Sungai Han menjadi destinasi aku selepas menghantar Hyerin ke sekolah. Bangku yang tersedia menjadi labuhan punggungku. Beg tangan berjenama Channel aku letakkan disebelahku. Polaroid yang dicuci aku keluarkan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Gambar semasa kami berada di Hanyang aku tenung. Aku masih ingat lagi pada malam tu Taehyung melamar aku. Ya, Taehyung melamar aku di pesta tanglung selepas kami mengapungkan tanglung keudara.
Flashback
"Tae, jom kita pergi kedai tu. Saya nak makan keledek bakar la" Aku menarik narik lengannya agar Tae mengikuti langkah ku.
"Kau pergi la dulu. Nanti aku follow" Ujar Tae. Jennie mencebik lalu terus menuju ke kedai yang menjual keledek bakar.
20 minit kemudian.
"Ishhh mana dia ni. Dah lama dah ni. Batang hidung pon tak nampak lagi" Rungut Jennie sambil menilik jam tangan Channel miliknya.
"Perhatian, kepada semua pengunjung yang ingin melepaskan tanglung, diminta segera ke jambatan dihujung sana. Terima kasih" Kata pengacara lelaki itu.
Maka Jennie pon segera ke jambatan yang disebut. Sampai sahaja disana dilihat semua pengunjung bersama pasangan masing masing. Dia mengeluh nipis.
"Haiishh terpaksa la aku lepaskan tanglung ni sorang2" Katanya.
Hana
Dullll
Set
Semua pengunjung melepaskan tanglung ke udara. Apabila Jennie berpusing kebelakang, dia terkejut kerana semua pengunjung mengelilingi dirinya. Tidak lama kemudian, Taehyung muncul dengan kotak berbentuk hati di tangannya. Taehyung melutut dihadapan Jennie dan Jennie terkejut. Semua pengunjung menyaksikan situasi itu.
"Kim Jennie, saya tahu saya ni taklah sweet macam lelaki lain. Tapi untuk malam ni saya cuba untuk jadi sweet. My beautiful, my life, my sun, my moon, my angel, will you be my wife? Be a mother to my children? Will you accept me in your life?" Jennie menarik nafas sebelum menjawab.
"Yes I will Kim Taehyung" Maka semua pengunjung bersorak dengan kata persetujuan Jennie.
End Flashback
Mutiara jernih laju mengalir dari tubir matanya.
"I miss you Tae" Tangisannya semakin menjadi jadi apabila dia teringat semua kenangan manisnya bersama Taehyung sebelum mereka berpisah tanpa lafaz cerai yang diungkap kan oleh Taehyung. Cara begini lebih menyakitkan dan deritanya hanya dia yang tanggung memandangkan Taehyung mengalami amnesia.