Chapt 57 🌸

22 0 0
                                    

10 tahun kemudian

Sunyoon's pov

Aku menunggu ketibaan anak-anak jantan aku di Incheon International Airport bersama Jimin dan seorang anak perempuan kecil .

Siapakah gerangan anak kecil ini ?

Semestinya dia dari keluarga Tuan Muda Park Jimin , anak ketiga kami yang diberi nama Park Jaera , berusia 10 tahun ini . Ramai yang cakap Jimin ni power sampai anak dah nak masuk empat , kemain eh korang , cuma tiga tak lebih hm -,-

" Mummy , mane eoppa ni ? Lama dah Jaera tunggu ni , tak muncul pun batang hidung dorang , " rengek Jaera sambil membuat muka masam . Kesian anak aku sorang ni , daddy Jimin pergi kejutkan dia semata nak jumpa abang-abang dia di pagi hari .

Jimin terus mendukungnya , mukanya disembam atas dada Jimin. Matanya mula kuyu .

Kenapa kami tunggu mereka berdua di sini ? Ha meh 'bekas' Leftenan Kolonel nak bercerita .

Jaemin dan Jaehyun mahu sambung belajar di luar negara , di Universiti Oxfords di kota London , tu pun atas kerelaan mereka berdua . Aku dan Jimin hanya menuruti sahaja pilihan kembar tu . Mereka sudahpun berumur 18 tahun tapi belajar di luar negara . Tu pun dengan bantuan Namjoon eoppa yang sanggup menghantar mereka ke sana atas persetujuan kami berdua .

Kami berdua izinkan kerana aku tahu kebaikan untuk si kembar itu . Jaera pula masuk sekolah rendah berhampiran rumah , tak lagi tak bukan Sekolah Rendah Hanlim , katanya nak ikut jejak eoppa-eoppa dia . Tapi , Jaera masuk kelas tarian dan kelab cheerleader .

Aku terpandang dua wajah yang aku amat kenal dan rindu sangat . Aku teriak kecil melihat ketibaan mereka di sini .

" Mummy ! Daddy ! Jaera ! " laung mereka serentak lalu berlari anak ke arah kami . Jaera yang tertidur di dalam dakapan daddy Jimin , terus membuka mata melihat wajah abangnya itu . Senyuman terukir di bibir kami melihat mereka berdua yang baru sahaja sampai di sini .

" Aigoo , dah besar panjang da anak-anak laki mummy ni , " aku memeluk mereka one by one . Badan sado bhai , pergi sana belajar ke main gim ni anak-anak ?

Mereka tersenyum malu . Rambut panjang flip tepi , tinggi lampai , badan sado , muka dah nampak matang , pipi tembam sikit , dagu panjang ikut mummy dorang . Apa yang aku maksudkan ni semuanya ada atas tubuh kembar ni .

Tak lama kemudian , susuk badan milik dua orang remaja wanita berlari ke arah kami sekeluarga .

" Auntieeee !! " laung Samantha Emily Park dan Stephanie Emilia Park , adiknya yang hanya berusia empat tahun muda darinya .

Mereka berempat belajar bersama di sana . Sungguh aku terharu sebab wakil dari keluarga Park ni semuanya berjaya belajar di luar negara .

Sammy dan Hani terus memeluk dan mengucup pipi aku yang gojes ni . Aku pegang bahu mereka berdua , makin besar makin nampak seiras .

" Mama kamu berdua tak sempat nak ambil kamu berdua di sini sebab ade urusan di syarikat papa kamu-- , " belum habis aku nak cakap dia potong straight line . Aku tenung dia kejap .

" Sammy dah tahu tadi , mama message selepas tiba di sini , dia bagitahu yang auntie dan uncle datang jemput kami berdua di sini . And , sorry sebab potong cakap auntie tadi hehe, " Samantha terus menunduk rasa malu . Aku mengusap rambutnya , Hani hanya tersenyum nipis melihat gelagat aku dengan eonnienya tadi .

[C] " Let Me Love You " - PJM Where stories live. Discover now