Bab 5

37 8 0
                                    


" Aifa...Sa..Ya..Sorry.."kata Farid sayu. Terus kejadian hari itu terlayar difikiran Aifa.

Flashback

"awak..Awak nak bawak saya kat mana ni?? kata nak pergi makan saja. Kenapa laluan kita ni pergi macam kat hutan.." soal Aifa takut. Farid kata mahu membawanya ke satu kedai makan untuk dinner bersama. Jam sudah menginjak ke angka 9 malam tapi kedai makan masih tidak kelihatan.

"kedai makan tu ada dekat dah ni, dia macam pendalaman sikit." tipu Farid. Dah lama dia bersabar untuk semua ini. Malam ini dia akan jadikan Aifa miliknya sepenuhnya. Dia menghantar rombongan meminang kepada Aifa tapi dia menolak mentah-mentah begitu. Betapa sakitnya hati Farid apabila gadis yang dicintainya berbuat demikian.

Aifa mengangguk. Dia dah lah tak berapa sihat. Demam, tapi dia gagahkan jugak untik menerima pelawaan Farid untuk dinner bersama. Tiba-tiba kereta berhenti di bahu jalan. Aifa mengerutkan kening, dia meliar sekeliling, hanya pokok kelihatan. Lagi berkerut keningnya.

"awak...Kenapa kita berhenti..Kat sini.." soal Aifa takut. Dia menoleh ke arah Farid, kelihatan Farid semakin dekat dengannya. Wajah Farid terukir senyuman. Senyuman sinis. Aifa cuak.

" dah lama saya nak awak..Sayang.." Wajah Farid dah berada ditepi telinga Aifa. Meremang bulu roma Aifa apabila suara menggoda Farid betul-betul ditepi telinganya yang berlapik tudung bawal.

"a..Awak..Ca..Cakap..Apa..Ni..Fa..Farid.." soal Aifa tergagap-gagap. Ya allah lindungilah aku dari sebarang kemungkaran ya allah.

'Among Us' [ OG ]Where stories live. Discover now