Bab 8

595 55 2
                                        

Selesai Razif solat taubat, air matanya tidak berhenti mengalir. Menangis kerana terlampau banyak dosa dan banyak titik hitam yang melekat di dalam hati.

"Ya Allah..."

"Ya Allah..."

"Ampunikan daku, Ya Allah.." Bisik hatinya. Air matanya lebih laju mengalir di pipi apabila teringat arwah ayahnya yang meninggal dunia.

Pintu biliknya terngaga. Siapa lagi yang membuka pintu bilik kalau bukan emaknya?

Wanita yang kehilangan suami itu duduk bersimpuh di sisi Razif. Ketika mereka bertentangan mata, emak Razif memberi senyuman yang manis.

"Ibu.."

"Ibu!" Razif memeluk emaknya.

"Ibu, maafkan Razif,ibu! Razif jadi anak yang derhaka,ibu! Maafkan Razif.." Basah bahu emak Razif kerana air mata anaknya.

"Razif.. Ibu sentiasa maafkan Razif, janganlah sedih sedih. Perkara yang sudah lalu usah diungkitkan." Tenang saja emak Razif berkata.

"Dah lah,pergi tidur, dah nak lewat malam ini." Razif hanya melihat emak kesayangannya yang pergi keluar dari biliknya. Kemudian dia mengeluh.

"Ampunkan dosa aku,Ya Allah.."

"Ampunkan dosa ku.."

********

Sekejap. Di mana aku? Kenapa semuanya putih?

Aku berjalan perlahan-lahan, tidak tahu dimana perlu pergi.

Tiba-tiba seorang lelaki yang tua muncul. Lelaki itu memakai baju jubah putih.

"Ayah?" Aku cuba menggosok mata aku berkali-kali.

"Ayah!" Aku memeluk dia dengan erat.

"Maafkan Razif,ayah! Razif jadi anak derhaka! Razif dah banyak sangat buat dosa kat ayah!" Ayah aku hanya memerhati aku tanpa memberi respon.

"Razif." Aku merenggangkan pelukan.

"Ya ayah?"

"Boleh tak, tunaikan janji ayah?"

"Er.. Janji apa,ayah?" tanya aku.

"Jaga ibu kamu baik-baik,Razif."

Razif terbangun dari sujud.

"Mimpi?" Razif tertanya. Dia melihat sekelilingnya. Ya, dia berada di biliknya. Dia tertidur selepas solat  sunat taubat.

"Ayah.." air matanya mengalir lagi.

Disebalik itu, emak Razif memerhati anaknya yang sedang menangis dari luar bilik. Pintu bilik Razif tidak tertutup dengan rapat.

Semua saudara-mara sudah balik. Dia melihat jam dinding yang tergantung di atas kalendar. Sudah dua belas pagi. Selalunya ketika arwah ada, mereka sudah lama tidur di bilik mereka.

Dia masuk ke dalam bilik miliknya dan arwah suaminya. Dia memerhati sekeliling bilik tersebut. Kemudian matanya terhenti di gambar perkahwinan mereka. Perlahan-lahan dia mendekati gambar tersebut..

Dia menyentuh wajah arwahnya di dalam gambar. Akhirnya, air matanya menitis. Dia menoleh ke belakang lalu menuju ke katil.

Dia terduduk di atas katil lalu melihat nota ringkas yang ada di atas laci nya. Dia tertanya, nota apa ini? Kemudian dia mengambil lalu membaca nota tersebut.

Kepada Nur Wahida

Terima kasih sebab sebelum ini sayang jaga abang dan jaga anak kita. Minta maaf sebab abang tak jadi seorang ketua keluarga yang boleh membimbing sayang dengan anak. Selepas perkahwinan kita.. abang selalu memukul dan menghina sayang. Abang harap sayang maafkan abang, dan minta maaf sebab sebelum ni abang terlalu manjakan Razif sehingga Razif jadi macam abang.

Puan Wahida teringat kisah silamnya bersama arwah. Arwah selalu memukulnya kerana dia tidak ada duit untuk memberi kepada arwah. Dulu-dulu, arwah pengedar dadah, kaki perempuan, kaki botol.. macam macamlah. Setiap kali selepas Puan Wahida usai solat fardhu, dia akan memanjatkan doa supaya arwah diberi hidayah dan berubah ke jalan yang benar. Beberapa bulan kemudian, dia berubah sedikit demi sedikit...

Puan Wahida menyambung membaca nota tadi.

Kini, penyakit abang semakin teruk. Jadi sebelum pemergian abang.. Abang nak cakap sesuatu kat sayang.

Jaga anak kita elok-elok. Jangan sedih-sedih.
Abang taknak sayang nangis bila abang takde. Dan akhir kata, abang sentiasa sayangkan sayang. Terima kasih atas segala-galanya.

Daripada Mohd Hamizi

Dia sudah tidak tahan lagi. Air matanya terlalu banyak mengalir di pipinya. Dia terlalu rindukan arwah.

"Sayang pun minta maaf.."

Kisah Si Pendosa [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang