Rumah

10K 100 1
                                    


"Sayang...ikut sini..." kata lelaki itu. Eh, lelaki ni lagi! Lelaki yang sama di dalam mimpi Zandra sebelum-sebelum ini. Zandra keliru namun entah kenapa hatinya rela mengikuti lelaki itu ke arah yang dikatakan. Lelaki itu menarik tangan Zandra dengan mesra. Ketika itu Zandra berada di suatu tempat seperti di dalam hutan dan sedang menuju ke arah sebuah rumah tak jauh dari situ. 

Rumah itu kelihatan menyeramkan. Kelihatan usang dengan semak-samun disekelilingnya. Suasana dan keadaannya juga agak muram. Sedar tak sedar Zandra sudah pun berada di dalam rumah tersebut. Lelaki tadi pula hilang entah ke mana. Zandra mula terasa takut. Dia cuba untuk mencari jalan keluar daripada rumah itu namun pintu tak dapat dibuka langsung, ianya berkunci!  Dalam kekusaman suasana, Zandra menuju ke arah tingkap berhampiran namun sama juga, ianya berkunci. 

Zandra mula panik, dia menuju ke semua tingkap yang ada. Cuba untuk membukanya dan lari keluar namun tiada satu pun yang boleh dibuka. Zandra memberanikan dirinya menjelajah ke bahagian lain rumah tersebut. Rumah tersebut lengkap dengan perabot dan kelengkapan lain namun sangat-sangat menyeramkan. Zandra menuju ke satu laluan, laluan itu membawanya ke satu bilik. 

Dia memasuki bilik itu dan terpandang sebuah pintu di dalamnya. Dengan harapan ingin keluar dari situ, Zandra cuba membuka pintu itu. Mujurlah tidak berkunci namun pintu itu membawanya pula ke satu bilik yang lain. Zandra meneruskan langkahnya, mencari jalan keluar yang sepertinya dia sudah terperangkap di dalam rumah itu.

Satu lembaga muncul tiba-tiba di hadapan Zandra. Lembaga itu sangatlah hodoh wajahnya, persis hantu-hantu yang pernah Zandra tonton di dalam filem-filem seram selama ini. Zandra menjerit ketakutan dan dia berlari selaju-lajunya tanpa mengetahui arah tujunya. Lembaga itu mengejar Zandra, Zandra sangat takut dan cemas hingga dia rasa sudah pun menangis dalam lariannya. 

Yang hairannya, Zandra menjumpai banyak pintu sepanjang lariannya dikejar lembaga itu namun tiada satu pintu pun yang membawanya keluar dari rumah itu. Zandra merasakan seperti rumah itu terlalu besar berbanding rupa rumah itu semasa berada di luar tadi. Akhirnya dia kepenatan, lembaga itu masih mengejarnya, Zandra terasa ingin mengalah. Apa akan jadi kepadanya selepas ini, dia redha.

Lembaga itu semakin menghampiri. Zandra tersandar di dinding, dia memejamkan matanya tidak sanggup menatap wajah lembaga hodoh itu. Apabila dia membuka matanya semula, di hadapannya berdiri seorang lelaki kacak iaitu lelaki yang sama membawanya masuk ke rumah itu tadi dan yang sering muncul di dalam mimpi-mimpi Zandra. Lembaga tadi pula hilang entah ke mana, atau mungkin lembaga tadi merupakan lelaki itu. Zandra kebingungan. Wajah lelaki itu sudah pun berada beberapa inci saja jarak dari wajah Zandra.

"Tolong...tolonglah..saya nak keluar..dari sini..." Zandra bersuara dengan bergetar-getar. Dengan tak semena-mena, lelaki itu terus mengucup bibir Zandra. Zandra terkejut namun tidak dapat berbuat apa-apa. Tubuh badannya terkaku tidak dapat bergerak. Lelaki itu semakin rakus mencumbui Zandra hingga Zandra merasakan sensasi menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia khayal dan membalas kucupan itu walaupun hakikatnya dia tidak mahukannya. Lelaki itu membuka pakaian Zandra sementara masih mencumbui bibir Zandra.. tangannya meramas payudara Zandra yang pejal dan gebu itu lalu dihisapnya puting Zandra dengan penuh nafsu. Zandra hanyut terbuai dengan perasaan yang teramat ghairah.

Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu, tiba-tiba saja Zandra merasakan seperti cinta yang teramat dalam pada lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu, tiba-tiba saja Zandra merasakan seperti cinta yang teramat dalam pada lelaki itu. Dia merelakan apa yang lelaki itu lakukan padanya yang sudah terbaring di atas lantai. Lelaki itu menindih dan memeluk Zandra, lalu Zandra merasakan tusukan keras memasuki vaginanya. Tusukan yang sangat nikmat dirasakan Zandra sehingga dia mengerang perlahan kenikmatan. Lelaki itu mengemudi zakarnya dengan baik sekali dan Zandra hanyut dalam keghairahan yang tidak pernah Zandra rasakan selama ini sehinggalah sampai ke kemuncaknya.

Alangkah terkejutnya Zandra apabila lelaki yang sedang menyetubuhinya tiba-tiba bertukar menjadi lembaga hodoh yang mengejarnya sebentar tadi. Zandra menjerit sekuat hatinya sambil cuba menolak lembaga itu yang sedang memeluknya. Zandra terasa lemas. Semakin dia meronta semakin lemas dirasakannya dan Zandra cuba membuka matanya berkali-kali apabila penglihatannya menjadi gelap.

"Astaghfirrullahalazim...." Zandra terjaga dari tidurnya dalam keadaan tercungap-cungap dan keletihan yang amat. Zandra bersusah payah untuk duduk, dia merasakan tidak selesa di bahagian kemaluannya. Zandra meraba kemaluannya dan terasa sungguh basah. Lebih menghairankan, dia masih merasakan sensasi seperti benar-benar telah melakukan hubungan seks di bahagian kemaluannya masih rasa kebas dan sengal. Badannya lesu. Real gila apa yang aku mimpi tadi...getus hatinya.

Apabila dia membuka baju ingin mandi, Zandra terkejut besar apabila mendapati ada lebam sebesar tapak tangan di bahagian pehanya. Itulah lebam yang paling besar pernah dia dapati. Selama ini lebam-lebam yang ada cuma sebesar ibu jari namun kali ini sedebuk besar tapak tangan terus. Zandra mula bertambah risau, dia buntu memikirkan semuanya. 

Semasa sedang mandi, Zandra terdengar bunyi seperti orang sedang berjalan menyeret tapak kaki di sekitar luar bilik airnya. Pada mulanya Zandra menyangkakan bunyi dari jiran, namun apabila diamati, Zandra pasti bunyi itu benar-benar datang di sebalik pintu bilik airnya. Zandra mula terasa seram. Dia memberanikan diri membuka pintu usai selesai mandi. Perlahan-lahan pintu dibuka.

Goodbye Honey Lemon DemonWhere stories live. Discover now