prolog

30.8K 905 43
                                    

Kota Kinabalu, Sabah.

"Adik nak pergi mana?"soal abangku yang sedang sibuk menonton televisyen.

"Eh! Bila abang balik? Your mission already settle?"soalku semula. Actually aku terkejut sangat melihat kehadiran satu-satunya abangku disini. Maklumlah, sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah kerana menjalankan misi.

"Baru saja abang balik ni."balas abang dengan senyuman namun matanya masih lekat menonton televisyen.

"Patutlah dengan uniform yang belum yang tukar! Eee...Pengotorlah abang ni! Abang bukannya budak lagi! Pergi mandi! "arahku sambil menutup hidung.

"Hek eleh! Abang tidak bau la! By the way, adik nak pergi mana sebenarnya?"soal abang lagi.

"Tengok wayang dan shopping sikit. Memandangkan abang ada dekat sini, boleh adik minta RM200 untuk duit belanja?"pintaku sambil membuat wajah comel.

"RM200?! Huish! Banyaknya! Adik nak beli apa?!"soal abang terkejut.

"Adik nak beli make up dan baju."beritahuku jujur.

"Amboi, mentang-mentang dia dah habis SPM! Dah pandai nak bercantik yer..."ejek abang.

"Without those things pun adik still cantik. Tapi bolehlah abang? Please..."rayuku dengan wajah yang comel.

"Ok! Tapi ada syarat! Adik perlu buat sesuatu untuk abang!"beritahu abang dengan kening terangkat.

"Apa dia? Kalau abang suruh adik ikut abang pergi memancing atau hiking? Adik tarik diri. "Jawabku serius.

"Abang nak ajak semua kawan abang makan malam disini. Abang nak adik masakkan spagetti dan lasagna untuk kami semua. Boleh?"beritahu abang.

Aku berfikir sejenak. Bukannya susah pun nak masak spagetti dan lasagna! Benda simple! Maybe berbaloi dengan RM200 yang aku minta!

"Ok! Adik akan masakkan!"ucapku dengan yakin.

"Good! That's my little sister!!"ucap abang gembira lalu memelukku.

"Eee....Janganlah peluk! Bau!"jeritku lalu menolak abang menjauhiku.

"Nah! RM200 untuk adik. Abang tambah RM100 untuk adik beli bahan masak."beritahu abang lalu menyerahkan tiga keping not seratus kepadaku.

"Yeah! Thank you! Adik gerak dulu!"beritahuku lalu melambai abangku yang kembali duduk disofa sambil menonton televisyen.

"Bye! Jaga diri!"balasnya dengan mata yang tertumpu pada televisyen.

Kawan abang aku ramai ke? Kalau aku masak sikit nanti tak cukup kan? Aku masak untuk 6 orang maybe cukup kot? Kalau tak cukup pandai-pandai la korang pergi kedai mamak. Hehehe...

~~~

Hai guys! Ok tak prolog saya ni? Sorry kalau pendek sikit! Hehehe...pls vote dan komen!

I Love You Abang PASKAL ✔️Where stories live. Discover now