Bab 16

23 6 0
                                    

Aifa dan Mira membuka langkah ke pejabat sekolah itu. Mahu melapor diri. Hari ini merupakan hari di mana mereka mula kerja.

"Assalammualaikum." Aifa dan Mira memberi salam serentak sebaik memasuki pejabat.

"waalaikummussalam, adik berdua ni ada apa urusan?" kata seorang wanita mungkin dalam lingkungan 30-an .

"kami guru kafa yang baru tu" jawab Aifa.

"la..kamu berdua boleh isi ini. nama akak Zainah, panggil kak nah aje. lepas isi letak atas tu ya, akak kena pergi dulu ada urusan lain." kata kak nah sambil menghulurkan beberapa kertas.

Mira menyambut.

"nama saya Aifa kawan saya ni nama dia Mira." Aifa memperkenalkan. kak nah hanya mengangguk.

"Aifa, Mira akak pergi dulu ya. kelas kamu 3 firdaus dan 3 jannah. pandai-pandailah agih-agih ya." kata kak nah sebelum berlalu pergi.

Aifa dan Mira duduk di meja berdekatan. Mahu mengisi kertas yang diberikan oleh kak nah tadi.
selesai mengisi, kertas- kertas diletakkan di tempat yang disuruh kak nah tadi.

" kau nak kelas mana?" tanya Mira.

"3 jannah."

Mereka berdua menaiki tangga untuk ke tingkat 3. termegah-megah jugak mereka. nampak sangat stamina tak kuat.

Mira sudah hilang memasuki kelas 3 firdaus. Aifa mencari kelas 3 jannah. Dia memasuki kelas 3 jannah. salam diberi. semua murid menjawab salamnya berserta doa belajar.semua murid duduk selepas diberi.

"nama akak Aifa Aileena. panggil kak Aifa. ustazah baru kamu semua ya. hari ni semua perkenalkan diri. mula dari depan." kata Aifa mesra. dia tak mahu menggunakan panggilan ustazah, terasa tua pulak.

semua murid mula bangun dan memperkenalkan diri mengikut giliran. nampaknya semua murid mula selesa dengan Aifa. Aifa tak kekok melayan budak-budak, dia memang suka budak.

"Assalammualaikum, maaf ustazah.anak sedara saya lambat, ada hal tadi." tegur satu suara garau. Aifa menoleh ke  pintu masuk kelas sebelum terkedu.

"Ilman masuk ya, nanti petang uncle Zyn datang ambil." kata lelaki itu sambil mengusap rambut budak lelaki lembut. Aifa melihat adegan itu terasa tergamam.

Khazyn.

"er..takpa, masuklah." pelawa Aifa pada budak lelaki yang berada di sisi Khazyn, cuba beriak biasa. Khazyn kelihatan sangat tampan dengan kot di badan sasanya.

"is it you Aifa Aileena?" soal Khazyn tak percaya. sudah seminggu berlalu, dia mesej dan call Aifa tidak diangkat.

"err.." Aifa meramas jari jemarinya. perasaan gugup mula hadir, sebenarnya dia masih malu dan sebab itu dia menukar nombor telefonnya. Khazyn mengukir senyum.

"kenapa saya call awak tak angkat? saya mesej awak tak balas?" soal Khazyn. matanya tepat merenung raut wajah gadis dirinduinya.

"err..saya kena sambung mengajar ni, nanti-nantilah kita borak." dalih Aifa.

"I will wait." kata Khazyn sambil senyum sebelum berlalu pergi. Aifa menarik nafas lega. Macam mana lah dia boleh terjumpa Khazyn lagi? ingatkan dah berakhir, kecilnya dunia! Aifa mengeluh sebelum mula mengajar anak muridnya atau lebih tepat adik murid. dia muda lagi, haha.

"WEH, kau kenapa?" soal Mira. sekarang ini waktu rehat pelajar. mereka duduk di kantin. hanya memjamah roti dan air.

" aku jumpa Khazyn tadi." kata Aifa. mira terkejut.

