fourteen 💦

83 4 0
                                    

Aku keluar dari tandas dengan mengesat rambutku yang masih basah ni. Sebuah beg kertas yang berisikan hadiah Ryan aku selak sikit. Ada, yela takut hilang ke apa en.

Sojin sudah siap dan tunggu aku di ruang tamu. Aku cepat ambil sikat dan tekapkan sikit makeup. Bibirku dicalit lipbalm. Aku usik sikit rambut blonde ku. Nais.

" Jom beb. " aku raut lengan Sojin dan berjalan keluar dari rumah kami.

Aku capai kunci kereta dan bukakan kereta. Keretaku meluncur keluar dari tempat parkir bawah tanah rumah flat tersebut.

🌻

Brek diturunkan dan tali pinggang keledar dilonggarkan. Aku capai beg kertas tu dan langkah keluar dari perut kereta. Aku betulkan sikit skirt hitam paras lututku.

Aku mengeluh ringan dan tersenyum kembali.

Sojin meraut lenganku dan menekan loceng villa Jeon ni.

Daun pintu dikuak oleh seorang namja berambut pink. Tuan Jimin. Dia terkaku melihat aku. Aku tunduk malu dan dia pelawa aku masuk.

" Jungkook kat atas tengah mandikan Ryan yang termuntah kecil tadi. " aku bagi begku kepada Sojin dan mendaki tangga ke bilik Ryan.

Jungkook membelakangi aku dan aku masih tercegat di muka pintu bilik Ryan. Dia betulkan rambut nipis Ryan dan pusing belakang.

Dia terbatu dengan bulatkan mata. Dia pandang aku atas bawah. Aku pelik dan kerutkan dahi melihat kelakuannya yang pandang aku pelik.

Kakiku melangkah sendiri ke arah Jungkook untuk ambil Ryan darinya. Ryan depakan tangannya dan aku dukungnya. Jungkook masih tercegat di hadapanku. Dia betulkan rongka tengkuknya dan berdehem.

Dia berjalan perlahan ke arahku yang cuit pipi Ryan ni. Wajahku rapat dengan wajahnya.

" You looks more prettier with your blonde hair, plus your black skirt that make your body shape- "

Aku tolak badan dia. Aku urut dadaku dan pandang Ryan. Dia masih mengigit jarinya.

Aku melangkah keluar dari bilik Ryan.

Semua tetamu yang berada di ruang tamu merengek kecil kerana sudah lama menuju kelibat kami bertiga.

🌻

Malam ni, aku terPAKSA tidur di villa Jeon. Jungkook yang suruh dan rayu supaya aku dapat bermalaman di sini. Nasiblah baju Junghae ade sepasang di sini. Aku ambil dan sarungkan. Sehelai T-shirt berlengan pendek dan seluar legging.

Junghae ni pakai style macam ni erk? Sendat gile seluar ni, baju singkat. Ugh.

Aku ambil Ryan yang tengah makan dengan Jungkook. Aku ambil selamba je. Jungkook tarik lengan kanan aku. Dia tunjuk muka bengisnya.

" Saya nak mandikan Ryan sebab awak dah tumpahkan sedikit sup ke atas seluarnya. " Dia masih tidak mahu lepaskan pautan tersebut.

Baju Ryan aku letakkan dalam bakul baju dan mandikan dia di dalam bathtub. Buih-buih yang berterbangan aku letupkan kecil dan dia tergelak besar.

Kain tuala bersaiz sederhana aku tekapkan pada badan Ryan dan bawa dia keluar dari bilik air. Jungkook yang berada di dalam bilik Ryan hanya senyapkan diri selepas nampak aku dan Ryan keluar dari sana.

" Esok, aku akan ke Beijing, China atas urusan kerja syarikat aku. Sebuah pameran kereta Lamborgini yang baru keluar akan dipamerkan selama seminggu. Aku nak kau dan Ryan ikut sekali. Aku dah tempat tiket untuk kita berdua dan kita akan bertolak ke sana pada pukul 12 tengah hari. Jadi, kau ada masa nak simpan beg bagai. Thats why aku suruh kau stay sekejap di sini. " katanya sambil bermain dengan satu mainan Ryan.

Aku letakkan Ryan dan pakaikan apa yang patut. Baju kemejanya tidak dibutang di atas sekali menampakkan dadanya sikit. Aku alih pandangan ke arah lain. Dia mengukirkan senyuman senget.

" Kenapa tak suruh Tuan Jimin je temankan awak ke sana? " aku tekapkan sikit bedak Baby Johnson ke kedua pipi Ryan. Dia jeling aku dan kembali ke skrin telefonnya.

" Aku dah muak tengok muka dia. Alang kau dah ade kat sini jagakan Ryan, baik aku ajak kau sekali. " aku dukung Ryan dan mahu keluar.

Kakiku tersadung dan aku rasa aku bakal cium jubin bilik Ryan. Tapi tidak. Aku buka mataku perlahan dan terpapar wajah Jungkook dengan senyuman sinis.

Badanku dia cepung. Lantas aku bangun dan usap badan belakang Ryan.

Aku lajukan pergerakan dan menuju ke ruang tamu. Haish malunya. Ryan mula senyum lebar lepas tengok agenda mummy dan daddy nya tadi. Mukaku mula membahang.

Ryan, sudahlah buat mummy malu. Aku keluh kecil. Tanganku capai remote dan tekan channel yang aku mahu tonton. Ryan dengan menghisap susunya dan matanya mula kuyu.

Tiba-tiba, ada satu suara bergema dari bilik Ryan.

" Mummy, tolong packingkan baju daddy dengan Ryan. Takut tak sempat nanti !! "

" Naee !! "

'Buat sendiri tak boleh ke hah?' gumamku.

Aku gempal penumbuk. Aish, tak boleh tengok orang senang kejap. Ade je kerja yang suruh aku buat.

<tbc>

maaf pendek.

-syazseok_-

Jeon's Baby || JJK [✔]Where stories live. Discover now