrol, Iman dan Amir mengejar seorang pencuri yang mencuri dompet Adam. Namun, pencuri itu berjaya selamat kan diri.

"Harap-harap mampos pencuri tu!" Kata Saiful dengan geram.

"Sabar, Saiful. Pencuri itu curi dompet aku. Bukannya kau. Sabar." Muncul Adam di sisi Saiful.

"Kau taknak repot polis ke hal ni?" Tanya Badrol. Adam menggeleng.

"Tidak perlulah,Badrol. Mesti ada hikmahnya. Dosa aku mungkin banyak sangat, disebabkan itulah Allah uji aku macam ini. Kita doakan sahaja agar pencuri itu dapat hidayah." Tenang saja Adam bercakap.


"Nah duit." Aku bagi duit sebanyak RM1009. Tidak sangka yang dompet aku curi semalam banyak duitnya. Syamer terkejut melihat aku membawa duit sebanyak itu.

"Macam mana kau.. Boleh dapat duit banyak ini? Menang judi ke?" Aku menggeleng.

"Adalah. Yang kau sibuk dah kenapa?"

"Kau nak pinjam duit aku lagi tak?" Aku menjeling tajam kepada dia.

"Okaylah. Nak tak aku belanja?"

"Belanja apa?"

"Arak." Aku fikir sebentar. Kemudian menggeleng.

"Why?"

"Tiada mood."

Aku pergi makan petang di satu restoran. Aku seorang saja? Ya. Aku seorang saja. Nasib baik aku ada peneman setia. Namanya PHONE.

Sambil makan, aku melihat telefon yang tidak lepas dari tangan aku.

Oh ya. Baru aku perasan. 3 hari aku tak nampak Tini. Dia itu pun tidak call aku . Apalah dia buat sekarang,kan?

Tidak sampai 10 minit, aku sudah habis makan. Laju juga aku makan mi goreng ni. Walau apapun, aku rasa tenang bila sudah menyelesaikan hutang yang aku ada sebelum ni.

Selepas membayar bil makan, aku saja pergi jalan-jalan. Tiba-tiba aku jumpa Tini di dalam kedai cermin mata. Sebelum hajat aku untuk memanggil nya, aku ternampak dia memegang seorang tangan lelaki. Dia kelihatan bahagia di situ. Aku mengenggam tanganku dengan erat. Tidak guna. Tini mengkhianati aku! Aku terus pergi ke kedai cermin mata dengan berlari.

Tiba-tiba, aku rasa ada satu hentakan yang kuat di bahagian perutku. Aku terbaring di atas jalan. Ramai orang yang berada di kelilingi aku. Kemudian, aku tidak sedar apa-apa.

Kisah Si Pendosa [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang