Hujan

12.4K 155 4
                                    

Hujan rintik-rintik membasahi bumi ketika Zandra ingin pulang dari tempat kerja pada hari itu. Dia masih berdiri di luar pintu bangunan memerhatikan titisan-titisan hujan yang menerpa ke tanah, memikirkan untuk meredah sahaja hujan tersebut untuk ke keretanya.  Rumput, pokok dan daun yang basah sangat indah di mata Zandra. Dia amat menyukai hujan. Sejak dari kecil, dia suka bermain hujan. Ketika remaja pula, dia suka duduk di tepi tingkap mahupun pintu memerhatikan hari hujan.  Baginya hujan merupakan sesuatu yang romantik dan misteri. Selepas hujan, hari akan nampak berseri-seri dengan daun-daun, rumput dan tanah yang segar disirami hujan. 

"Tak lebat sangat hujan ni, aku nak redah je Ra..."

Muncul rakan sekerja Zandra, Emily entah dari mana. Dia bersiap-siap ingin meredah hujan, beg tangannya dipeluk erat.

"Jumpa esok Ra...bye!" Emily terus meluru ke dalam hujan yang nampaknya semakin lebat. 

"Lama tak main hujan..." Zandra tersenyum seorang sambil perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam hujan yang sedang mencurah. Dia menikmati titisan-titisan hujan yang jatuh ke kulitnya, bajunya semakin basah dan terus lencun di kala Zandra sampai di tempat letak kereta. Tiada sesiapa kelihatan di situ kerana hari yang sedang hujan. 

Zandra melihat sekeliling. Memastikan lagi tiada sesiapa berada di situ. Bajunya yang lencun melekap ke kulitnya dan menampakkan susuk tubuhnya. Dah la kebetulan Zandra memakai baju putih hari ni, baju dalamnya menyerlah. Kalau ada orang nampak memang memalukan. Zandra mendongak kepalanya ke atas. Dia menikmati titisan-titisan hujan yang jatuh ke wajahnya.

 Dia menikmati titisan-titisan hujan yang jatuh ke wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak disedari Zandra, sepasang mata sedang memerhatikan dia. Daemond ada di situ, berdiri dekat di sisi Zandra. Dia memerhatikan saja tingkah laku Zandra ketika itu. Bibirnya mengukir senyuman pendek. Ternyata gadis ini menyukai hujan, bisik hati Daemond. Dia semakin tertarik dengan Zandra. Matanya merenung Zandra atas ke bawah. Terasa geram di hatinya. Daemond tahu yang dia dan manusia dilarang sama sekali melakukan sebarang pertalian mahupun perhubungan namun dia telah nekad. Gadis-gadis sekaum Daemond bukannya tidak cantik, tetapi Zandra ada sesuatu yang Daemond suka. Daemond telah melupakan kejadian Zandra menyepak batu agung keluarganya. Daemond kini ada tujuan lain mengekori Zandra.

Setelah puas dia bermain hujan, Zandra pergi ke keretanya yang tidak jauh. Dia masuk ke dalam kereta dengan basah lencun. Tiba-tiba Zandra terasa seperti ada satu helaan nafas di wajahnya. Zandra terkesima. Dia cuba mengenalpasti apakah yang dia rasakan sebntar tadi. Aircond belum pun dipasang, tingkap dan pintu tertutup. Mana datang angin yang sekali lalu saja hinggap di wajahnya sebentar tadi. Zandra cepat-cepat menghidupkan kereta dan ingin berlalu.

Daemond tak tahan lagi. Baru sebentar tadi dia ingin mencium Zandra. Wajahnya betul-betul di hadapan wajah Zandra ketika itu. Sehingga Zandra seolah- olah boleh merasakan kehadirannya. Daemond nekad yang malam ini Zandra akan jadi miliknya.

 Daemond nekad yang malam ini Zandra akan jadi miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Goodbye Honey Lemon DemonWhere stories live. Discover now