eight 💦

83 5 0
                                    

Jungkook

Jam di dinding aku kerling. Aku pandang tepi. Ryan masih lagi nyenyak tidur. Entah apa yang buat dia letih semacam ni. Aku capai fonku, dapati satu mesej dari setiausahaku.

From: Setiausahaku 🍥
Message: Tuan, hari ni Tuan takde meeting. Tuan tidak perlu datang ke sini sebab semua kerja tuan dah saya uruskan semua. Tu sahaja. Annyeong. ☺

Aku letak balik fon di atas meja kecil. Tuala aku capai dan melangkah masuk ke dalam sementara Ryan masih tidur.

Tak sampai 10 minit, aku sudahpun bersihkan diri. Aku ambil baju baru Ryan, bukakan kacing bajunya . Terus aku bawanya ke tandas.

Ni la rutin harian aku bila dah ade anak tanpa kasih sayang seorang ibu. Takpe Ryan, mummy Ryan ada dekat kita berdua.

🌻

Aku memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar villa Jeon. Aku dukung Ryan dan Bent payungkan aku ke dalam.

Aku kuak pintu besar villa ni. Ryan aku pegang kemas.

Aku datang ke sini nak ambil baju aku dan Ryan yang tertinggal haritu. Satu suara memanggil namaku. Aku henti mendaki tangga.

" Jungkook, ke sini kejap, " arah Mama. Junghae berlari dan mengambil Ryan dari aku.

" Jungkook datang sini nak ambil barang, pastu Kook pergilah, " kataku selamba. Pipi Ryan aku cuit sebelum Junghae bawa lari dia.

Aku duduk di sebelahnya. Rasa serba salah kerana abaikan dia setelah aku keluar dari villa ni. Mama usap rambutku. Senyuman paksa aku berikan. Makin hari makin kuat mama aku serorang ni. Tak fasal-fasal disebabkan cucu luar nikahnya, aku keluar dari villa ni.

Tapi, dia tak kisah tu cucu kandung atau sebaliknya. Di sudut hatinya masih sayangkan kami sekeluarga, tambah pula ada si kecil ni. Aku pun sama. Maafkan Kook sebab biadap dengan mama selepas Ryan muncul di hidup Kook.

" Mama tengok Kook pandai urus makan minum Ryan tu, macam ada seseorang yang jaga kamu berdua ni. Yeri lagi ke ? " aku kelu. Cawan yang aku capai tadi, aku letak perlahan.

" Ma, apa benda dengan Yeri ni? Boleh tak jangan sebut nama betina tu lagi? Rimas la, dengan baju yang tak kurang kain. Nak je Kook sedekahkah baju bundle kat dia, tutup segalanya, bagi dia sesak nafas, " aku jeling ke arah lain.

" Entah mama ni. Junghae pun tak suka kat minah sengel tu. Ryan suka tak kat auntie tu? Tak kan? " tetiba je budak ni celah masuk.

Mama dah mula geleng kepala.

" Ha, eoppa dah jumpa pengganti untuk ibu Ryan ye? " aik? Budak tu tahu kat celah mana ? Pengganti tu .. Ryana ke ?

" Pengganti ? Nugu ? Mama kenal tak ? "

" Cuma Kook, Ryan dan Jimin hyung je kenal. Ye, pengganti Yeri, nama Choi Ryana. Gadis kelahiran Rusia-Korea. Ryan rapat dengan dia. Baru seminggu je jadi pengasuh Ryan bila Jungkook busy kat syarikat, " ujarku lalu mensisip air Nescafe.

" Oh patutlah cantik orangnya. Mata biru woo. Junghae suka orang kacukan. Mesti kalau Ryan dapat adik, mesti mata biru. Omegi! Eoppa, bawalah dia berjumpa dengan kami. Hae pasti mama pun suka kat eonnie tu, " kata Junghae dengan yakin.

" Habistu , papa macam mane ? " lupa yang aku masih ada ketua keluarga Jeon.

🌻

Ryana

" Ryan buat mummy malu erk? Cukuplah daddy yang buat mummy malu, "

Perkataan asyik bermain di fikiran aku. Masa mandi, makan dan tengok tv pun asyik fikirkan benda yang sama. Aku raup wajahku.

Dia boleh pula ber daddy-mummy dekat tempat awam macam kat Sungai Han kelmarin. Aduh malunya aku. Si Ryan pula, suka buat aku malu dengan geselannya di dadaku. Nasib kamu kecil lagi tau.

" Ryana? Kau okey ke? Kenapa kau gelisah lepas balik dating dengan Tuan Jungkook kelmarin ? Muka kau merah kot. Ke korang berdua ada apa-apa ni? " tanya Sojin yang mengacau air milonya. Dengan senyuman nakal.

Aku keluh berat. Rasa malas pula nak ceritakan kat dia. Tapi memang aku akan ceritakan kepadanya untuk meluahkan perasaan. Dia satu-satunya kawan baik aku yang kenal sejak kecil sehingga besar panjang ni. Sejak aku kenal Sojin ni, dia jenis tak makan hati, tak cemburu, tak sakitkan hati aku, jujur, baik, peramah, senyuman murah sangat, periang, tak makan kawan, tak talam dua muka dan semualah yang membuatkan aku susah nak pisahkan diriku dengan dirinya.

Aku tak les k ? -,-

Drrt ...

Fon aku bergetar sebelum aku membuka bicara dengan Sojin. Empunya nama yang memanggilku aku tatap.

Tuan Jungkook ?! Kenapa dia call aku time aku tengah pening ni ? Aku memicitkan kepalaku bila rasa macam ada batu besar hempat atas aku .

Sojin hulurkan dan aku tekan butang hijau.

" Yeobuseyo, Tuan Jungkook ? Ada apa ye ? "

" Hi mummy! Ni Jeon Ryan !! " Jungkook buat suara Ryan. Aku dapat dengar yang Ryan ketawa. Mummy indu!

Aku gelak kecil.

" Hm, nak ajak kau pergi makan malam dengan family aku. Adik aku dah bocorkan kehadiran kau dalam hidup aku. Pukul 8 malam satgi aku ambil. Ada bantahan? " katanya di hujung panggilan.

" Oh makan malam dengan family Jeon? Hm, saya nak ajak Sojin jugak, boleh kan? " aku pandang Sojin yang dah tunjuk penumbuk ke arahku.

" Boleh je, bolehlah Sojin temankan kau kan? Aku izinkan. Pukul 8 ye? Jangan lupa, "

" Ye baiklah Tuan Je-- " tagune dia tamatkan macm tu je -,-

" Sojin, malam ni kau ikut aku pergi dinner dengan family Tuan Jeon tau? No excuse! Hehe." aku laung dari ruang tamu ke bilik Sojin .

Aku dapat dengar yang dia tengah maki hamun sebab ajakan aku tadi. Pinggan mangkuk aku letakkan ke dalam sinki, biar si Sojin tu basuhkan, huehue.

<TBC>

see you later in next chpter ~

vomments ✔

-syazseok_-

Jeon's Baby || JJK [✔]Where stories live. Discover now