36 | Memoir

2.8K 125 0
                                    

Emir yang melihat adegan itu hanya tersenyum pahit. Walaupun ada suatu rasa di hatinya saat ini, ada rasa sakit yang menusuk kalbu. Ada rasa pedih yang menjalar ke jiwa.

Ku, bertemu dengan dirimu,
Kesetiaan yang takkan terganti,
Sebuah kisah ku tunggu...

Tiada lain yang ku pinta,
Hanya hadirnya cinta darimu,
Namun semuanya hilang,
Bagai takkan terjadi...

Sukar 'tuk melepaskanmu,
Biar hatiku tergantung,
Ingin saja ku menyerah,
Namun tak bisa...

Lalu ku biarkan saja,
Biar hatiku merindu,
Kerna tertulis dirinya,
Mengganti diriku...

'Andai itu harga yang perlu aku bayar untuk membahagiakan dirimu, aku rela...'

Arisha yang masih bingung hanya merenung kosong kotak berbaldu merah di dalam tangannya.

Saat dia mengangkat muka, anak matanya terpandangkan susuk tubuh seseorang di balik dedaun tingkap. Emir, yang hanya memandangnya dengan pandangan sayu.


Arisha tersentak saat terasa tangannya ditarik seseorang. Bella!

Bella membawa Arisha ke kawasan belakang rumah. Jauh dari saudara mara yang lain.

"Ada apa, Kak Bella?" Tanya Arisha, polos.

Bella tersenyum sinis.

'Bodoh betul kau ni kan?'

Satu saat. Dua saat.

Dan, Pap! Pipi gebu milik Arisha sudah kemerahan ditampar oleh Bella.

Arisha memegang pipinya yang terasa pijar akibat diperlakukan sedemikian.

Anak matanya yang sudah berair hanya mampu memandang Bella untuk meminta penjelasan.

"Kenapa, sakit?!"

"Itulah yang aku rasa selama ni! Sakit. Perit. Pedih. Tersiksa. Terluka. It is all your fault!"

"You dah rampas segala kebahagiaan aku! Kerana You, Naufal dah tak layan I macam dulu! Kerana You, Emir dan
semua orang dalam rumah ni, pandang serong pada I!"

"And, not to mention... Hana's death is all your fault!"

Saat itu, terasa bagai dunianya terhenti seketika. Kak Hana!

"I akan pastikan, no matter what! Segala kebahagiaan yang You kecapi akan jadi milik I. I takkan biarkan You ambil alih tempat I di mata Naufal. Never!"

Tanpa belas, Bella meninggalkan Arisha bersama senyuman sinis di bibirnya.

'Kita tengok siapa akan menang nanti!'




Arisha yang masih terkesima dengan apa yang terjadi hanya mampu terkaku ditempatnya. Nafasnya seakan-akan terhenti buat seketika.

Di hadapan matanya, dia melihat adegan manja Bella bersama ibu saudaranya, Puan Maria serta ibu kepada Naufal, Puan Shahirah.

Arisha kemudiannya menghela nafas berat sebelum berlalu ke biliknya. Dia perlu menenangkan jiwanya!





"Arisha... Jom turun, tetamu dah mula sampai tu."

Arisha yang mendengarkan suara Alia terus sahaja membuka pintu.

"Wah! Cantiknya kawan aku ni! Dah macam pengantin pulak aku tengok. Manis je mata memandang. Yelah, tadi ada orang lamar dia. Siap dengan cincin lagi." Semakin galak Alia mengusik sahabatnya itu.

Hingga Akhir Nanti✔Where stories live. Discover now