Hari ni kita letk gmbr kak dahyun pulk.... Spe suka dia angkt kaki.. Ok joke😂😂😂 Sebelum tu saya akan senaraikan nama anak anak mereka.
Taehyung + Jennie Kim Taerin
Jin + Jisoo Kim Ji Yeon
Namjoon + Jessie/Ji Ae Kim Nayoung
Yoongi + Yuha Min Yoon Hwa Min Yoo Jun
Hoseok + Wendy Jung Si Woo Jung Seo Woo Jung So Young
Jimin + Rose Park Daeshim Park Young Jae
Jungkook + Lisa Jeon Jun Woo
*Jessie isteri Namjoon ialah doktor yang bedah Hyerin masa di Rusia. So take note k. Btw enjoy ending today😍
7 years later......
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Matahari yang hampir terbenam dilihat sambil bibirnya mengukirkan sebuah senyuman manis. Kandungan yang mencecah 6 bulan diusap perlahan. Sesekali angin pantai menampar nampar lembut kulit wajahnya.
Gaun putihnya dibetulkan tatkala terselak kerana kehadiran angin pantai pada hari itu.
"Hyerin, jangan lari sayang nanti jatuh basah baju" Kata Jennie sambil mengejar langkah anaknya yang sedang berlari dek teruja ke pantai.
"Mummy, kejar la kejar la. Bluerk tak dappp.... Arh mummy"
Splashh
Akhirnya si kecil Hyerin terjatuh akibat gagal mengawal keseimbangan badannya. Jennie yang melihat kejadian itu pantas mendapatkan anak perempuannya.
"Arh Hyerin kan mummy dah cakap jangan lari. Tengok baju dah basah. Dah la mummy tak bawa baju lain" Kata Jennie sambil menarik tangan anaknya agar mengikuti langkahnya.
Hyerin sedar bahawa salahnya dan dia hanya menundukkan wajahnya memandang air laut memandangkan mereka masih belum berganjak dari situ.
"Sorry mummy" Ucap Hyerin dengan suara yang cuba dikawal agar tidak menangis . Jennie yang perasan akan perubahan suara anaknya segera memandang wajah comel anaknya. Tangan dibawa memegang kedua Dua bahu anaknya.
"Sayang, mummy bukan marah Rin. Mummy cuma nak Hyerin hati hati. Tengok ni dah jatuh baju basah. Rinn nak pakai apa sekarang ni? Hurmm" Soal Jennie.
"Erm ha beli la. Mummy kan kaya" Sengih Hyerin. Jennie yang mendengar jawapan anaknya pantas mencubit geram pipi anaknya.
"Amboi pandaikan dia ni" Hyerin hanya tersengih.
"Mummy" Panggil Hyerin
"Yer sayang"
Tanpa sebarang amaran, Hyerin memercikkan air ke Jennie hingga basah baju Jennie. Jennie yang terkejut dengan tindakan Hyerin merenung tajam anak perempuannya.