Bab 10

24 10 0
                                    

AIFA dan Mira keluar dari perut kereta. Mereka mememilih untuk singgah di sebuah tasik terbuka.

"lama dah kan, kita tak pergi sini?" soal Aifa. Hidungnya menghirup udara segar, dingin malam terasa menusuk ke tulangnya.

"haah.." balas Mira perlahan. Dia cuba untuk kuat! life must go on!

"kau..Okay?" soal Aifa prihatin.

"aku okay, aku just tak boleh lupakan. Bagi aku peristiwa itu, peristiwa paling aku sesali selama aku hidup ni." jawab Mira tenang. Peristiwa di mana..Semua hidupnya berubah. Orang dikasihi pergi meninggalkannya.

Mereka menikmati pemandangan di dingin malam. Sama-sama melayan perasaan. Setelah beberapa lama disitu mereka mengambil keputusan untuk pulang.

  Aifa dan Mira membuka langkah ke kereta. Kelihatan ada dua orang lelaki berbangsa pakistan duduk berdekatan dengan kereta mereka. Aifa dan Mira hanya bersangka baik. Mira masuk ke dalam perut kereta, manakala Aifa masih diluar. Tangannya mencari pepper spray didalam beg tangannya takut ada benda-benda berlaku.

Seorang lelaki pakistan bertindak mahu menghantuk kepala Aifa yang berbalut tudung. Sebelum Aifa menepis tangannya lalu dipusing ke belakang. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Manakala lelaki lagi satu membuka langkah ke arah Aifa.

Pipi Aifa ditumbuk oleh lelaki tadi. Mira keluar dari kereta lalu lekas menyepak 'em em' kedua lelaki tersebut. Tetapi kedua lelaki tersebut memberikan respon seperti tiada apa berlaku. Ew, tak senak ke kena sepak? besi ke batu dia punya tu.

"kurang ajar kau perempuan!!!" tengking lelaki itu. Tumbuk mahu dilayangkan ke muka Mira sebelum ada tangan menahan lantas menumbuk lelaki pakistan tersebut.

"kau tu kurang ajar siall!!!" tengking lelaki yang menyelamatkan Mira. Mira memandang siapakah gerangan lelaki tersebut.

Lelaki dekat kedai tadi.

"awak okay?" soal Khazyn kepada Aifa yang tersungkur di jalan. Aifa hanya mengangguk. Pedih betul pipinya. Pertama kali kena tumbuk, sakit gila!

Khazyn terus membuka langkah ke dua lelaki pakistan tersebut. Sebelum buku lima dan sepakan kuat dilayangkan.

"kau memang lelaki paling tak guna kat dunia ni sebab kau! lelaki yang memukul kaum lemah seperti kaum hawa!! pergi balik lah kat negara asal kau!! datang malaysia buat kacau!! sial betul!" tengking Khazyn. Amboi marahnya, macam bini dia pulak kena pukul. Adam pun tergamam. Tak pernah Khazyn marah gila-gila macam ni sebelum ni.

"Adam call polis, bawak malaun ni pergi balai, biar melingkup dalam penjara." arah Khazyn. 'Amboi! main arah-arah orang, ingat aku ni orang kanan dia ke?' rungut Adam dalam hati. Tangan mengeluarkan Iphone X dari poketnya. Sebelum nombor polis didail.

Ke dua lelaki pakistan itu kelihatan menyerah, sakit mungkin dengan pukulan padu Khazyn dan Adam.

Khazyn mendekati Aifa yang masih di jalan. Khazyn berura-ura mahu menganggkat Aifa sebelum Aifa menahan.

"Its okay, saya boleh bangun sendiri." kata Aifa sebelum bangun dari duduknya. Khazyn hanya menurut.

"kau okay ?" soal Mira. Aifa mengangguk, susah buatnya untuk bercakap kerana pipinya rasa pedih sangat.

"nak pergi klinik tak?" soal Khazyn prihatin. Aifa menggeleng.

"kena lah pergi klinik, bahaya lah, nanti kalau makin teruk macam mana?" soal Khazyn tak puas hati.

"amboi, Zyn. Kau pulak lebih-lebih." sindir Adam.

"btw ladies, my name is Adam Zafri dan kawan saya atau lebih dikenali sebagai budak hingusan ni nama dia Khazyn Qaydier. Nak panggil dia jebon pon boleh." kata Adam selamba. Khazyn menampar lengan Adam. Adam buat selamba.

"ouh, terima kasih sebab tolong kitorang tadi. Nama saya Mira Alesa dan nama kawan saya ni Aifa Aileena." balas Mira lembut.

Bunyi siren polis kedengaran. Kedua lelaki pakistan tadi sudah di bawa ke balai. Pihak polis meminta mereka datang lain kali untuk membuat keterangan. Pihak polis sudah tidak kelihatan.

"boleh drive tak?" soal Khazyn prihatin.

"boleh kot." kata Aifa perlahan. Dia pun tak pasti boleh ke tak dia nak memandu. Mira tak de lesen, terpaksa lah dia memandu.

"bahayalah kalau awak drive. Mira boleh tak drive?" soal Khazyn kepada Mira.

"saya takde lesen." jawab Mira.

"takpelah, biar saya drive kereta awak. Mira naik dengan saya, Aifa naik dengan Khazyn." kata Adam.

"tak pe ke?" soal Mira risau.

"takpe kitorang baik, niat nak tolong. Jangan risau, kami tahu halal haram." jawab Khazyn ikhlas.

"oo..Okay.." jawab Mira hambar. Mira membuka langkah ke kereta Myvi milik Aifa bersama Adam.

"jom.." ajak Khazyn. Jujur! dia risau tengok Aifa dalam keadaan tersebut. Dengan pipi merahnya jelas ditumbuk, tepi bibir berdarah sedikit. Sungguh jiwanya sakit melihat kesakitan dialami Aifa. Adakah ini? cinta? eh eh.

Aifa dan Khazyn membuka langkah ke kereta milik audi milik Khazyn. Mereka berdua masuk ke perut kereta sebelym kereta audi itu meluncur laju di atas jalan.

"tak nak pergi klinik ke?" soal Khazyn memecah kesunyian diantara mereka.

"tak.." jawab Aifa perlahan. Matanya rasa mahu terlelap. Sebelum kereta membuat U-turn. Aik? ni bukan jalan ke resort? ah sudah! mana pulak mamat ni nak bawak aku?

"kenapa awak patah balik?" soal Aifa cemas.

"kita pergi klinik dulu." jawab Khazyn.

"kan saya dah kata, saya tak nak." kata Aifa benggang. Khazyn hanya buat tak tahu. Aifa mencebik.

"cebik-cebik, gigit kang!" ugut Khazyn. Aifa menjeling sebelum membuang pandang diluar tingkap. Khazyn melirik ke arah Aifa sebelum mengukir senyuman kecil.

*****

"kan saya dah cakap tak payah pergi klinik, buat malu je jumpa doktor. Kena tumbuk je pun." kata Aifa tak puas hati. Dah lah pergi hospital bukan klinik! swasta pulak tu.

Dia dah lah tak bawak duit, nasib baik ada Khazyn untuk membayar. Nanti dia kena bayar balik lah. Adeh, dah lah mahal! redha jela.

"alah, nak malu apanya." kata Khazyn selamba. Mereka berjalan beriringan keluar dari hospital. 

"hai Qay! you buat apa kat sini?" tegur satu suara. Aifa dan Khazyn menoleh. adeh, minat ni lagi.

"er..Hai, I datang bawak girlfriend I pergi jumpa doktor." kata Khazyn. Aifa terbeliakkan mata. Amboi! suka suki aja kata aku ni girlfriend dia!

"ni girlfriend you?" soal Sandy tak percaya. Matanya melihat atas bawah Aifa. Ew  wtf?! gadis bertudung pilihan dia?! low taste!

"yes! she's." jawab Khazyn selamba. Aifa menjeling, minah ni dah kenapa tengok aku macam aku ni jijik sangat! korek mata kau baru tahu! ni si Khazyn ni memang nak kena! ni mesti nak mengelak dengan perempuan ni. Sebab tu aku kena jadi 'girlfriend' tak berbayar dia!

"I got to go, jom sweetheart." ajak Khazyn. Aku buat muka, sebelum mengikut langkah Khazyn. Sandy yang berdiri itu sudah berasap! amboi sweetheart!!



JANGAN LUPA VOTE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

'Among Us' [ OG ]Where stories live. Discover now