24

1.4K 99 0
                                    

Cermin mata hitam dipakai sebelum keluar dari kereta mewahnya. Blouse biru gelap yang tersarung dibadannya dibetulkan sebelum menutup pintu kereta. Setelah menutup pintu kereta, dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu aplikasi WhatsApp ditekan.

Irene:
Kau kat mana

Kris:
Aku kt meja nom 10.

Setelah mendapat lokasi rakannya, langkah dibawa untuk berjumpa dengan lelaki itu.

"Kris, tolong aku. Aku nak Taehyung" Kata Irene sebaik sahaja duduk berhadapan dengan Kris. Kris hanya memasang wajah bosan.

"Kau nak aku buat apa? Bunuh Jennie? Culik Hyerin. Macam tu"

"Bunuh pon bunuh la. Asalkan aku dapat Taehyung"

😘😘😘

Tangan kecil itu dipimpin sambil kaki mereka berdua rancak berjalan beriringan. Bibir jejaka itu tidak jemu mengukirkan senyuman melihat telatah si kecil itu. Hatinya sungguh tenang.

"Daddy, Rin nak aiskrim tu" Kata Hyerin sambil jari telunjuknya ditunjukkan kearah sebuah van aiskrim berwarna pink dimana warna pink menarik perhatian si kecil itu.

"Tak boleh" Balas Tae.

"Ala napa? Mummy selalu bagi jer" Kata Hyerin sambil memuncungkan bibirnya. Tergelak Taehyung dibuatnya. Lalu dia mencangkung bagi menyamai ketinggiannya dengan Hyerin. Rambut hitam anaknya diusap lembut.

"Sebab Rin tak kiss daddy lagi. Hahahahaha"

"Ish daddy ni. Ingatkan apa la tadi. Ok Rin kiss daddy yer" Lalu gadis kecil itu mencium pipi kanan Taehyung.

"Ok dah kiss. Jom la daddy beli aiskrim" Hyerin menarik tangan Taehyung dan Taehyung hanya menurut.

Taehyung menghulurkan aiskrim perisa strawberry kepada Hyerin manakala aiskrim perisa vanilla berada dia genggamannya.

"Daddy...." Panggil Hyerin.

"Ermmm" Gumam Tae.

"Daddy tak takut ke kalau mummy marah daddy sebab amik Rin tak bagitau mummy. Nanti sian daddy kena marah ngan mummy" Taehyung tergelak kecil mendengar ayat ayat yang keluar dari mulut anaknya.

"Ala tak yah risau la. Nanti pandai pandai la daddy cakap" Rin hanya mengangguk mendengar kata kata Taehyung.

🍳🍳🍳

"What!!! Macam mana cikgu boleh biar jer Hyerin balik dengan orang lain. Cikgu tahu tak sekarang ni banyak kes culik and cikgu boleh biar jer. Kalau anak saya mati macam mana. Cikgu nak bertanggungjawab ke" Turun naik dada Jennie setelah selesai berkata atau lebih tepat sedang memarahi guru berbangsa Inggeris di hadapannya, Miss Selena. Guru perempuan itu menundukkan wajahnya sambil menutup matanya.

"Saya minta maaf Puan Jennie. Saya dah halang tapi Hyerin sendiri nak balik dengan lelaki tu" Kata Miss Selena.

"Lelaki? Maksud cikgu" Soal Jennie.

"Ya. Dia seorang lelaki. Hyerin memanggilnya daddy" Terang Miss Selena kepada Jennie.

Tanpa melengahkan masa, terus Jennie memasuki keretanya. Jisoo yang sedang menikmati ramen cup, terkejut dengan sahabat nya itu.

"Kau asal? Mana Hyerin" Soal Jisoo tatkala kelibat Hyerin tiada bersama Jennie.

"Tae bawa Hyerin"







ASSASSIN'S LOVE ( BTS X BLACKPINK)Where stories live. Discover now