26 | Janji Syazriel Haiqal.

3K 149 6
                                    

Keheningan malam itu telah membawa pergi separuh jiwa seorang Arisha.

Arisha menatap lama gambar lama itu.
Gambar yang diambil pada 10 tahun yang lalu.

Gambar mereka sekeluarga ketika majlis sambutan hari lahirnya yang ke-8.

Arisha tersenyum pahit melihat wajah wajah yang amat dirinduinya.

Matanya teralih kepada hadiah yang dipegang kedua abangnya, Syazriel Hazieq dan Syazriel Haiqal.

Memorinya melayang kepada peristiwa silamnya...

"Kenapa along dengan angah dapat jugak hadiah.Mana boleh macam tu! Hari ni kan hari lahir Sara. Sara je yang boleh dapat hadiah hari ni." Ujar anak kecil itu, dengan mulut yang sudah mencebik, tanda tidak puas hati.

Syazriel tersenyum nipis melihat telatah adiknya itu.
Dia mencangkung di hadapan anak kecil itu.

"Adik, janganla macam ni. Angah bukannya nak rampas hadiah adik. Hadiah ni along dan angah dapat sebab mama dan papa yang bagi. Kan haritu along dan angah baru dapat Straight A+ dalam SPM." Syazriel Haiqal memegang dagu adik manjanya itu.

"Kalau dah dapat keputusan SPM tu memang akan dapat hadiah ke?" Soalnya, naif.

Syazriel Haiqal hampir tergelak melihatkan telatah adiknya. Namun, tetap sahaja dia melayan.

"Iya, sayang." Syazriel Haiqal menghadiahkan senyuman yang manis buat Arisha Qaisara.

"Kalau macam tu, Sara pun nak hadiah jugak nanti."

"Boleh. Sara cakap je nak apa. Abang janji, abang akan belikan apa sahaja untuk adik abang ni. Abang jugak janji, abang akan teman Sara nanti."

"Yeay! Sayang abang!"

"Abang pun sayang adik abang ni." Ujar pasangan kembar itu, serentak.

Syazriel Haiqal berpaling, mencari kembarnya itu. Syazriel Hazieq pula hanya tersengih menayang gigi.

...

Tap! Titis air matanya menyentuh kaca pada bingkai gambar itu. Tangisannya mula mengaburi pandangannya.

"Abang dah janji... abang akan ada. Kenapa abang tinggalkan Sara jugak?
Esok Sara akan ambil keputusan, tapi abang tak ada..." Arisha merintih sendiri.

Sepi sendiri pendamkan luka,
Dalam sembunyi memencilkan diri,

Jiwa meronta luahkan rasa,
Serah amarah di sebalik resah...

Arisha mendongak, menatap kosong langit malam yang kian suram.

Tertulis di semesta,
Walaupun apa yang berlaku,
Ku 'kan tetap menunggumu...

Aku perlukan cinta kamu
'Tuk memadam bara
Yang membakar jiwa,
Menusuk jantungku...

Aku perlukan cinta kamu,
Temani duniaku selalu,
Untuk selama-lamanya...

"Walau apa yang jadi, Sara akan tetap akan tunggu abang. Sara yakin, abang sentiasa di sini, walau tak terlihat oleh Sara..." Arisha berkata pada dirinya.

Syazriel Hazieq yang hanya memerhati dari tadi, menapak ke arah adiknya.

" Sara..." Ujarnya, lembut.

"Sara tahu yang dia tak akan ada esok kan?" Syazriel Hazieq menatap lama wajah yang kelihatan tidak bermaya itu.

"Tidak! Angah dah janji, dia akan ada... dia dah janji..." ujarnya kemudian diikuti tangisan.

Dirinya bagaikan baru menyedari akan realiti yang sebenarnya.

Syazriel Haiqal terus sahaja menarik Arisha ke dalam pelukannya.

Arisha teresak esak di dada bidang abangnya itu.

"Angah dah janji..."

"Sayang, jangan macam ni. Angah mesti tak suka kalau tengok Sha macam ni. Sha kena kuat. Sha kan dah besar. Esok dah nak ambil result dah pun. Jangan macam ni..." lembut suara Syazriel Haiqal memujuk.

Tidak lama kemudian, kelihatan Arisha sudah pun tertidur. Syazriel Hazieq mengelap sisa air mata gadis itu.

Dia kemudiannya mencempung tubuh kecil adiknya, meletakkan adiknya di atas katil. Arisha diselimutkan. Ubun ubun adiknya dikucup lembut.

Dia merenung lama Arisha sebelum melepaskan keluhan.

"Haiqal... mana kau? Sara perlukan kita. Aku takut aku tak mampu untuk jaga dia sendiri.Dia perlukan kau." Lelaki itu berbicara sendiri.

Tap! Suis lampu ditutup.

Biarkan kegelapan menyembuh lukamu...






Hai semua.
Sorry,kalau agak boring.

Maaf jugak sebab saya tak mampu nak update Her Guardian buat masa ini. :'(

Otak tak nak bagi idea ... huwaa😭😭

Jangan lupa tekan butang vote🌟..hehe
Komen jugak tauu.😝






Hingga Akhir Nanti✔Where stories live. Discover now