8 : Siapa?

4.4K 203 7
                                    

Lama mata Syazriel Hazieq memandang wajah mulus milik Arisha yang nyenyak tidur. Bibirnya mengukir senyum kecil. Comel! Sudah lama rasanya dia tidak menatap wajah comel itu. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya belakangan ini.

Haih, boleh pulak dia tidur macam tu. Dengan telekungnya lagi. Kepalanya tergeleng kecil melihat telatah adiknya ini.

Tangannya naik menyentuh dahi adiknya ini. Panas! Demam barangkali.

Dengan penuh berhati hati,dia mencempung tubuh kecil itu ke bilik tidur milik gadis itu. Tidak mahu mengejutkannya dari lena. Perlahan lahan dia meletakkan tubuh comel itu ke atas katil. Dia membuka telekung yang melekat pada tubuh gadis itu
Tidak lupa menyelimutkan sekujur tubuh itu. Memandang sejenak sebelum ubun ubun Arisha dikucup tanda kasih.

"Tidurlah Sara. Rehatkan tubuhmu..."
Dia bergumam sendiri.

Syazriel bertembung dengan Encik Huzair yang baru ingin menjenguk Arisha.

Memahami, Syazriel Bersuara.

"Sha tidur... Badan dia panas tadi."

Encik Huzair mengangguk. Anak matanya diisyaratkan supaya anak saudaranya itu supaya mengikuti langkahnya.

"Dah lama kamu tak balik. Sibuk betul dengan kerja."Kata-kata itu memecah keheningan pagi itu.

Syazriel Hazieq melepaskan keluhan.
"Memang tak sempat sangat Pak Long.Ada je yang nak kena outstation. Ni pun tak tahu berapa lama kat sini."

"Takpe, Paklong faham. Alhamdulillah, syarikat arwah mampu untuk betkembang hingga tahap ini .Paklong bangga dengan Riel." Ditepuk tepuk bahu anak saudaranya itu, tanda bangga.

Syazriel hanya senyum.
"Patutnya Paklong yang ambil alih syarikat arwah papa, bukan Riel. Riel masih muda, belum pakar lagi pasal selok belok syarikat."

"Paklong ni dah tua Riel, tak larat dah. Cukup la Paklong harapkan kamu. Lagipun,  kamu  pun dah membuktikan yang kamu memang layak untuk memangku jawatan pengarah syarikat."

"Terima kasih Paklong, sebab percaya pada Riel."

____________________________________

Arisha tersedar tatkala terasa ada benda yang basah di dahinya. Tuala?

Dilihat ada bakul berisi air sejuk di sisi katilnya. Arisha ingin bangun namun sakit kepalanya tiba tiba menyerang.Dia terduduk. Matanya dipejamkan serapatnya, cuba meredakan sakit yang kian mencengkam.

"Ya Allah, Sha kau ni degil betul kan. Dah sakit macam ni pun nak bangun lagi."  Terdengar bebelan dari mulut seseorang. Suara itu, seperti suara seseorang yang dia kenali.

Arisha menangkat muka, memandang wajah yang sedang bercekak pinggang dengan wajah garang di hadapannya kini.



Hehehe..sorry guys chappy kalini pendek je..Alasan klise, sis xde idea..Pape pun Enjoy reading.

Maaf atas segala kehambaran.

Hingga Akhir Nanti✔Where stories live. Discover now