Ratah

15.4K 160 3
                                    


"Rasa macam nak demam pulak..." Zandra baring di atas katil ketika jam baru saja menganjak ke 9.30 malam. Dia terasa tak sedap badan. Rasa seram sejuk. Dia ingin melelapkan matanya.

Zandra tersentak. Dia tidak boleh bergerak. Dia keliru apa yang sedang berlaku. Dia masih berjaga namun badannya kaku seolah-olah ada sesuatu yang sedang menindih tubuhnya. Nafasnya sesak, dia cuba sedaya upaya menggerakkan tangan dan kakinya namun tidak berjaya. Dia cuba pula menjerit namun suaranya tidak keluar. Zandra hanya mampu berusaha untuk terus bernafas. Dia pasrah jika berlaku apa-apa kepada dirinya. Tapi dia belum sedia untuk mati. 

Perlahan-lahan Zandra terasa badannya yang kaku tadi beransur ringan. Dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya. Dia cuba mengalihkan tubuhnya yang terlentang itu untuk pusing ke kanan. Dengan susah payah akhirnya berjaya. Sebaik saja Zandra berjaya pusing ke kanan, beban yang terasa menindih tubuhnya hilang. Zandra cuba pula untuk bangun. Dia bangun dan duduk bersandar di tepi katilnya. Dia tercungap lelah, baru sebentar tadi dia tidak dapat bernafas. Dia pasti tadi bukan mimpi. Dia mengucap dan berzikir banyak-banyak. 

Zandra tak jadi tidur, dia bangun untuk ke dapur kerana tekaknya terasa haus. Zandra tinggal berseorangan di rumah milik arwah ibubapanya. Dia anak bongsu dari 3 adik-beradik. Dua orang kakaknya sudah berkahwin dan tinggal bersama suami masing-masing. Dia sahaja yang masih bujang tinggal bersendirian di usia 27 tahun. Ramai saja  lelaki yang cuba mendekati Zandra namun Zandra yang tidak mahu dan menjauhkan diri dari mana-mana lelaki yang cuba hadir dalam hidupnya.

Dalam kesamaran cahaya, Zandra memasuki ruang dapur. Tiba-tiba matanya menangkap satu kelibat yang laju melintasi ruang antara dinding. Hati Zandra  berdebar-debar. Apakah yang dilihatnya sebentar tadi. Dia pantas memetik suis lampu dapur dan mencari-cari kelibat tadi. Zandra cuba menyedapkan hatinya dengan menyangka bahawa matanya tersilap pandang. Zandra berfikir mungkin dia keletihan, malah baru tadi dia bergelut seperti nyawa di hujung tanduk. Dia lantas mencapai gelas, menadah air di water filter dan meneguk laju kehausan. 

Badan Zandra benar-benar letih. Namun dia rasa trauma untuk baring tidur di katilnya. Dia tidak pernah mengalami kejadian seperti itu sebelum ini. Mungkin sebab main hujan petang tadi kot..fikir Zandra. Dia mengambil keputusan baring di sofa. Dia membuka siaran televisyen dan tidak sedar saja dia sudah terlena di hadapan televisyen yang terpasang...

 Dia membuka siaran televisyen dan tidak sedar saja dia sudah terlena di hadapan televisyen yang terpasang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daemond merenung Zandra yang sedang tidur. Dia belum cukup puas meratah tubuh Zandra. Tadi dia dapat merasa sedikit saja. Tak mengapa, bisik hati Daemond. Banyak masa lagi aku boleh gasak dia cukup-cukup. Namun kali ni biar aku tinggalkan tanda pada kau untuk menunjukkan yang kau adalah milik aku. Getus hati Daemond.

Dia menghampiri Zandra. Diciumnya leher Zandra..dielusnya dada Zandra yang terbuka luas menampakkan lurah payudaranya. Daemond menjilat leher Zandra dan perlahan-lahan jilatannya turun ke dada Zandra. Zandra sedang nyenyak tidak menyedari apa yang berlaku. Daemond beralih ke kaki Zandra yang terdedah. Diusapnya betis Zandra dari bawah hingga naik ke paha gebu Zandra. Lembut...kata hati Daemond. Sedap ni..katanya lagi. Daemond menghisap peha Zandra dengan penuh ghairah dan rakus. 

Ok sayang, nanti aku datang lagi... kata Daemond. Dia sudah ingin berlalu memandangkan hari hampir subuh. Zandra masih lena dibuai mimpi. Daemond puas hati kali ini Zandra sudah menjadi miliknya walaupun Zandra tidak mengetahui sama sekali apa yang berlaku. Daemond harus pulang ke kubu ayahnya, mesti ayahnya mencari dia ketika ini. Namun Daemond berkebolehan untuk bergerak sepantas kilat, sekelip mata saja dia boleh sampai ke mana-mana. 

Bunyi alarm handphone di tangan Zandra mengejutkan dia dari tidur. Dia tertidur dengan handphone di tangan dan televisyen terpasang. Zandra terkebil-kebil melihat waktu di telefonnya sudah 6.30 pagi.  Badannya amat letih sekali, seolah-olah baru lepas melakukan  maraton 500meter. Dia terus bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja.

Ketika sedang mandi, baru Zandra perasan ada satu lebam pelik di pahanya. Lebam berwarna ungu itu sebesar ibu jari Zandra. Lebam apa ni..sakitnya bila picit! Aku ada terjatuh ke? Terlanggar apa-apa ke? Rasanya tak ada. Keluh Zandra. Dia merasa hairan. Dibelek-beleknya lagi kesan lebam itu selepas keluar dari bilik air. Tanpa berfikir lagi dia terus menyapu minyak panas pada kesan lebam tersebut. Terasa gatal pula lebam ni..Zandra melihat ada titik-titik merah di dalam kawasan lebam itu. Balik kerja nanti aku tuam, sekarang tak sempat dah. Zandra bergegas keluar untuk ke tempat kerja pagi itu.

Goodbye Honey Lemon DemonWhere stories live. Discover now