Bab 3

37 12 0
                                    


AIFA membuka langkah longhai ke bilik mandi. Dalam dia melangkah dia terserempak dengan maknya. Puan Alialah
sedang memasak mihun goreng didapur.

  "baru bangun Leena, anak dara apa kamu ni. Pukul 9 pagi baru nak bangun, apa lah nasib suami kamu nanti." bebel Puan Alialah. Aifa hanya menguap sambil mengangguk seperti burung belatuk. Mood tidurnya masih ada. Semalam dia tidur lewat, pukul 4 pagi. Semuanya kerana dia mahu menyiapkan tempahan baju-baju raya yang diupah untuk dijahit.

  "Leena tidur lewat lah semalam mak." kata Aifa sambil menguap. Dia duduk di meja makan. Mihun goreng tadi sudah tersedia diatas meja, dia mengambil garpu lalu selamba menyuapkan mihun goreng dimulutnya.

  Puan Alialah yang baru sahaja menghidangkan makanan terbeliak mata. Geram dengan perangai anak dara bungsunya dia mencubit lengan Aifa. Aifa mengaduh kesakitan, sakit wo, cubitan berbisa mak ni boleh patah lengan aku ni ha.

  " bertuah punya budak, kamu tu dah lah tak gosok gigi, mandi pun tak. Selamba je makan. Dah pergi mandi tu." halau Puan Alialah. Aifa mencebik dia baru mahu bangun dari duduknya.

" bahhhhhhhhhhh!!!!! " sergah satu suara garau yang sangat dikenalinya.

" oh mak kau meletup- letup!! " latah Aifa. Ya, dia memang kaki latah. Dan orang yabg sergah dia semestinya abangnya, Aifiq Ailan . Tak guna punya abang, aku kejar kau dengan parang kang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

" haish, mak sape yang meletup-letup tu ha dik?" soal Aifiq sambil berdekah-dekah tawanya. Sampai tekan-tekan perutnya, tah ape yang lawaknya. Dasar gila.

" abang ni jahat lah! eiiii benci benci benci! " Aifa mendengus lalu berjalan ke bilik mandi sambil menghentak-hentak kaki kuat-kuat biar bergegar rumah ni, kalau ikutkan hati nak je dia lompat-lompat. Dia dah  lah tengah period .

" kamu ni Fiq, jangan dikacaunya Leena tu. Suka sangat kacau adik kamu." marah Puan Alialah. Aifiq masih bersisa tawanya, dia suka kenakan adiknya. 

  "alah mak ni, jangan dimanjakan sangat budak tu, dah besar dah dia tu. Umur pon dah masuk 22 tak kahwin-kahwin lagi. Teruk betul! " selamba Aifiq mengutuk adiknya yang hanya beza 2 tahun dengannya. Aifiq merupakan peguam sebab itu dia sangat petah berkata-kata.

" Leena dengar!!!" jerit Aifa didalam bilik mandi. Sakit betul hatinya, umur dia baru 22 lah! baru habis belajar! mane nak kahwin! dia tu tak sedar diri, umur dah 24 tak kahwin- kahwin ! kesian kak Mia tunggu abangnya.

" dasar gajah! sebab tu teliti mendengar! " jerit Aifiq dengan tawanya.

" Eiiiiiii abang tunggu!!! " marah Aifa. Wtf!!!?? gajah!??! abang memang nak rase saiz 5 kaki aku ni ha!!

" malas nak tunggu! wuekkk!! " balas Aifiq. Terus kepalanya kena hempuk oleh Puan Alialah. Aifiq mengaduh kesakitan. Sakit woo kena hempuk!

" jangan nak terpekik terlolong dalam rumah ni! " marah Puan Alialah. Geram  dengan anak sulungnya  dan  anak  dara tunggalnya yang  kerja  asyik bergaduh saja. Macam  anjing  dan kucing.

" ye la mak. " Aifiq malas mahu memanjangkan cerita. Mereka sama-sama memulakan menjamu selera. Encik Azman pun juga mula menjamu selera.

                                *****

" Leena, abah nak cakap sikit dengan kamu ni. " tegur Encik Azman apabila Aifa baru sahaja keluar dari biliknya kakinya yang mula-mula mahu ke mesin jahitnya terhenti.

