PROLOGUE 2

12.4K 171 7
                                    


"Berani kau sepak permata agung diraja keluarga kami! Kau akan terima padahnya!" 

Daemond berdiri betul-betul di hadapan Zandra ketika itu. Namun Zandra tidak nampak mahupun menyedari kewujudan Daemond di situ. Daemond mengutip batu yang disepak Zandra yang rupa-rupanya adalah batu permata milik keluarga Daemond. 

Daemond sebelum itu sedang dalam perjalanan membawa batu permata keluarganya itu kepada abang sulungnya setelah diarahkan oleh bapanya. Daemond tinggal di kubu bapanya manakala abangnya tinggal di kubu berlainan bersama ibunya. Ini kerana abang Daemond ditugaskan menjaga daerah jajahan bapanya manakala bapanyanya kekal di daerah jajahan asal. Bapa Daemond merupakan ketua kepada suku kaum Esyteic, suatu mahkluk dari dunia yang berbeza.

Dan entah macam mana batu dalam pegangan Daemond itu terjatuh tatkala melintasi kawasan di mana Zandra berada. Pada waktu itu matahari hampir terbenam, di mana pertembungan antara dua dunia boleh berlaku dan kerana itulah Zandra boleh tersepak dan melihat batu permata Daemond yang telah tercicir itu. Namun, tatkala Daemond menghampiri Zandra, dia tidak dapat melihat Daemond.

Selepas itu, Daemond mengekori Zandra pulang ke rumah. Perasaan marahnya belum hilang. Itu belum lagi dia memberitahu perkara itu kepada bapa atau abangnya. Mesti meledak kemarahan mereka memandangkan batu itu adalah batu permata agung kaum kerabat mereka. Masakan boleh disepak seumpama sampah layaknya. Namum Daemond merahsiakan dahulu perkara tersebut dari pengetahuan sesiapa. Dia mengekori Zandra dahulu kerana ada sesuatu yang menarik pada gadis itu. Dia juga mengerti yang Zandra tidak tahu menahu tentang batu permata itu, dalam tak sedar terselit niat lain di hati Daemond.

Mata Daemond meliar memerhatikan Zandra yang ketika itu sedang mandi. Tiada seurat benang pun di tubuh basah Zandra. Daemond yang tidak kelihatan di mata Zandra perlahan-lahan menghampiri. Serentak itu Zandra menoleh sekeliling merasakan sesuatu. Daemond sudah terlupa sebentar tujuan sebenar dia mengekori Zandra. Hatinya telah tertarik kepada gadis itu, dia berlegar-legar di sekitar Zandra. Sehinggalah Zandra ingin melelapkan matanya, barulah Daemond teringat yang dia harus menghantar batu permata itu kepada abangnya. Dia pun segera berlalu namun hatinya nekad akan kembali kepada Zandra secepat mungkin.

Goodbye Honey Lemon DemonWhere stories live. Discover now