twenty six 💦

76 6 0
                                    

" Kita dah sampai. Aku pergi ambil kereta tolak Ryan kat belakang. Tunggu aku kejap. " ujar Jungkook lalu turun dari kereta tersebut.

Aku memandang Ryan yang tidur nyenyak di dalam pangkuan aku. Wajarlah dia pergi ambil kat bonet tu.

Pintu kereta belahku dikuak oleh si dia. Aku dukung Ryan lalu meletakkan tubuh kecil itu ke dalam kereta tolaknya.

" Kajja. "

🌻

Beberapa pasang baju pengantin edisi terbaharu diletakkan betul-betul di hadapanku. Mulutku terlopong luas. Biar betul ini pilihan Jungkook?

" Pilihlah yang kau minat. Saiz dia mungkin muat dengan saiz body kau yang ramping ni. " kata Jungkook lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa berwarna biru. Kereta tolak Ryan diletak di sebelahnya.

" Biar saya cuba dulu. Manalah tahu saya ada terkenan yang lain? " jawabku selamba, tanganku membelek baju-baju tersebut.

" Itu semua baju terbaharu butik ni. Kau jangan memacam, aku tempah istimewa untuk kau. " ujarnya lagi.

🌻

Pintu bilik Ryan dikuak perlahan olehku dengan menggunakan tangan kiriku. Suis penghawa dingin aku aktifkan. Tubuh kecil itu aku letakkan perlahan ke atas katil kecil itu. Aku meraup kecil rambut nipis Ryan yang menutupi dahinya.

Kenapa takde raup wajah macam Jungkook eh?

Persoalan itu bermain di mindaku. Sungguh. Tiada sikit pun menyerupai Jungkook.

" Ryan belum bangun lagi ke ? " tanya satu suara di sebalikku. Aku berpaling dengan meletakkan jari telunjukku di bibirku. Kepalaku geleng perlahan.

Jungkook menutup mulutnya. Lalu menunjukkan sebaris gigi yang cantik.

Aku berjalan ke arahnya lalu menarik lengan sasanya keluar dari bilik Ryan.

🌻

" Kenapa awak tak bagitahu saya terlebih dahulu sebelum tempah baju-baju tadi? " tanyaku seoktaf. Jungkook mengendahkan persoalanku. Matanya khusyuk melihat Ironman Cartoon di kaca televisyen bersaiz 67 inci jenama Samsung.

" Awak, saya tanya ni. " rengekku dengan menggoncang lengan kirinya.

" Awak dah jadi bisu, k fine. " punggungku diangkat dari sofa itu. Niatku hanya mahu ke dapur.

" Aku tahu kau tak suka sangat seksi-seksi ni. Sebabtu aku tak ambil yang terdedah. Okey apa pilihan aku? "

Aku terus menghentikan langkahku.

Aku medengus geram. Tak seksi kau kata? Habis, belakang aku tadi terdedah ape hal? Ugh!

" Esok, aku nak jumpa abang dan kakak ipar kau. Aku nak pergi meminang kau. Sambil itu, ajak mereka ke sini untuk majlis perkahwinan kita nanti. "

What? Cepatnya!

🌻

Jungkook

Aku berlari menuju ke arah bilik Ryan. Tangisan dari anak kecilku semakin kuat.

Ryana? Keluar membeli bahan masakan dengan menaiki basikal pinknya di luar kawasan perumahanku. So, tibalah aku pula yang ambil alih Ryan.

Aku mendukung anak kecil itu lalu mengusap belakang badannya perlahan. Kakiku melangkah keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke arah dapur untuk mendapatkan botol susunya yang tertinggal di dapur.

Setelah mencapai botol susunya, aku menekan butang lif untuk menuju ke rooftop.

Aku melangkah keluar dari lif dan membetulkan kedudukan Ryan di pangkuanku.

" Kenapa Ryan menangis ni hm ? Kamu termimpi buruk ke hm ? Ke kamu teringatkan kepada mak kamu? " tanyaku kepada Ryan. Botol susu dipegang sekuat hatinya. Matanya terkelip-kelip memandangku. Sebuah ciuman hinggap di dahi kecilnya.

Haish, mana aku nak cari mak kamu ni ya, Ryan?

🌻

Ryana

Basikal pinkku diparking pada dinding garaj villa ini. Beberapa plastik yang terletak kemas di dalam raga hadapan aku jinjing bersama. Sanderku diletakkan ke dalam rak kasut.

Pintu utama villa aku kuak perlahan. Keadaan di ruang tamu kelihatan sunyi, hanya jam dinding besar berdetak-detak. Aku kerling cahaya merah yang bernyala di hujung bawah televisyen.

Mana Jungkook ni? Batang hidung dia pun aku tak nampak lepas aku balik dari kedai runcit depan kawasan perumahan ini.

" Mana Tuan Jungkook? " tanyaku kepada seorang bodyguard yang bernama Kent.

" Tuan Muda ada bersama Cik Muda Ryan di rooftop. Tadi Cik Muda Ryan nangis, Tuan Muda pergi mengambil angin di atas. " katanya tersenyum nipis.

Aku tunduk kecil lalu menuju ke arah dapur. Nak letak barangan masakan ni ha.

Butang lif aku tekan.

🌻

Ting!

Kakiku melangkah keluar dari perut lif tersebut. Rambut depanku ditiup ke belakang dek angin sepoi bahasa. Mata aku menangkap seseorang berpakai biasa tapi tetap kelihatan hensem.

" Ryan, dah tak apa-apa? Kenapa tuan tak telefon saya cakap Ryan menangis? " kataku sambil memeluk tubuh, lalu berdiri di sebelahnya. Jungkook memandang aku dengan pandangan ekornya, lalu tersenyum sinis.

Dah kenapa dengan bakal suamiku ni? Buang tabiat ke apa?

" Aku taknak kau rushing bila membeli tadi, why not aku jaga dia kejap. "

" Tuan boleh je beritahu sepatah daripada saya tidak tahu apa-apa tentang Ryan ni. Takdelah saya tercari-cari kamu berdua tadi. "

Jangan tanya kenapa aku asyik tukar panggilan terhadapnya. Dia okay je dengan panggilan Tuan Jungkook, awak, tuan, boss dariku.

" Dah, pergi masak. Aku mandikan Ryan. Ke kau nak aku mandikan kau sekali, hum? " sinis Jungkook. Aku terkesima sebentar. Apakah.

Aku mencium sekilas pipi gebu kiri Ryan, lalu melangkah laju meninggalkan mereka.

Ada ke patut dia cakap macam tu, haish.

< TBC >

makin hambar pfft.

maaflah kalau ada typo ke ape hahaha

rushing sgt katanya 😅

hasil karya sepenuhnya dari

-syazseok_-

Jeon's Baby || JJK [✔]Where stories live. Discover now