Cahaya matahari yang menembusi tingkap menyebabkan gadis itu terjaga dari lenanya. Lantas mata dicelik. Siling diperhatikan. Lantas dia menegakkan tubuhnya. Kepala yang berdenyut denyut akibat wine semalam dipicit picit. Memori semalam terimbas satu persatu dimana dia telah membocorkan rahsia terpenting sepanjang menjadi pembunuh upahan. Iaitu memberitahu identiti pengupah mereka.
"Arghh pabo Rose. Macam mana la kau boleh bagitau pasal Jung Yeon kat mamat sewel tu" Kepalanya diketuk ketuk mengenangkan kebodohannya pada hari semalam.
Klek.
Kepala dipusingkan ke kanan dan munculla Jimin yang baru keluar dari bilik air. Baru siap mandi. Abs milik lelaki kacak itu sedikit pon tidak mencairkan hatinya malah memanaskan hatinya itu.
"Apa kau dah buat kat aku hahh? Kau sengaja perangkap aku kan!" Tempik Rose kepada Jimin. Jimin berdecit sinis sambil menghampiri Rose. Telefonnya diambil diatas meja kecil disebelah katil. Satu gambar ditunjukkan kepada Rose. Rose tergamam. Terkejut. Tidak percaya. Baginya semuanya tidak masuk akal.
"Macam mana ka... Aiishhh bila kau bunuh dia? Asal kau bunuh dia haa? Kau yang patut mati. Jantan tak guna. Bila kau puas, kau tinggalkan dia. Kau takda hati perut ke haa!!!"
Pangg
"Aku paling pantang perempuan tengking aku. Kau tak layak tengking aku. Lagi satu, kau patut bersyukur yang aku tak sentuh kau semalam. Ikutkan hati, nak jer aku terkam kau semalam. Dah kau siap, aku hantar kau balik" Kata Jimin. Rose masih memegang pipinya yang pijar akibat ditampar Jimin. Ini kali pertama dia ditampar sedangkan ibu bapanya pon tak pernah naik tangan terhadapnya.
🍒🍒🍒
Kai:
Perempuan yang puan suruh saya siasat tu isteri Taehyung sebenarnya. Nama dia Kim Jennie. Dah 7 tahun mereka terpisah. Tapi mereka tak bercerai sebab perempuan ni tinggalkan Tae masa Tae koma selepas accident dulu. Sebab dia tinggalkan Tae, saya tak sure.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nama budak ni Kim Hyerin. Dia adalah anak kandung Taehyung dengan Jennie. Jennie lahirkan anak mereka pada 12 June 2012. Kini anak mereka berumur 7 tahun. Bersekolah di Anyang Art Primary School. Setakat ni, tu jer yang saya dapat.
Mesej yang dihantar oleh Kai dibaca berulang kali untuk kepastian. Jantungnya berdebar hebat saat ini.