Yena POV
Hidup aku semakin musnah dan kelam dengan kehadiran seseorang yang aku percaya dahulu tapi telah merosakkan kepercayaan itu. Dia adalah orang yang paling aku benci dalam hidup aku.
Dia orang yang telah memusnahkan hidup aku . Aku berharap untuk tidak berjumpa dengan dia , tapi harapan itu hanya angan-angan , kerana dia sedang duduk di hadapan kelas dengan menjawab semua soalan kawan sekelas aku . Dia ....
Park Jinyoung...
Aku paling benci dengan orang yang telah menipu aku , dan berada satu kawasan dengan dia. Aku nampak dia berjalan menuju ke tempat duduk kosong yang ditunjuk oleh Jaemin songsaenim iaitu tempat duduk di sebelah aku. Dia pandang aku tapi aku memalingkan muka aku ke arah Jimin. Aku benci untuk memandang dia yang telah memusnahkan hidup aku.
Yena POV end
" Yena, kau okey tak??" - Jimin
" Aku okey. Jangan kacau aku." jawab Yena dengan dingin.' Aik, aku tanya elok-elok , dia marah aku. Aku buli dia lagi dia marah. Dia ni dah kenapa??' kata Jimin di dalam hati.
" Hai , saya Park Jimin. Nice to meet you, Jinyoung." kata Park Jimin kepada Jinyoung dengan mesra.
" Hai, nice to meet you too , Jimin and ...." kata Jinyoung sambil mata memandang Yena sekilas .
" And?? Sape??" - Jimin
" Takder pape la."
" Kau boleh senyap tak Jimin!" marah Yena kepada Jimin.Jimin terkejut kerana tiba-tiba Yena memarahinya.
" Kau asal? Aku tak cari pasal dengan kau kan?! Hishh.. kalau dengan kau , memang tak boleh nak layan dengan lembut! Kalau aku buli kau , baru kau nak takut dengan aku kan! Kau kenapa haa?!!" jerit Jimin dengan kuat sehingga semua pelajar termasuk Jaemin songsaenim pandang ke arah mereka.
" Aku suruh kau senyap je kan! Takpayah la nak marah aku sampai orang lain dengar!"
" Masalahnya , KAU YANG MULA DULU!"
" KAU TU YANG BISING! KAU TAK NAMPAK KE JAEMIN SONGSAENIM TENGAH MENGAJAR HAA?!"
" CHOI YENA , PARK JIMIN, PERGI BERDIRI KAT LUAR SEKARANG! Kamu tak malu ke bergaduh dekat dalam kelas! Time ssaya mengajar pulak tu! Go out now!"
jerit Jaemin Songsaenim dari depan.Yena menghentak kakinya kerana disebabkan Jimin dia ditengking oleh Jaemin songsaenim manakala Jimin membebel di dalam hati kerana Yena yang memulakan semuanya tak pasal-pasal dia terjerat sekali.
Yena dan Jimin bangun dari tempat duduk untuk keluar dari kelas tetapi menjadi lambat disebabkan pertelingkahan yang berlaku antara mereka berdua kerana berebut untuk menggunakan laluan yang sama.
" Kau kenapa lalu sini? Ada laluan lain kan?!"- Yena
" Kau tu yang menyebok . Ini memang laluan aku. Aku punya meja paling dekat dengan laluan ni!"- Jimin
" Aku yang keluar dulu kan! Btw, Ladies first okeyh!"-Yena
" Kesah apa aku! Sana la!"kata Jimin sambil menolak Yena ketepi.
Yena hilang keseimbangan apabila Jimin menolaknya dan dia hampir jatuh tetapi sempat disambut oleh Jinyoung yang berada di belakangnya. Jimin yang nampak Yena disambut Jinyoung terus rasa bersalah kerana hampir membuat Yena cedera disebabkan dia.
" Kau... okey tak?"- Jinyoung.
Yena tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana terkejut dengan tindakan drastik Jinyoung yang menyambarnya supaya tidak jatuh. Jinyoung yang perasan Yena tidak berkata apa-apa bertanya lagi soalan yang sama .
YOU ARE READING
Blind 💔
FanficKisah seorang yeoja, Choi Yena yang bertemu kembali dengan rakan lamanya , Park Jimin dan Park Jinyoung di Hankook Highschool pada tahun ketiga... Tapi..Kisah mereka telah menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan mereka sering bertengkar .. ...