Pertemuan

12.9K 119 0
                                    


Zandra berlari sekuat hatinya. Dia sedang dikejar oleh seseorang yang dia sendiri tidak kenal dan tidak tahu kenapa. Dia ingin menjerit tapi suaranya tidak keluar. Dia rasa sangat takut dan rasanya dia sudahpun menangis. Hari semakin gelap dan samar-samar di mata Zandra. Dia tidak tahu dia berada di mana, dia telah sesat di tempat yang asing sekali. Yang lebih aneh, tiada seorang pun kelihatan berada di mana-mana dan dia sedang dikejar oleh seseorang yang berbahaya. Zandra terus berlari selaju-lajunya tanpa arah tuju, sesekali dia menoleh ke belakang mencari orang yang sedang mengejarnya. 

Entah macam mana Zandra sampai ke suatu curam yang tinggi dan dia terus terjatuh ke bawah. Aaaaaaaaaa!!!!! Dia menjerit sekuat-kuat hatinya. Tinggi sungguh dia terjatuh, sungguh ngilu Zandra rasa dan seperti nyawanya sudah hendak melayang. Zandra panik, matilah aku bila dah sampai ke bawah nanti. Zandra cuba melihat ke bawah namun dia tidak nampak sebarang daratan mahupun lautan. Tiba-tiba saja Zandra menjunam ke dalam air. Namun air tersebut tidak terlalu dalam, setakat paras leher Zandra dan dia merasa lega.

Zandra memerhati sekelilingnya dan dia melihat kawasan permukaan air itu sangat luas umpama laut namun airnya berwarna hijau tua kekuningan. Zandra merasa ngeri, bagaimana dia ingin keluar daripada air tersebut kerana tiada bayang-bayang daratan yang kelihatan. Sekali lagi Zandra menangis ketakutan. Dia terus berjalan meredah air separas tengkuknya tidak tahu ke mana nak dituju. Tiba-tiba kaki Zandra ditarik sesuatu dari dalam air. Zandra tersentak lalu dia pun terus tenggelam ke dalam air. Zandra meronta-ronta kelemasan dan ingin kakinya dilepaskan namun rentapan itu sangat kuat mengheret Zandra entah ke mana di dalam dasar air tersebut.

Sedar-sedar sahaja, Zandra sudah berada di suatu tempat lain yang kelihatan seperti sebuah taman silam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedar-sedar sahaja, Zandra sudah berada di suatu tempat lain yang kelihatan seperti sebuah taman silam. Terdapat banyak tumbuhan dan pokok-pokok yang cantik di sekeliling taman tersebut. Zandra ternampak sebuah kolam air pancut yang sangat unik dan antik di satu sudut taman itu. Juga terdapat pokok-pokok bunga berwarna-warni serta kerusi taman yang pelik berwarna putih  berada di beberapa sudut dalam kawasan taman itu. Dia tidak merasa lemas lagi namun nafasnya tercungap-cungap.

"Dah lama sampai....?"

Zandra dikejutkan satu suara dibelakangnya. Seorang jejaka muncul entah dari mana dan menghampiri Zandra dengan senyuman manis di wajah. Lelaki itu kelihatan segak berambut panjang, berpakaian seperti seorang pahlawan silam yang aneh. Tubuhnya yang sasa dan tegap jelas kelihatan melalui pakaian yang dipakainya. 

"Saya...saya ada kat mana ni...?" 

Tanya Zandra kepada lelaki itu. Lelaki itu berdiri di hadapan Zandra dengan senyuman manis tak lekang di bibirnya. 

"Awak berada di jajahan saya." Nadanya tegas namun suaranya lembut dan lunak menjawab pertanyaan Zandra. 

"Sebelum awak tanya kenapa, biar saya jelaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sebelum awak tanya kenapa, biar saya jelaskan. Saya mahukan awak. Sama ada awak mahu atau tidak, awak tiada pilihan. Awak mesti ikut saya. Awak mesti terima. Awak mesti dengar apa yang saya suruh. Awak mesti tinggal dengan saya." 

Suara lelaki itu semakin keras. Dia menghulurkan tangannya kepada Zandra, menginginkan Zandra menyambut tangannya. 

"Tak...saya nak balik...tolonglah.. apa semua ni..." 

Suara Zandra bergetar, perlahan-lahan dia mengundur ke belakang manakala lelaki itu pula semakin mara menuju ke arahnya. Zandra ketakutan. Walaupun wajah lelaki itu kacak dan tampan, tapi terselit kejahatan di wajah itu. Renungan lelaki itu semakin tajam dan tiba-tiba dia berhenti melangkah. Entah macam mana lelaki itu bertukar menjadi seekor ular yang besar di hadapan Zandra. Kaki Zandra kaku, dia ingin berlari namun rasa tidak berdaya. Ular tersebut mendengus ke arah Zandra menampakkan taringnya dan lidahnya yang bercabang. Zandra ingin menjerit "Tolongggggggg!!" Dan ular itu ingin menerkam Zandra.

 Zandra ingin menjerit "Tolongggggggg!!" Dan ular itu ingin menerkam Zandra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zandra tersentak sebaik saja matanya celik. Nafasnya turun naik, dadanya berdebar. Mimpi itu seakan-akan benar-benar berlaku ke atas dirinya sebentar tadi. Badannya lemah. Dia terus bangun dari katil dan duduk di kerusi sisi. Dilihatnya jam baru pukul 3.59 pagi, Zandra mengeluh. Kenapa aku mimpi macam ni..semuanya rasa seperti betul-betul terjadi. Tak pernah dalam hidup aku mimpi yang pelik sangat macam ni..

Sedar tak sedar, Zandra terlena semula semasa duduk di kerusi sisi itu.

Sedar tak sedar, Zandra terlena semula semasa duduk di kerusi sisi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Goodbye Honey Lemon DemonWhere stories live. Discover now