twenty seven 💦

83 3 0
                                    

Jungkook

Beberapa buah fail yang berisikan dokumen aku pandang. Cermin mata aku betulkan dari jatuh dari hidung mancungku. Rambutku aku genggam kuat. Stres! Balik je asyik kena pandang fail-fail tak guna ni.

Pintu bilik kerjaku dikuak perlahan oleh seseorang. Aku tidak mengendahkan gerangan tersebut.

" Awak, pergilah masuk tidur. Dah sehari suntuk awak berkurung kat sini. It's time to take a rest. " kata Ryana dengan meletakkan secawan air koko susu buatannya.

Cermin mata aku letakkan ke atas meja kerja. Laptop Apple aku matikan. Aku menongkatkan daguku di atas meja. Wajah Ryana aku tatap kembali. Dia masih menunduk ke lantai.

" Atas lantai tu ada wajah aku ke? " tanyaku selamba. Air koko susu aku sisip.

Dia geleng kepala lalu mahu keluar dari bilik kerjaku.

" Ryana, jangan keluar dulu. Temankan aku kat sini, boleh? "

" T-Tapi, Ryan, macam mana? "

" Dia kan dah tidur. Meh lah teman aku kejap. " rayuku. Aku boleh mendengar dia mengeluh berat. Dia melabuhkan punggungnya ke arah kerusi kosong yang berada di sebelahku dengan muka yang tidak berpuas hati.

" Awak, sebenarnya saya penatlah, tapi disebabkan awak paksa saya untuk teman awak kat sini, terpaksalah saya relakan. Apalah nasib saya, haish. " keluh Ryana lagi. Dia meletakkan kedua lengannya di atas meja kerjaku lalu membenamkan wajahnya ke dalam lengannya tersebut. Sedikit wajahnya menghadap ke arahku.

" Alah, baru nak ajak kau berborak. Hm, takpalah, kau rehatlah dulu. "

Dia hanya tersenyum nipis lalu meneruskan kerja tiudrnya itu. Lalu, aku juga berbuat demikian.

Tidak boleh dinafikan lagi, wajahnya memang cantik sejak aku bertemunya buat pertama kali di kafe syarikatku. Dulu, pekerja kafe, lepastu penjaga Ryan, end up jadi isteriku pada empat hari akan datang.

Nasib baik dia dah masak dengan perangaiku. Tahu penat lelahku. Selalu menyokong aku dari belakang. Tiada sebarang bantahan jikala aku menyuruhnya berbuat demikian. Dan, selalu ada di sisiku, bersama Ryan.

Terima kasih, Ryana, untuk segalanya. Kaulah yang pertama dan terakhir buat diriku yang belum cukup sempurna untuk diri kau.

Ubun-ubun halus rambutnya aku usap dengan khusyuk memandangnya yang sedang dibuai mimpi. Senyuman manis aku ukirkan.

Tanpa aku sedari, aku juga dibuai, bersebelahannya. Tidur di atas meja kerja.

🌻

Ryana

Aku gagahkah diri untuk mencelikkan mata. Aik? Kenapa gelap sangat bilik aku ni? Kenapa aku tidur atas meja ni? Aku menoleh ke arah kiriku. Seorang lelaki berpakaian pajama bercorak ironman aku pandang.

T-Tuan J-Jungkook?! Aku tertidur sebelahnya semalamanan? Biar betik, readers?!

Macam mana ni? Apa aku mahu membalas pertanyaannya nanti?

" Kau dah kenapa gelisah semacam ni? " tanyanya dengan suara yang serak basah, matanya masih dikatup rapat. Seolah dia masih tidur.

Kenapa dia bercakap semasa tidur ni? Aku menggaru kepalaku yang sedikit gatal.

" Maafkan aku kerana memaksa kau teman aku semalam. "

" Eh, tidak mengapa, tuan. Tuan, saya balik ke bilik saya. Sambil itu, saya nak tengok keadaan Ryan. " katanya dengan mencengkam baju oversizednya.

" Jangan lupa sediakan baju pejabat aku sekali. Gumawo. " ujarnya sambil mengeliat kecil di hadapanku. Aku menunduk hormat lalu melangkah keluar dari pejabat kecilnya.

Jungkook

Aku menghantar susuk badannya dengan ekoran mataku, yang semakin menghilang di pancainderaku. Aku meraup kasar wajah kacakku. Aku memandang ke atas meja, keadaan yang agak, berserabut? Aku cepat-cepat mengemas lalu menyusunnya dengan sepantas kilat.

Kakiku melangkah luas ke arah langsir yang berkain labuh yang menghalang pencahayaan yang cuba memasuki ruang pejabat ni. Selamat pagi, dunia! Kataku perlahan.

Suis penghawa dingin aku matikan lalu kakiku mengorak langkah ke arah almariku yang penuh dengan bahan bacaan. Aku ambil bebarapa buah buku novel lalu meninggalkan pejabat tersebut.

🌻

Ting! Pintu lif itu terbuka lalu seorang lelaki atau lebih dikenali sebagai tuan rumah, keluar dari perut lif dengan berpakaian segak. Kakinya mengorak langkah menuju ke arah dapur.

Pembantu-pembantu yang telah dia lalui itu, dia membalas tundukan darinya. Dengan sebuah senyuman, pagi mungkin?

Jungkook melabuhkan punggungnya ke atas kerusi milknya, lalu menyinsingkan pergelangan bajunya ke paras sikunya. Sempat lagi mencuit pipi gebu milik Ryan yang sedang disuap bubur oleh Ryana.

" Aku mungkin balik lewat daripada biasa. Kalau ada apa-apa yang mungkin bagi kau penting atau mustahak, call je aku. I will be there for you, as fast as I can. Gotta go, see you later, future wife. " ujar Jungkook lalu mencium dahi Ryan sekilas. Tas tangannya dia jinjing bersama menuju ke arah pintu utama.

" Oh, lupa. " kata jungkook lalu mematah balik menuju ke arah dapur di mana Ryana dan Ryan berada.

Sekeping kad berwarna hijau lumut dia hulurkan kepada Ryana yang memandangnya pelik.

" Ni, kad kredit kau yang baharu. Gunakan sebaik mungkin. Belilah barangan yang kau ingin ingini. "

Ryana memandang kad kredit itu kembali dengan mulut yang sedikit terbuka. Tangannya terketar-ketar mengambil dari huluran Jungkook.

Adakah yini mimpi? Adakah Jungkook bagi secara percuma? Guys, satgi aku pergi shopping dengan Soojin, yahu! Shopping sakan untuk raya tahun ni, yeah! Eh-

Tapi, Ryan nak letak mana? Celah gigi? Celah ketiak aku? Bawah pegangan Jungkook yang sibuk dengan kerjanya? Takpayahlah, nanti jebon itu mengamuk, tak ke naya aku nanti.

Tidak! Mama, you need to help me juseyo!

< TBC >

hai, awak di sana. thanks a lot for supported this ff. Without y'all, whos me rght? aceceh.

eh, belum finale lagi tau. jangan fikir sampai sana ya! ahaks!

vomment juseyo! ♡♡

inspirasi; pujaan hati kanda, aceceh 😉

hasil karya sepenuhnya dari

-syazseok_-

Jeon's Baby || JJK [✔]Where stories live. Discover now