46 | Sumpah.

3.6K 147 13
                                    

Arisha terkebil-kebil saat ini.
Dirinya masih lagi terkejut dengan kehadiran secara tiba-tiba wanita yang mengaku sebagai setiausaha Emir Haqiem.

Wanita yang bernama Salina itu tiba-tiba sahaja muncul dan membawa sepasang persalinan yang sangat cantik di mata Arisha.

"Cik Arisha. Tuan Emir arahkan saya untuk ke sini. Dia suruh saya untuk bantu Cik Arisha bersiap-siap sebelum mengiringi Cik ke lokasi seterusnya."

Arisha sudah garu kepala.

Pening.

Setelah beberapa saat berfikir, akhirnya dia membenarkan wanita itu masuk.

Takkanlah wanita itu sanggup untuk datang ke rumahnya malam-malam begini jika bukan perkara penting, bukan?

Husnudzon, dearself!

Arisha membisikkan kata semangat buat dirinya sendiri.


































Arisha yang sudah siap dengan persalinan yang dibawa oleh Salina hanya menurut langkah wanita itu dari belakang.

Dia hanya mampu memandang ke sekelilingnya tika ini.

Sangat cantik, dengan banyak belon udara panas yang menghiasi langit walaupun hari sudah malam.

Alice Springs.

Tempat yang sangat sesuai buat mereka yang menggemari aktiviti menaiki belon udara panas.

"Cik Arisha. Kita dah sampai."

Salina tersenyum kepadanya saat mereka tiba di pintu masuk untuk menaiki belon udara panas tersebut.

Arisha terpegun seketika memandang belon di hadapannya ini yang sangat cantik. Suasana di sini boleh dikatakan amat berbeza dengan yang lain kerama belon ini sudahpun dihias lengkap dengan lampu-lampu.

Ada juga tumbuhan dan bungaan yang dililit pada tiang-tiang menjadikan suasana terlihat begitu romantis.

Dengan lafaz bismillah, Arisha melangkah masuk.








































"Arisha Qaisara..."

Arisha berpaling ke belakang saat namanya diseru lembut, oleh suara yang amat dikenalinya.

Emir Haqiem.

"You look stunning tonight, just like an angel."

Ujar Emir separa berbisik.

Arisha sudah tertunduk malu.

Lambat-lambat dirinya menjawab,

"You too. Handsome as always."

Lelaki itu mengenakan sepasang sut berwarna navy blue, sepadan dengan gaun yang dipakai oleh Arisha tika ini.

Di tangannya ada tiga kuntum bunga mawar merah yang diikat bersama.

Emir Haqiem tergelak kecil melihatkan reaksi Arisha, sebelum berdehem perlahan.

"For you."

Emir menghulurkan bunga tersebut dan Arisha menyambutnya.

"Terima kasih. You don't have to do this..." ujar Arisha perlahan, cuba menutupi rasa berdebar-debar yang sejak tadi menganggunya.

"I want to do this. Just for you. I want this to be something special for you."

Hingga Akhir Nanti✔Where stories live. Discover now