43| Terbang

3.4K 144 14
                                    

Unedited Part

Naufal Hafiez memberikan pandangan jelik buat makhluk di hadapannya ini.

Tergedik-gedik kalah sotong!

"Sayang..." Meleret sahaja suara manja itu kedengaran.

Sekali lagi Naufal menghadiahkan jelingannya.

"Ish you ni, tak dengar ke I panggil? Jom la lunch, penat tau I datang hospital ni nak ajak you keluar. Jomlah."

Bella memintal-mintal rambut yang diwarnakan perang. Mukanya tersenyum sehabis manis untuk menambat hati sang jejaka di hadapannya itu.

"Aku tak mintak pun kau buat semua tu. Kau yang rela hati nak buat kan? Nak mengungkit tu dah kenapa?"

Suaranya sudah naik seoktaf tika ini.

"I'm sorry. I tak sepatutnya cakap macam tu. I lupa you banyak kerja, ermm I sayang you, janganlah marah." Bella mengerdipkan matanya berkali-kali.

Ingat cantiklah tu?

"Kenapa cari aku? Bukan kau ramai ke lelaki lain?"

"Apa you cakap ni. I takkan curang pada you. I sayang you sorang je. Please, sayang trust me. Takkanlah I nak ada affair dengan lelaki lain, you kan tunang I, tak lama lagi kan kita nak nikah..." Nada suara Bella lembutkan, cuba memujuk.

Penipu.

Pembohong.

Pendusta.

Dasar perempuan Drama Queen!



Selindung di balik wajah indah.

Bila kau senyum, aku bagaikan terpanah oleh mantera.

Sebenarnya lidahmu bercabang dua.

Saat ku sedar hampir saja aku terlewat untuk selamatkan diri.

Curiga, madahmu penuh curiga.

Setia, bodohnya aku setia.

Pendusta, kau seorang pendusta yang penuh dengan drama.

Kau memang drama.



"Shut up, Bella."

"Sampai hati you! Buat I macam ni. You tak kesiankan I ke?"

"What? Kesian? Perlu ke aku kesian pada orang macam kau ni? Bella, kau jangan complicated kan things boleh tak? Aku rasa dah cukup jelas aku bagitahu pada kau tempoh hari, that we are over. There's nothing left between us. So please, stop cari aku."

"Why so sudden? Please, Naufal. Tentu ada cara untuk kita get back balik. Plus, hubungan kita masih tak berakhir. You lupa ke, cincin pertunangan masih ada dengan I! I belum pulangkan pun, macam mana you kata that it is over?"

"Kau boleh simpan cincin tu kalau kau nak. But, my decision is final."

"I should have known this earlier! You better tell me now... ni semua sebab betina tu kan? You masih sayangkan dia kan? Sebab tu you tak pernah ikhlas pun dengan I selama ni! You ingat I tak tahu ke, you masih care pasal dia? Dasar betina perampas!"

"Watch your mouth, Bella!" Suara celah gigi. Menandakan Naufal sedang menahan amarahnya.

"Stop talking nonsense. Jangan nak kaitkan dia untuk tutup kesalahan kau tu. Bangkai gajah tak akan dapat ditutup dengan daun nyiru, Bella."

Hingga Akhir Nanti✔Where stories live. Discover now