Chapt 56 🌸

22 0 0
                                    

; 9 malam ;

Sunyoon's pov

Kami sekeluarga mengenakan pakaian biru langit untuk bermakan malam di luar sebelum melepak di Sungai Han yang dirancang oleh kami tadi .

Setelah beberapa minit berada di atas jalan raya , kami tiba di restoran tepi jalan . Restoran Daging Bakar Shin , salah sebuah restoran mahal di tepi jalan ini . Aku memegang tangan Jaemin , manakala Jimin memegang erat tangan Jaehyun . Senang cerita , kembar tu dipimpin oleh kami berdua .

Aku membuka kot lalu meletakkannya di tepi peha aku . Jaehyum duduk di sebelah aku , manakala Jaemin duduk di hadapan aku , dan Jimin berhadapan Jaehyun . Adakah anda faham maksud saya ?

Jimin memesan banyak makanan seperti ranyeom , daging dan 'khinzir' bakar , nasi goreng kimchi dan banyak lagi . Aku melarang Jimin untuk memesan air alkohol jika makan bersama anak kecil .

Aku meletakkan daging bakar ke dalam mangkuk mereka , dan mereka cepat menyuapkan ke dalam mulut . Aku letak , dorang ambil bersama nasi dan terus makan . Pelahap . Ikut daddy ke mummy ni ?

Ikut mummy dorang la yang kuat makan tak bertempat - author yang chumils :3

Diam kamu si author 😑🌝

••••

Usai mengisi makanan di restoran daging bakar itu , Jimin membawa kami ke Sungai Han untuk membakar lemak , katanya -,-

Aku tercari-cari warung teokbokki ahjuma yang selalu aku beli dulu . Aku jenguk dengan menggunakan leher panjang aku huehue.

" Mummy cari ape ? Warung halmonie teobokki tu ke ? " tanya Jaemin . Wajahnya seakan tahu je mummy dia tengah craving teobokki itu .

" Aik , kamu tahu celah mane yang mummy suka teobokki halmonie tu ? "

" Dulu , daddy selalu bawa kami ke sini untuk ambil angin selepas habis kerja . Pastu daddy pergi beli makanan tu , dia cakap yang mummy suka gile teobokki yang halmonie jual tu . Sekarang halmonie tu dah takde kat dunia dah . Menantu halmonie dah ambil alih warung dia dan jual kat sana , " jari Jaemin tunjuk ke arah warung yang agak ceria di tepi sungai ni .

Aku mengusap rambut Jaemin , dah pandai bertutur anak aku sorang ni . Aku memimpin tangannya untuk ke warung itu untuk mengenali wajah empunya teobokki itu .

" Ha nak ke mana tu ? Kenapa tak ajak kami berdua ni ? " tanya Jimin sambil berlari anak dengan Jaehyun ke arah kami berdua . Aku hanya senyum nipis lalu mengosok belakang leher aku .

" Nak ke warung tu ke ? Ha jom, " Jimin menarik tanganku dengan lembut , diikuti oleh kedua kembar tu .

••••

Aku dan Jimin mencempung badan kembar tu yang tidur selepas bersiar di Sungai Han tadi . Aku menggeleng melihat Jaehyun berdekur halus di dalam dakapan aku . Nasib baik aku tidak memakai kasut tumit tinggi yang berjenama itu , kalau tak memang terseliuh la bila angkat tubuh kecil ni .

Jimin menarik lembut pergelangan tangan kanan aku untuk menuju ke kawasan kolam renang yang dihiasi dengan lamlu dan cahaya bulan .

Aku berdiri di hadapan Jimin , kedua tangan aku Jimin pegang dan usap lembut .

" Terima kasih sebab setia menunggu saya di sini walaupun saya dah lama tinggal di sana . Terima kasih sebab jagakan mereka bagai minyak yang penuh ketika saya tidak berada di sisi kamu bertiga . Terima kasih kerana tidak menduakan saya walaupun saya berada jauh di sana . Terima kasih sebab terima saya sebagai isteri kepada Park Jimin dan mummy kepada Park Jaemin dan Park Jaehyun. Terima kasih sebab temukan saya dengan awak pada enam tahun yang lalu . Terima kasih keran melayani saya ketika saya mengandungkan anak awak . Terima kasih kerana awak , impian saya menjadi seorang askar akhirnya tercapai dengan keizinan awak dan mereka berdua . Terima kasih sebab terima baik dan buruk saya selama di bawah jagaan awak . Terima kasih kerana masih mencintai dan menyayangi saya seperti dulu . Thankyou for everything , dear chubby husband, " aku menghembuskan nafas lepas meluahkan perasaan yang panjang berjela ini .

Dia hanya tersenyum lebar , kedua tangannya menekup kedua pipi aku . Dia terus mencium bibir aku dengan dihiasi cahaya bulan yang begitu cerah sekali .

Ciuman itu agak lama dan selesa kerana tiada seorang pun berada di kawasan kolam renang ni selain kami berdua dan saksi kami, iaitu bulan yang cerah dan menyinari kami di sini.

Jimin melepaskan ciuman itu . Senyuman terukir di bibir masing-masing . Pandang kami bertemu . Sungguh aku bertuah kerana adanya di sisi aku .

" Aku bersyukur sangat kerana kau masih ingatkan aku di sini selama berada di sana . Panjang sangatlah terima kasih kau tu , aku dah bagi 'terima kasih' aku tadi dengan mencium kau . Betapa rindunya hati ini bila sang isteri berada jauh dari si suami dan anak-anaknya . Tapi , takpe , sang isteri sudah kembali ke pangkuan si suami tanpa orang ketiga dalam rumah tangga kami , " dia merenung biji mata aku sedalam yang boleh . Sasaran seterusnya ialah dahi aku yang dilindungi oleh rambut bangs aku .

Ber aku-kau tadi sungguh membuatkan aku teringat pada masa kami bertemu , memang tidak dinafikan jodoh kami berlarutan sehingga adenya Jimin's juniors , iaitu Jaemin dan Jaehyun .

" So , second round for them to get the younger one ? I means , the younger for them to take care of ? And you cant run away from me right now" Jimin mengangkat kening banyak kali dan senyum sinis .

Memula aku tak faham , lepas dia cepung badan aku keluar dari kawasan ini baru aku pijak dan faham .

" Yah Park Jimin !! " laung aku .

••••

sorry buat pendek untuk chapt ni 😓 idea tkde ah hm

typos or ayat tak faham , boleh pm syaz eh 😉

vomments ✔

from: syazseok_

[C] " Let Me Love You " - PJM Where stories live. Discover now