1 | Arisha

19.5K 437 39
                                    

Unedited.

Lots of major and minor error.

Read at your very own risks.

»

Langit kelihatan mendung pada pagi itu, bersama mendungnya wajah seorang Arisha.

Arisha merenung lama rantai pemberian abangnya dahulu. Rantai yang menyimpan seribu satu memori lama.

Tangannya mencapai pula sebuah bingkai gambar. Jari jemari nya mengusap tiap wajah yang ada. Matanya meneliti setiap raut wajah di dalamnya. Wajah insan insan yang amat dia rindui...

Perlahan air mata gugur membasahi pipi mulusnya. Sungguh sebak di dadanya bagaikan tidak tertahan.
Rindu yang bertamu bagaikan meruntun raganya.

"Mama, papa, Sara rindukan korang...
Rindu sangat. Angah, adik rindukan Angah... Mana Angah pergi? Angah dah lupakan adik ke?" Teresak esak dia menangis, meluahkan rasa hati yang dipendam lama.

Tiba tiba pintu biliknya terkuak! Muncul wajah bengis ibu saudaranya.
Arisha terpana. Laju jarinya menyeka air mata di pipi. Bimbang wajah bengis itu dapat melihat tangisannya.

"Mak... Mak long, ada apa yang Arisha boleh tolong?" Tergagap gagap percakapannya dek kerana gugup melihatkan raut wajah yang garang itu.

Puan Maria mencebik. Matanya mencerlung merenung seraut wajah yang amat dibencinya itu.

"Kau sedih? Huh, Menangis konon! Eh, kau tak payah nak tunjuk muka kesian la! Kau tahu tak? KAU ADALAH PUNCA SEMUA NI JADI!"

"Kau jangan pernah lupa, disebabkan engkau, aku hilang seorang anak perempuan! "

"Kau ni memang dasar pembawa sial! Tu pun masih tak sedar diri, masih lagi nak mengemis hidup dalam keluarga ni. Huh! Benci la aku tengok wajah kau ni!" Puan Maria mengherdik Arisha semahunya. Bibirnya mengucapkan sumpah seranah tanpa dihambat rasa bersalah.

Makin sebak hatinya mendengar bicara hati itu. Namun dia tetap mengagahkan emosinya.

"Mak long. Arisha minta maaf..."

"Maaf?" Bergema suaranya ketika itu. Bibirmya mengukirkan senyuman sinis.

"Eh kau ingat dengan Maaf ni boleh hidupkan balik anak aku yang kau bunuh tu. Huh!!"

"Kau tak payah nak cakap banyak la!
Rimas Aku!!"

Dan dia melangkah tanpa belas meninggalkan Arisha, yang dihimpit perasaan bersalah.

Dan Arisha hanya terus menangis
Sehingga akhirnya dia tertidur...

Hingga Akhir Nanti✔Where stories live. Discover now