Bab 7

30 3 0
                                    

  "Atuk, cukup-cukup la tu.. mari makan." Ucap Kila pada datuknya yang masih sibuk dengan kerjanya.

  Pelawaan Kila tidak di endahkan. Kertas-kertas yang berterabur di atas meja di telitinya. Kemudian mula menulis di dalam buku notanya.

  "Atuk.. sudah latu.." Ucap Kila yang masih cuba untuk memanggil datuknya untuk makan.

  Haa! Datuk Kila menjerit.

  "Aku dah jumpa. Rupanya makhluk Liger ni telah muncul sejak 100 tahun yang dahulu dan mereka boleh hidup dalam beratus tahun jika mengikut usia mereka."

  Kila yang panas hatinya mula melangkah ke arah datuknya lalu mengambil kertas di tangan datuknya. Kemudian kertas itu direnyukkan dan dibuangnya jauh-jauh

  Datuknya terkejut. Badannya dikalihkan ke belakang untuk melihat di mana Kila telah membuang kertas tersebut. Wajah Kila dipandang sekilas. Kemudian dia cuba bangun dengan perlahan-lahan dari kerusi lusuhnya.

  "Atuk, atuk dah tak kuat. Tak payahla buat semua ni. Ini semua membuang masa." Kata Kila pada datuknya.

  Datuknya tidak bersuara. Langkah demi langkah dia cuba untuk ke arah di mana kertas yang dibuang oleh cucunya sebentar tadi.

  "Professor Rizal Ismail!" Akhirnya terkeluar kemarahan Kila yang dia cuba tahan dari tadi.

  Langkah datuk Kila mati setelah mendengar nama penuhnya serta yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.

  "Atuk, cukup tu cukuplah.  Gelaran 'Professor' dah lama mati... Atuk tahu kan di sebabkan semua benda ni atuk jadi macam ni. Atuk tahu tak?!" Suara Kila masih bernada tinggi. Kesabarannya tidak mampu lagi ditahan. Hanya disebabkan datuknya yang ingin membuat pencarian tentang kehidupan dan kewujudan makhluk yang mengarut itu, datuknya hilang segala-galanya. Kerja, kasih sayang, dan kebahagiaan tiada lagi dalam diri datuknya.

  Datuknya meneruskan niatnya mencari kertas yang hilang itu. Tangannya mula meraba-raba di lantai. Dengan keadaan bilik yang agak gelap dan cahayanya hanya bergantung pada lilin itu menyukarkan untuk datuknya mencari.

  Kertas yang terjumpa di atas lantai kayu itu diangkatnya lalu diteliti dengan matanya yang cuba dikecilkan menerusi kaca matanya untuk memastikan tidak silap kertas.

  Kertas itu dilipat dan disimpan ke dalam poketnya. Peti yang agak besar di sebelahnya itu dipegang untuk memberi sokongan untuk dia berdiri semula.

  "K-kau.. sama saja macam orang lain.. Tak percayakan aku..." Datuk Kila bersuara setelah sudah sekian lama dia berdiam. Suaranya serak. Tiba-tiba berlinang air mata datuk Kila namun cuba ditahannya supaya tidak gugur dari matanya.

  "Atuk.." Suara Kila berlembut kembali.

  "Nenek kau... aku percayakan dia. Tapi..." Air mata datuk Kila mula menuruni membasahi pipi.

  "D-dia buang aku macam tu saja.. tinggalkan aku sendirian.." Tangannya mula menyentuh dadanya cuba menahan sebak. Mengingati kisah silamnya memang sungguh mengayat hatinya.

  Air matanya dikesatkan lalu mengalihkan badannya ke belakang. Melihat cucunya yang dalam keadaan serba salah membuatkan hati bertambah sebak. Namun ditahan sahaja.

  Kila yang melihat mata datuknya yang kini berubah kemerah-merahan sedikit dan kesan sedikit sisa air mata membuatkan hatinya luntur.

  Langkah demi langkah datuknya mula duduk semula di kerusinya. Kemudian menyambungkan kerjanya.

  Butir-butir mutiara juga mula memenuhi tebing mata Kila. Berkaca matanya melihat keadaan datuknya. Bajunya di bahagian atas dadanya digenggam. Menahan perasaan marah, geram, dan sedih yang mula bercampur baur dalam dirinya. Matanya dipejam serapat-rapatnya.

LIGER JADIANWhere stories live. Discover now