One month later.....
Hubungan BTS dan BLACKPINK semakin rapat. Hubungan Jennie dan Taehyung juga semakin baik dan mereka merancang untuk berkahwin semula. Puan Kim, omma Taehyung juga sudah dapat menerima Jennie dan Hyerin. Rose dan Jimin pula sedang membuat persiapan perkahwinan mereka. Ya, Rose telah menerima lamaran Jimin. Manakala Yoongi dan Hoseok masih merancang untuk melamar pasangan mereka, Yuha dan Wendy. Jin dan Jungkook sedang berusaha menambat hati gadis pujaan mereka, Lisa dan Jisoo. Namun setiap kebahagiaan ada dukanya.
Flashback
Semua pelajar berlari keluar dari pagar sekolah memandangkan masa persekolahan sudah tamat. Jennie dan Taehyung bersandar di kereta sambil menunggu Hyerin.
Kelihatan Hyerin sedang berlari kearah mereka dengan riang.
PINNN
Sebuah BMW berwarna merah melanggar tubuh kecil Hyerin menyebabkan tubuh gadis itu terpelanting jauh dari mereka berdua.
"Hyerinnn ahh"
Jennie dan Taehyung pantas berlari kearah Hyerin. Ramai orang berkerumun untuk melihat keadaan Hyerin. Darah membuak buak keluar melalui mulut. Darah juga laju keluar dari kepalanya. sebak hati Jennie melihat keadaan Hyerin. Begitu juga Taehyung
End Flashback
Apabila disiasat, ternyata ianya kerja Irene untuk membunuh Hyerin kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa Jennie dan Taehyung akan berkahwin semula. Kini Irene selamat menginap di penjara mental di Pulau Jeju kerana mempunyai masalah mental dan cubaan membunuh.
Bakul berisi buah buahan seperti oren, epal, dan anggur dijinjing oleh Jennie. Pada hari ini Jennie pergi ke hospital melawat anaknya bersama Jisoo. Taehyung dan yang lain akan melawat Hyerin pada waktu petang kebiasaannya kerana menguruskan syarikat. Manakala Rose dan Lisa pula ke German menguruskan 'kerja' mereka.
Ibu jari kanan dibawa dan dilekapkan pada pengimbas jari yang berada disebelah pintu wad tersebut.
" Jen, aku nk gi toilet jp. Sakit perut la" Kata Jisoo lalu terus beredar ke tandas.
Jennie melangkah masuk kedalam wad untuk melihat keadaan anak perempuannya. Saat matanya memandang ke katil wad terus bakul dipegangannya jatuh. Buah buahan jatuh tergolek. Air matanya deras menuruni dari tubir matanya.
"Hye hyerin" Hatinya gelisah kerana kelibat Hyerin tiada diatas katil wad. Dilihat patung beruang kesayangan anaknya diatas katil dan sekeping nota.
I am going solo lo lo loTelefon diambil dari kocek seluar dan private number menghiasi skrin telefonnya.
"Hello"
"Haiii Jennie. Mesti kau pelik kan kenapa anak kau takder kt katil. Hahahahahahah"
"Irene. Apa kau buat kat anak aku. Mana anak aku. Kau memang tak guna. Kau... "
"Heiii tak payah la nak jerit jerit. Dengar ni, kalau kau nak anak kau selamat, serahkan Taehyung pada aku" Terus Irene mematikan panggilan tanpa menunggu balasan Jennie.
"Arghh tak guna kau Irene. Hikss hikss hikss...."
Pada masa yang sama, Jisoo masuk kedalam wad dan terkejut melihat Jennie sedang menangis terduduk. Segera dia hampiri Jennie. Dia juga perasan bahawa kelibat Hyerin tiada diatas katil.
"Jen, kenapa ni. Mana Rin" Soalan Jisoo dibiarkan lantas tubuh Jisoo dipeluk. Tangisan setia menemani Jennie.
🐴🐴🐴
Tubuh kecil Hyerin dipandang. Senyuman sinis terukir dibibirnya. Pisau rambo yang berada diatas meja diambil lalu dimain mainkan disekitar leher anak kecil itu. Tiba tiba dia teringatkan kata kata Taehyung beberapa bulan lepas.
"Aku taknak kau. Kau tak layak jadi wife aku. Hanya Jennie yang layak dan hanya dia dalam hati aku"
Tangan kanan digenggam menjadi penumbuk. Sungguh dia berasa geram dan sakit hati dengan kata kata Taehyung yang dilontarkan padanya beberapa bulan lepas.
Lantas pisau diangkat tinggi untuk menamatkan riwayat gadis kecil itu.
"Bae Irene. Apa kau buat ni? Kau dah gila ke?" Jerit Seulgi.
Ya, Seulgi dan Kris telah membebaskan Irene dari penjara mental dengan merasuah pegawai polis. Duit. Hanya dengan duit, dunia mampu diubah. Semuanya menggunakan duit.
Irene berdecit kecil.
"Ugh. Spoil la kau ni. Kau nak apa?" Irene menyoal Seulgi dengan kasar.
"Kau la. Kata nak tangkap Wendy kan. Jom la"
🐱🐱🐱
Tepat 9 malam, meja kaca itu terus dikemas. Segala peralatan seperti pen dan buku bil disimpan kedalam laci.
"Unnie, Yeri balik dulu yer. Joy dah bising kat rumah" Kata Yeri pekerja kepada Wendy.
"Ok. Hati hati yer. Bye. Jumpa esok" Kata Wendy sambil tersenyum manis kearah Yeri.
Skip
Kaki dibawa ke kereta. Tangan kanannya memegang telefon. Sambil itu tangan kirinya lincah menyelongkar beg tangannya mencari kunci kereta.
He's really really bad boy
Senyuman manis terukir di bibirnya sebaik sahaja nama Hoseok menghiasi skrin telefonnya.
"Hello. Kenapa Seok?" Soal Wendy.
Hoseok POV
'Argh sudah nk jawab apa ni. Ha tu la kau. Pandai sangat call anak dara orang malam malam' Desis hati Hoseok.
Wendy POV
"Hoseok, kenapa ni?" Sekali lagi suara Wendy menerpa masuk kedalam telinganya.
Tiba tiba,
"Umphhh umphh Hosee...." Akhirnya Wendy pengsan dan dibawa pergi oleh dua orang suruhan Kris.
YOU ARE READING
ASSASSIN'S LOVE ( BTS X BLACKPINK)
RomanceSegala halangan dan dugaan aku tempuhi untuk cinta aku. Dia cintaku, Kim Taehyung.