Gangguan

10.9K 139 32
                                    


Zandra menarik nafas lega apabila tiada apa-apa yang kelihatan. Bunyi itu semakin sayup dan terus hilang. Zandra tidak mahu memikirkannya lagi. Memandangkan ianya hari cuti, Zandra bercadang untuk keluar membeli barangan keperluan. Dia pun bersiap-siap untuk ke pusat membeli belah. 

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Di saat Zandra ingin melangkah masuk ke pusat membeli belah itu, dia teserempak dengan rakan sekerjanya, Aisyah. 

"Assalamualaikum Zandra...hai. " Aisyah dahulu menegur dengan ceria.

"Waalaikumsalam.." jawab Zandra sambil tersenyum. 

"Seorang je ke...bukan selalu shopping dengan husband ke hihi" tambah Zandra.

"Hari ni seorang je Ra... hubby aku ada hal. Eh jom la teman aku Ra..sian aku sorang-sorang ni, aku tak biasa macam kau Ra..." Aisyah merayu dengan nada seloroh.

"Apa ada hal, jom je lah sama-sama..." Zandra menyambut ajakan Aisyah.

"Alhamdulillah...." Aisyah teruja sambil menolak trolinya masuk ke dalam pusat membeli belah bersama-sama Zandra. 

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

Sebelum pulang ke rumah masing-masing, Zandra dan Aisyah singgah ke kafe untuk minum bersama. Di tempat kerja, mereka tidaklah selalu dapat berbual dek kerana berlainan department. Tetapi masing-masing telah pun lama mengenali satu sama lain malah telah bertahun-tahun berkhidmat di tempat kerja yang sama. Aisyah sangat dikenali sebagai seorang yang solehah dan berilmu agama tambahan suaminya merupakan seorang ustaz di sebuah sekolah.

Saat mereka duduk minum di kafe dalam pusat beli belah itu, Aisyah perasan ada sesuatu yang tidak kena pada Zandra.

"Kau sihat ke Ra..aku tengok macam pucat je muka kau," Aisyah memerhati Zandra.

Zandra mengeluh, dia tidak tahu bagaimana untuk bercerita kepada Aisyah. Terasa ingin dia luahkan segala-galanya tapi fikirannya buntu.

"Tulah, aku..." Zandra tidak meneruskan kata-katanya. Dia cuba mengingati semula semua perkara yang berlaku ke atas dirinya selama ini.

"Cerita je pada aku Ra, kau boleh percaya kat aku. Manalah tau kalau aku boleh tolong..kalau aku tak mampu tolong, paling tidak pun aku boleh bagi pendapat aku... Kau sakit ke?" Aisyah memegang tangan Zandra.

"Aku tak tahulah nak cakap macam mana...aku pun tak tahu apa yang jadi kat aku sekarang ni. Tiap kali aku nak tidur, aku selalu rasa macam kena tindih. Lepas tu aku selalu mimpi yang pelik-pelik. Bangun je tidur, mesti ada lebam-lebam kat badan aku. Kadang-kadang aku rasa macam ada orang memerhati aku kat rumah aku tu Aisyah....seram, sebab sebelum ni dah lama aku tinggal sorang-sorang kat rumah tu tak pernah pula rasa macam sekarang ni." Zandra menarik nafas. Aisyah mendengar dengan teliti sekali namun wajahnya kelihatan seperti dapat mengagak sesuatu.

" Kadang-kadang tu kan, aku nampak macam ada kelibat dalam rumah aku...lalu lalang. Melintas sana sini tapi aku tak nampak dengan jelas. Seolah-olah cuma mainan perasaan aku je tapi aku pun macam rasa ada kehadiran sesuatu dalam rumah aku...kadang dengar bunyi-bunyi pelik. Barang-barang aku asyik berubah tempat sedangkan memang aku letak di tempat yang sepatutnya. Tengah malam dalam pukul 3 pagi kan, mesti aku terkejut dari tidur, macam ada orang kejutkan aku sedangkan tak ada apa-apa. Aku selalu je rasa meremang tak semena-mena. Aku jadi stress dengan semua benda-benda ni Aisyah.." Zandra akhirnya menceritakan segalanya.

"Dah berapa lama kau jadi macam tu...kau ingat tak sejak bila mula jadi benda-benda tu?" Tanya Aisyah.

Zandra cuba mengingati semula namun dia buntu. Dia tidak perasan bila kali pertama dia alami semua itu tapi apa yang pasti sudah hampir dua bulan dia menderita dan keadaan semakin menjadi-jadi. Dia menggelengkan kepalanya.

"Kau percaya tak kewujudan jin?" Aisyah menyoal spontan.

Zandra mengangkat keningnya membulatkan matanya yang cantik itu. Dia memandang Aisyah penuh tanda tanya.

"Aku pernah dengar semua yang kau ceritakan ni Ra...selalunya benda-benda macam tu angkara jin...segolongan dengan syaitan dan iblis...tapi jin ni dia ada yang islam. Entah lah aku pun tak pandai nak terangkan, hubby aku mungkin tahu la benda-benda macam ni. Satu je aku nak cakap, baik kau pergi berubat. Kalau dibiarkan lama-lama memang mudarat. Bila dah jin ni suka pada seseorang tu..bila dah sebati, susah dia nak tinggalkan." Aisyah memberi pandangannya dengan yakin.

"Betul ke Aisyah?"Zandra kebingungan. "Aku nak berubat kat mana...?" Sambungnya lagi dengan dahi berkerut.

" Ok macam ni. Nanti aku tanya pada hubby aku. Minta dia recommend mana-mana tempat atau ustaz yang pandai ubatkan orang. Apa-apa nanti aku inform kat kau. Aku cuba usahakan secepat yang boleh tau. Risau aku kalau kau tak buat apa-apa Ra, melarat nanti.." Ujar Aisyah. Zandra mengangguk setuju. 

"Terima kasih Aisyah..." lemah suara Zandra. Aisyah hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Buat masa ni kau banyak-banyak lah buat amal ibadat Ra..sentiasa berzikir, baca surah-surah. Kalau boleh, selalu buka bacaan ayat-ayat Quran especially surah Al Baqarah. Sebelum tidur, kau pasang ayat ruqyah. Mana-mana pun boleh. " Nasihat Aisyah.

"Air pun dah habis ni, jom kita balik...hubby aku pun dah whatsapp ni tanya bila nak balik hihi.." 

"Ok jom..." suara Zandra kedengaran lemah. Tiba-tiba je dia rasa takut. Barulah dia tersedar yang semuanya ada kena -mengena dengan makhluk halus. Selama ini, dia menafikan sekeras-kerasnya walaupun pernah terlintas di hatinya tentang perkara seumpama itu. Dia akhirnya akur dan setuju dengan apa yang Aisyah beritahunya sebentar tadi...

"Siaplah kau makhluk, ingat aku ni apa? Anak patung kau?!"




Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Goodbye Honey Lemon DemonWhere stories live. Discover now