"jumpa? kat mana? macam mana? " soal Mira bertalu-talu.

"anak sedara dia murid kelas aku, tadi dia hantar anak saudara dia." jawab Aifa. mira meletuskan tawa. tak senonoh betul! gelak, kalah putianak.

"kau ni gelak pulak! bitch lah! aku kalau boleh tak nak jumpa dia lagi." kata Aifa. ketawa Mira muka reda.

"aku rasalah kan, kau berjodoh lah dengan dia." kata Mira bersisa tawanya.

" saya pun rasa macam tu." sampuk satu suara. Aifa dan Mira menoleh ke punca suara.

khazyn.

Aifa mengeluh, dia ingat Khazyn hanya main-main untuk menunggunya. rupanya betul-betul, alahai.

"wah! panjang umur!" kata Mira.

"boleh saya join?" soal Khazyn. Mira mengangguk. Khazym duduk di sebelah Aifa. Aifa memjauh.

Mira hanya tersenyum simpul sebelum idea jahatnya keluar.

" weh, aku nak pergi tandas. sakit perut. bye!" tipu Mira sebelum berlalu pergi.Panggilan Aifa diendahkan.

Aifa mengenggam penumbuk, geram! tak guna punya kawan!

"so, saya masih tunggu jawapan." kata Khazyn sambil menghadap Aifa.

" fon saya rosak." tipu Aifa. Khazyn tergelak kecil matanya melihat telefon milik Aifa di tangan tuannya.

"fon kat tangan awak tu ke?" soal Khazyn bersama senyuman. Aifa tersedak. alamak! macam mana dia boleh lupa dia tengah pegang telefonnya.

" err , ni telefon Mira lah." tipu Aifa lagi. Khazyn tergelak lagi, terang- terang tadi Mira pergi bersama telefon ditangannnya. nak tipu apa lagi Aifa oi?

" cakap jela awak nak mengelak dari saya kan?" soal Khazyn bersama senyuman. Aifa tersedak lagi. macam tahu-tahu saja Khazyn ni.

"mungkin." jawab Aifa pendek. ceh! mungkin! bukan mungkin memang betul dah! Hahaha!

" kenapa?sebab haritu ke?" soal Khazyn lagi. Aifa mengangguk, biarlah dia jujur.

" look, I'm so sorry. boleh kita berkawan?" kata Khazyn separuh merayu. matanya tepat memanah mata milik Aifa. Aifa tergamam dengan panahan mata Khazyn. jelas keikhlasannya. hatinya perlahan-lahan mula lembut.

"hm yela." jawab Aifa apabila dia sudah tidak mampu melawan panahan mata milik Khazyn. Khazyn senyum lebar.

" boleh saya ada number fon awak?" soal khazyn.

Aifa menadah tangan depan Khazyn. Khazyn meletakkan fonnya di tangan Aifa. Jari Aifa dimain-main di permukaan telefom itu sebelum diberikan di Khazyn.

Makin lebar senyuman Khazyn.

" thankyou." kata Khazyn

"most welcome." jawab Aifa bersama senyuman penuh makna. Maaf mak, Leen terpaksa, darurat dah ni. Hahaha!

Khazyn memilik jam di pergelangan tangannya.

"saya kena pergi dulu ni, bye! nanti saya call." kata Khazyn bersama semyuman manis sebelum berlalu pergi tergesa-gesa.

Aifa senyum lebar penuh makna. Kaki membuka langkah ke kelasnya.





PENDEK JE HM, AEDA BUSY LA GENG. NI PUN BARU ADA MASA NAK UPDATE. DAH NAK BUKA SEKOLAH HUWAAAA!!!! RASA MACAM BARU SEMALAM CUTI HEHEHE.

BTW ,HAPPY 300+ READERS!!!!!!! A BIG THANKYOU FOR YALL!!!!! IM SOFT :')
KORANG MEMANG TERBAEK!!!! MUAHHH!!!

JANGAN LUPA VOTE!!!!!!

'Among Us' [ OG ]Where stories live. Discover now