thirteen 💦

86 6 3
                                    

Aku pandang sebentuk cincin yang tiba-tiba tersarung di jari manisku. Bila aku tanya Jungkook, dia hanya tersenyum senget. Aku tenung balik fon aku. Rasa nak telefon dia dan dapatkan jawapan balik.

Flashback

" Eoppa, kenapa cincin di atas kat jari Ryana? " cincin tersebut aku usap. Jungkook masih memandang laut itu. Aku pandang balik cincin ni. Pelik dengan kemunculan cincin ni.

" Serius kau nak tahu kenapa cincin ni ada kat jari kau? " aku angguk kecil. Jungkook sengih senget.

Cepatlah bagitahu aku. Aku terdesak nak tahu.

" Nanti Ryan capai umur 5 bulan, aku akan bagitahu. Esok birthday Ryan yang ke 4 bulan, ajak Sojin sekali datang celebrate party ni. "

Aku sekadar angguk. Kenapa taknak bagitahu terus :))

" Eoppa? " dia pandang aku. Aku tunduk malu.

" Kenapa eoppa dengan perempuan yang tak cukup kain tu berkahwin dulu? " bagus kau ryana kerana menanyakan soalan pelik ☺

" Semua tu atas paksaan papa aku dengan papa minat sengel tu. Aku takde niat pun nak nikah dengan dia. Jatuh cinta pun tak, ni kan nak kahwin pula. Mama aku selalu cakap yang kitorang boleh bercinta selepas kahwin. Tapi aku kira bersyukur la Ryan muncul time tu. Dia pun taknak jaga Ryan ni. Aku buat keputusan sendiri yang aku nak jaga Ryan tanpa seorang ibu. "

" Aku pun lupa wanita mane yang pernah tidur dengan aku dulu. Yes, dulu aku kaki perempuan, kaki botol, malas nak handle kerja syarikat. Lepas aku balik dari Washington, aku tekad untuk berubah. Prasan tak mata Ryan macam kehijauan gitu? Ha, aku rasa mak dia kat luar negara, tapi malas nak cari la pula. Yeah, nothing interesting about myself. Jom balik. "

End flashback yang merapu

Aku meraup mukaku. Aku pandang cincin tu balik.

Jam dinding aku kerling. Nais, dah nak midnight dan aku masih lagi belum tidur. Kuyulah wahai mata biru.

🌻

Keesokkan paginya.

Dapur aku tuju dan keluarkan beras dan kimchi mentah(?). Sojin masih belum bangun lagi, so hari ini aku buat breakfast untuk dia.

Masak ala kadar je. Campurkan semua then jadilah nasi goreng kimchi hasil daripada aku. Aku ambil dua unjang(?) Tea Boh dan kacau sebatil dengan gula. Air tea panas aku tuang dalam dua cawan.

Sojin keluar dari biliknya lalu menerpa ke dapur. Aku sapa Sojin. Lantas dia labuhkan punggung. Aku letakkan sepinggan nasi goreng dan secawan tea panas.

" Sojin-ah, hari ni Jungkook buat birthday party Ryan. Dia ajak kau sekali tau. Aku rasa nak pergi warnakan rambut la. Kau nak? " terbeliak biji matanya bila aku sebut pasal warnakan rambutku.

" Of course aku datangla. Seriously kau nak dye rambut? Aku takut nanti Ryan tak cam kau je. " aku angguk sambil menghirup air panas tu.

" Aku nak dye rambut blonde. Rambut asal aku. "

Sojin sekadar angguk. Aku bangun dan basuhkan pinggan dan cawanku.

Aku capai beg silang dan sarung sander. Sojin sempat lambai ke arahku sebelum aku keluar.

🌻

Caught in Lie Saloon

Aku duduk di atas sofa saloon tu sementara menunggu giliranku.

" Eonnie, saya nak dye blonde eh. Semuanya. " pekerja tu senyum dan menolak troli kecil berisi peralatan gunting rambut.

Selama 10 minit rambutku dibuat, akhirnya aku kembali kepada diriku yang dulu. Aku hulurkan sejumlah won dan keluar dari saloon itu.

Saloon tu bersebelahan kedai hadiah. Aku tolak daun pintu tu dan melangkah masuk.

Aku berjalan keliling kedai tu. Tak tahu nak hadiahkan Ryan dengan apa. Budak tu kecil lagi kot, takkan nak bagi satu Transformer untuk dia.

Sebuah patung Toy Story aku capai. Agaknya Ryan suka tak? Takpelah, nanti dia mainlah. Aku buntu nak hadiahkan apa untuk dia.

" Cik, kirakan. " aku hulur sejumlah won lalu memegang erat beg kertas yang berisi hadiah Ryan itu.

Aku langkah keluar dari kedai itu. Okay, sekarang nak lepak mana? Awal lagi ni sebelum party tu start. Lagipun, Jungkook yang upah orang untuk siapkan majlis tu. Jimin jaga Ryan. Aku ?

Lepak sensorang kat sini. Tengah hari nanti aku baliklah. Aku berdiri di perhentian bas yang menuju ke bandar Seoul. Travel alone memang best.

Tapi, lagi best kalau Jungkook temankan. Eh kejap, aku kena surprisekan rambut aku ni. Malam ni pakai hoodie la huehue.

<tbc>

rasa nak unpub je 😞

idea takde hm 💦

vomments ✔

-syazseok_-

Jeon's Baby || JJK [✔]Where stories live. Discover now