twenty eight 💦

73 6 0
                                    

Setelah dua minggu mereka berdua kahwin, bukan atas paksaan sesiapa, mereka berdua berkahwin atas perasaan cinta yang mula timbul dalam hati masing-masing. Meskipun Ryana sudah dimiliki oleh Jungkook, dia tetap menjalankan tugasnya sebagai 'penjaga' Ryan.

" Ryan-ah, kenapa ni? Kamu demam ke? Kenapa asyik nangis je ni? " Ryana mendukung anak kecil itu ke hulur ke hilir, sambil mengusap badan belakang budak itu. Ryan tidak henti-henti menangis sejak dia bangun pagi tadi. Risau mummynya.

" Ni, kenapa Ryan asyik nangis je ni? " tanya Jungkook dengan menyinsingkan bajunya ke paras siku. Punggungnya dilabuhkan ke atas katil bersaiz king miliknya.

" Entahlah, awak. Sejak dia bangun tadi, asyik menangis je kerjanya. Badan dia takdalah panas sangat. "

" Lepas ni, ikut aku ke klinik, check dia. Then, syarikat aku. Stay dalam ruang pejabat sampai aku habis meeting. Boleh kan? "

Ryana hanya sekadar angguk. Tangannya mengusap lembut rambut halus milik Ryan. Beg berwarna hitam bercorak kucing yang berisikan barangan mereka berdua, dia alas ke bahunya.

Jungkook mencapai anak kunci kereta Audinya. Briefcasenya juga dijinjingnya. Ryana yang cuba mengambil briefcase darinya, ditempis lembut oleh Jungkook.

" Takpa, aku masih belum cacat untuk jinjing sendiri. Cepat, nanti kita akan menghadap jammed pula. "

🌻

Pintu bilik klinik Jungkook kuak perlahan. Ryana yang mendukung Ryan di belakangnya hanya menbuntutinya. Ryana melabuhkan punggungnya ke atas kerusi sebelah meja doktor tersebut.

Setelah lima minit yang diambil oleh doktor tersebut, lekas Ryana mendukung Ryan lalu duduk di sebelah Jungkook.

" Mujurlah dia cuma demam biasa. " ujar doktor muda tersebut. Ryana melepaskan keluh yang lega, tangannya menciut pipi milik Ryan.

" Kitorang mintak diri dulu ya, doktor. Gumawo. " kata Jungkook. Lengan sasanya diletakkan ke atas bahu kanan Ryana.

Mereka berdua berjalan seiringan lalu melangkah keluar dari klinik bayi tersebut.

" Jom, singgah company aku dulu. Nanti aku hantar kamu berdua pulang. " ujarnya Jungkook dengan melingkari pinggang kecil milik Ryana.

Kunci kereta mewah jenama Lamborgini Jungkook keluarkan dari koceknya, lalu menekan suis kenderaan tersebut. Mereka berdua membengkokkan badannya untuk memasuki perut kereta.

🌻

Butang tingkat 7 ditekan lembut oleh setiausaha Jungkook. Mereka berempat menunggu ketibaan lif tersebut. Badan Ryan diusap lembut oleh Jungkook, lalu beralih ke atas Ryana yang menanti ketibaan lif.

Ting! Kaki mereka melangkah memasuki perut lif lalu menuju ke tingkat di mana keberadaan pejabat Jungkook terletak.

Kata laluan dimasukan lalu Jungkook masuk ke dalam, dibuntuti Ryana dan Ryan. Kereta mainan milik Ryan ditarik ke arah Ryana, lalu Ryan dimasukkan ke dalam. Senyuman dari bibir kecil budak itu diukir kebahagiaan.

Kot yang tersarung kemas pada tubuh Jungkook disangkut ke penyangkut kayu yang terletak di belakang meja kerjanya.

" Ryana, kau duduklah kat tempat aku. Jadi, jaga Ryan kat sini, aku ada meeting satgi. Wait for me here." dahi milik Ryana dikucup lembut oleh Jungkook sebelum dia melangkah ke arah Ryan yang berpusing ke seluruh pejabat Jungkook dengan kereta mainannya. Ryana mengukirkan sebuah senyuman ke arahnya. Tangannya memegang semula dahinya. Terasa kehangatan bibir Jungkook.

Sis dah bahagia dengan dia, guys.

Kedengaran telefon pejabat berbunyi  lantas Jungkook mengangkat panggilan tersebut.

" I will be there, give me more 5 minutes. Thanks btw. " balas Jungkook dan terus meletakkan gagang panggilan. Dia berpaling ke arah Ryana yang leka melihat aski Ryan yang bermain keseorangan di ruang sofa pejabat tersebut. Tangannya melingkar ke arah tangan lembut Ryana. Ryana agak terkejut dengan kelakuan Jungkook, tapi dia masih meng'cover'nya.

" Kau order aje makanan yang kau suka. Nanti PA aku belikan. Kau kan isteri kepada CEO syarikat ni, diorang takkan halang kau sesekalipun. Kalau ada orang usik kau, call me quickly, and I will there as fast as I can be. " Jungkook membetulkan jam jenama Rolex di pergelangan tangannya. Dia tersenyum manis kepada Ryana.

" Tunggu daddy okay? Jaga mummy tau, jangan nakal-nakal. " pipi gebu Ryan dicuit Jungkook lalu meninggalkan ruang pejabat tersebut.

Ryana menghantar Jungkook dengan pandangan ekornya. Matanya melirik ke arah sebuah frame gambar. Gambar dimana sebuah keluarga yang hidup bahagia dengan seorang cahaya mata. Ya, frame gambar keluarga Jungkook. Matanya mula melirik ke arah sebuah lagi frame gambar. Gambar Ryana yang mendukung Ryan buat kali pertama.

Ryana pelik, kenapa masih ada lagi gambar ni? Dan, bila masa Jungkook tangkap gambar dia? Ryanan tersenyum manis melihat gambar-gambar tersebut.

Matanya pula menangkap ke arah sebuah laptop jenama Apple yang ditutup rapat dan tanpa membuang masa, dia terus menghidupkan laptop tersebut. Beberapa video yang dirakam di seluruh pelosok syarikat ini terpandangnya. Dia menangkap sebuah video di mana keberadaan Jungkook yang sedang berhujah di hadapan ramai kliennya, termasuk bapanya atau bapa mertuanya.

" Goodluck, daddy Kook. " gumamnya perlahan sebelum dia menekan kekunci telefon pejabat suaminya.

" Yeobuseyo? Saya nak order jjangjjangyeom satu,- "

< TBC >

vomments indeed ❤

sory tau kalau ada yng tersama or tercopy dengan karya2 yng lain. fyi, ni idea asal from me 💛

kalau ada typo ke apa ke, maafkan saya ya, saya ni jenis tak check lepas publish ops 😹

-syazseok_-

Jeon's Baby || JJK [✔]Where stories live. Discover now