thirty two 💦

69 5 0
                                    

Sojin dan Ryana berpegangan tangan memasuki ruang legar Seoul Shopping Center. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian bayi. Ryana membelek-belek pakaian butik tersebut. Dia mengusap perutnya.

" Weh, cantik tak baju ni? " sepasang pakaian bayi perempuan ditanyangkan kepada Ryana. Di tangan Ryana terdapat beberapa pasang pakaian bayi lelaki. Ryana hanya sekadar senyum.

" Eh, anak kau lelaki ke perempuan? " tanya Sojin sambil pura-pura membelek yang lain. Dia masih menunggu jawapan dari mulut Ryana sendiri.

" Ish, kandungan aku baru berusia sebulan, fetus pun belum tentukan jantina ni. Lagipun, aku belum pergi checkout untuk bulan ni. " kata Ryana dengan tangannya membelek kasut bayi.

" Eh, kenapa tak p check lagi? Jom ah, aku temankan. Tepi shopping mall ni kat ada klinik, sambiltu bolehlah kau check baby kau tu. " bahu Ryana disentuh lembut oleh kawan baiknya. Ryana melepaskan keluhan ringan sebelum matanya beralih ke arah Sojin. Senyuman diringkaskan.

" Jom, kita pergi arah sana pula. " ujar Sojin gembira.

🌻

Secawan cappucino caramel disisip perlahan oleh Jungkook. Jimin yang duduk di hadapannya dengan matanya tidak lekang dari memandang kaca telefonnya, dia pandang. Jungkook melepaskan keluhan berat.

" Hyung, kalau kau ajak aku datang sini cuma nak tengok kau main fon, baik aku balik office uruskan kerja yang belambak tu. " jeling Jungkook. Jimin pandang seketika ke arahnya, lalu menutup screen telefonnya.

" Waiter! " teriak Jimin.

Setelah Jimin membayar minuman mereka, mereka berdua berjalan seiringan ke arah ruang legar pusat membeli belah. Kedua tangan Jungkook diselukkan ke dalam poket sutnya.

Langkah Jungkook terhenti kerana matanya tidak lepas memandang seorang gadis yang mengandung, berjalan berpegangan tangan dengan seorang lagi gadis. Mulalah dia memguntumkan sebuah senyuman.

" Woi, kau ni dah kenapa main berhenti tengah jalan ni? Kena sampuk dengan hantu ke? " tanya Jimin geram.

" Ha'ah, kena sampuk, dengan bini sendiri. " Jungkook mula meninggalkan Jimin keseorangan. Jimin terkedek-kedek menuruti langkah Jungkook.

" Eh, sebelah bini kau tu awek aku woi! Yah anak Tuan Jeon Hyunmin! "

🌻

" Hahaha, lawaklah kau punya cerita tu. " ujar Ryana dengan berpura terkesan dengan cerita lawak dari Sojin. Tangannya memukul lembut lengan Sojin.

Tiba-tiba, rambutnya yang diikat secara ponytail, dilepaskan dengan kasar. Segera dia berpaling untuk melihat gerangan yang melepaskan rambutnya.

" J-Jungkook? A-Awak buat apa kat sini? " tanya Ryana dengan gagap. Jungkook mula tersenyum sinis. Dibelakangannya muncullah seorang pemuda yang berambut blonde dengan ketinggian di paras cuping telinga Jungkook.

" Hah, hah. Hai, Ryana. Hai, chagi! " tegur Jimin selepas dia mengambil nafas. Tangannya mengurut lembut dadanya.

" Eoppa! Apa yang eoppa berdua buat kat sini? " teriak Sojin kecil. Tangannya tidak lepas memegang erat pergelangan tangan Ryana.

" Tengah tunggu jodoh, tapi tetiba jodoh ada di depan mata pula. " gurau Jimin. Poketnya diseluk. Senyuman sinis diukir pula.

Jungkook menarik lembut lengan kiri isterinya. Lengan sasanya melingkar ke pinggang Ryana.

" Jom, pergi check kandungan kau. Aku tak sabar nak tahu jantina bayi ni. " bisik Jungkook ke cuping telinga Ryana. Bisikan dari suaminya mula meresap ke seluruh badannya. Agak serak basah. Mampu membuatkan hati seoarang gadis berketar-ketar dan seakan mahu pecah.

Mereka berdua berpegangan tangan lalu meninggalkan sepasang kekasih yang masih lagi tercegat di sana.

🌻

" Puan Jeon Ryana, sila masuk ke dalam. " ujar seorang jururawat perempuan. Tangan Ryana masih memegang erat tapak tangan Jungkook. Jungkook menuruti langkah isterinya. Pintu bilik dikuak perlahan oleh Ryana. Terus dia mengambil langkah di sebelah doktor sakit puan.

Setelah mengambil masa lima minit, Ryana lekas bangun dari pembaringan. Doktor tersebut mencatat sesuatu di atas sekeping kertas. Lalu menguntumkan sebuah senyuman.

" Puan nak tengok keadaan bayi? "

Ryana angguk dan tangannya disentuh lembut oleh Jungkook. Doktor muda itu keluar dan masuk sambil menolak mesin ultrabunyi ke dalam pejabatnya.

Pakaian Ryana diselak sedikat lalu alat pengesan menyentuh lembut perut Ryana. Kelihatan satu kepala  pada skrin tersebut, beserta sepasang tangan dan kaki yang cukup sempurna.

" Tahniah, puan dan tuan mendapat baby girl. Tiada sebarang kurang keupayaan dicatatkan. "

Mata Ryana tidak lepas melihat aski anaknya di skrin mesin ultrabunyi. Jungkook mengenggam lembut pergelangan tangan isterinya. Sekeping foto dihulurkan kepada Ryana. Ianya foto keberadaan bayi perempuannya.

Dahi Ryana dikucup sekilas oleh Jungkook.

" Thankyou for this gift. "

< TBC >

sorrylah kalau nama kawan Ryana kadang2 Soljin kr Sojin tau ☺

Jeon's Baby || JJK [✔]Where stories live. Discover now