44 | Rindu.

3.8K 165 2
                                    

Unedited

Arisha Qaisara's POV.

Aku menatap lama gaun berwarna biru lembut ini.

Gaun yang tidak terlalu kembang dan sarat dengan manik-manik. Namun, masih lagi terlihat menarik.

Cukup sempurna.

"Cantik..." Tanpa sedar aku berkata. Anak mata masih terpegun dengan keanggunan baju yang ditempah khas ini.

"Do you like it?" Suara itu bertanya dari belakang.

Emir Haqiem.

Aku mengangguk.

"Cantik sangat... tapi untuk apa?"

Aku menyoalnya kembali.

"For the wedding..."

"Wedding?" Soalku, keliru.

"Wedding mereka lah. Alia Syuhada dengan Hazim Eimran... Sha lupa?"

"Oh..."

Dia menatapku lama. Pandangannya menyatakan dia sedang sangsi padaku.

"Are you okay, Arisha Qaisara?"

"Of course I am. I'm fine." Aku pamer senyum padanya.

"Abang tak nampak Sha okay pun. Hmm, it's okay if you're not feeling well. Nanti abang sampaikan salam pada mereka."

"No, tak perlu. Sha okay je... Abang tunggu sekejap Sha bersiap."

Emir Haqiem mengangguk.

Aku terpaku saat melihat dia yang tampil segak berbaju melayu, rona yang sama denganku. Biru.

Dia tersenyum manis memandangku.
Pandangannya merenungku dalam, seolah olah ingin menyatakan sesuatu.
Entah mengapa, kali ini, aku seolah dapat rasakan cinta disebalik renungannya itu.

Aku membalas senyumannya.

Kemudian kami berjalan beriringan menuju ke kereta.



























"Sha masuk dulu ya. Abang ada urusan sikit. Nanti abang masuk."

"Alaa... abang ni dah ajak Sha datang, pastu nak tinggal Sha kat sini pulak." Aku sedikit memberontak mendengarkan kata-katanya.

"I'm sorry..."

Jelas terlihat riak bersalahnya saat ini.
Melihatkan raut wajah itu, aku juga turut dihambat rasa bersalah.

Mungkin memang benar, urusannya begitu penting. Tambahan pula, aku tidak patut menyusahkan dirinya sebegini.

"Hmmm... Sorry. Err, Sha masuk dulu ya."

Dia hanya mengangguk seraya tersenyum.

Aku mulai melangkah masuk ke dalam dewan besar ini. Kelihatan para hadirin sudah mula memenuhi tempat duduk. Walaupun majlis ini diadakan di luar negara,tetap sambutannya meriah seperti selalu. Budaya masyarakat melayu tetap sahaja tidak dilupakan.

Hingga Akhir Nanti✔Where stories live. Discover now