PROLOGUE 1

16.9K 190 4
                                    


Hati Zandra berdebar-debar. Lain benar suasana sekeliling kali ini. Tiada sesiapa pun kelihatan di situ. Sunyi dan sepi. Kakinya cepat-cepat melangkah dengan lebih laju lagi menuju ke tempat dia meletakkan kereta. Waktu ketika itu sudah pun menjangkau maghrib dan Zandra baru saja habis bekerja. Kebiasaannya Zandra pulang pada pukul 5.30 petang tapi hari ini dia terpaksa stay back untuk menyiapkan persiapan menyambut lawatan pegawai khas ke akademi tempatnya bekerja pada hari esok. 

Hari semakin gelap. Kawasan letak kereta tersebut terletak di kawasan belakang bangunan tempat kerja Zandra. Kawasan itu sebenarnya hanya tanah lapang di tepi bukit, tidak bersimen dan bersebelahan belukar. Hanya sekali-sekala sahaja pekerja datang memesin rumput dan membersihkan semak-samun di situ. Di situ lah semua staf sekerja Zandra meletakkan kenderaan. Namun, ketika ini tinggal Zandra seorang saja yang masih belum pulang.

Tiba-tiba kaki Zandra tersepak sesuatu di atas tanah. Zandra berhenti dan menguis benda tersebut dengan kakinya. 

"Menatang apa ni?!" Getus hati Zandra. Benda tersebut kelihatan seperti sebiji batu, yang tiada bentuk spesifik tetapi sebesar tapak tangan. Warnanya amat aneh sekali. Tiada apa yang terlintas di fikiran Zandra ketika itu, dia menyepak batu itu lalu terus berlalu dan membuka pintu keretanya.

Dia pun memandu pulang ke rumahnya. Penat sungguh seharian di ofis, Zandra terus ingin mandi sesampai sahaja di rumah. 

Semasa mandi, Zandra rasa seperti dirinya sedang diperhatikan. Dia rasa tak selesa, pandangannya meneroka ke setiap sudut dan ceruk bilik air cuba memastikan jika ada sesiapa yang menyelinap. Tiada kelibat sesiapa pun tapi hati Zandra tetap rasa semacam.

"Ahh letihnya..esok awal pagi dah kena ada kat ofis balik." Rungut Zandra sendirian sambil merebahkan badan ke atas katil. Selepas mandi dan makan malam, terus saja Zandra ingin tidur. Tapi, perasaannya tidak sedap sungguh malam ni. Macam ada seseorang atau sesuatu yang asing berada bersama dia. Keadaan sekeliling bilik tidurnya juga terasa aneh. Zandra cuba untuk tidak memikirkannya dan cuba melelapkan matanya.

Dan tanpa kelihatan di mata Zandra, sememangnya ada sepasang mata yang sedang memerhatinya di satu sudut. 

Goodbye Honey Lemon DemonWhere stories live. Discover now