" abah nak cakap apa??" soal Aifa sambil mengambil tempat di sofa ruang tamu rumah mereka. Berkerut dahinya, ah sudah, macam serius je ni..nak paksa aku kahwin ke cana? ni mesti abang punya pasal! ni macam dalam novel ke cane?! kena paksa-paksa kahwin?! Oh hell no!!

Encik Azman menghulurkan sampul surat kepada Aifa. Aifa mengambilnya, tangan lincah membuka sampul surat tersebut.

Dia membaca setiap butir yang tertulis di dalam surat itu. Dahinya berkerut.

" guru kafa? " soal Aifa. Encik Azman mengangguk.

" minggu depan kamu pergi Putrajaya, permohonan guru kafa kamu dengan kawan kamu Mira diterima. " jelas  Encik Azman. Aifa mengukir senyuman.

" okay!! terima kasih abah!! " kata Aifa seraya cepat-cepat memasuki biliknya. Encik  Azman hanya menggeleng  dengan kerenah   anak dara tunggalnya. Mata meliar mencari Iphone 7 nya. Mahu menghubungi Mira, rakan baiknya yang memang rapat dengannya. Dia dan Mira belajar di universiti yang sama malah jurusan yang sama juga bilik yang sama. Rakannya yang Kinna, Intan, Sarah dan Hani belajar di universiti yang lain. Mereka hanya berjumpa sekali sekala.

  Dia mencapai Iphone 7 nya yang berada di atas katil. Senarai contact di buka mencari nama Mira. Punat call diteka.

" hello, assalamualaikum. " suara Mira kedengaran dicorong telefon.

" waalaikummusalam. Mira! aku ade berita baik ni! " jelas keturujaan suara Aifa.

" berita baik? ape?" soal Mira. Berita baik? ape? Aifa nak kahwin ke? hahaha.

" jom lah keluar! aku amik kau kat rumah lepas zohor. Bye! " panggilan dimatikan. Aifa mengukir senyuman.

Aifa melihat jam yang digantung dibiliknya.

12:35 pm

Aifa membuka almari pakaiannya. Mahu mencari pakaian yang patut dia pakai. Baju cardigan cotton hitam diambil dengan seluar jeans hitam dan juga tudung hitam. Dia jenis yang suka pakai dark colour, tak suka pakai pastel colour kecuali ada majlis. Pakaian casualnya kebanyakkannya dark colour. Ala-ala bad girl gitu.

         gambar ©princessmeenie on instagrambtw author adore her so much!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


      
  gambar ©princessmeenie on instagram
btw author adore her so much!!!

Setelah siap memakai pakaian memakai sedikit bedak dan lipmatte . Jarum jam juga sudah menginjak ke 1:15 .Earphone disumbat di telinganya. Dia memang gemar mendengar lagu, tak kisah dimana-mana. Kaki membuka langkah keluar bilik. Mata meliar mencari kelibat maknya. Abah mesti ke kebun. Puan Alialah sedang menonyon drama melayu diruang tamu.

" mak, Leena nak keluar kejap nak jumpa Mira. " kata Aifa.

" pergi lah, ni ada duit tak ni? "

"ada. Assalammualaikum. " kata Aifa seraya menyalam tangan Puan Alialah.

Aifa baru sahaja mahu masuk ke perut kereta myvi

Aifa baru sahaja mahu masuk ke perut kereta myvi pemberian abah tahun lalu terbantut  apabila ada suara menegurnya.

" ha adik! nak pergi mana tu? " jerkah Aifiq yang tengah duduk di pondok kecil dihalaman rumah.

" none of your business, bitch. " kata Aifa selamba. Aifiq yang sedang duduk itu terbeliak matanya. Bitch?!! kena repot kat mak ni!

" amboi! panggil abang sendiri bitch sampai hati adik bitch ! " muka Aifiq sengaja dibuat-buat sedih. Dasar drama king!!

"whatever bitch." kata Aifa selamba lalu menghidupkan enjin keretanya. Sempat dia menjelir lidah kearah abangnya sebelum memulakan pemanduan.

"mak!! tengok Leena ni!!!" jerit Aifiq sambil menghentak-hentak kakinya. Kalau orang tengok ni  abang sado camni, muntah ungu agaknya.

Aifa tergelak kecil suka mengenakan abangnya. 








JANGAN LUPA VOTE!!!!!!!!!

'Among Us' [ OG ]Where stories live. Discover now