Matanya cuba dikuakan sedikit demi sedikit. Suasana yang sunyi dan gelap. Hanya nafasnya sahaja yang boleh di dengari saat itu.
Badannya juga cuba diusahakan untuk gagah berdiri daripada terlentang di atas rumput yang agak lembap itu.
Kereta yang sudah kemek bahagian depannya akibat rempuh dengan pokok besar dilihatnya.
"Nasib baik aku keluar dari kereta kalau tak.." Khai menggantungkan ayatnya apabila teringat bahawa ada seorang lagi yang juga turut berada di dalam keretanya sebelum kereta itu jatuh ke junam.
"Shit."
Khai berlari ke arah keretanya yang remuk itu. Melihat keadaan keretanya yang hancur remuk di bahagian depan itu sudah semestinya tidak ada sesiapa yang akan selamat jika masih berada di dalam kereta itu.
Pintu di bahagian penumpang sebelah pemandu itu ditelitinya. Tiada suatu tubuh badan yang berada di dalam kereta tersebut mahupun kesan darah.
Tiba-tiba badannya mula terasa agak panas. Tangannya mula memegang tubuh badannya sendiri. Panas!
Matanya terus memandang ke arah langit. Shit! Why now?!
"Khai?" Sapa seseorang yang berada di belakang Khai.
Khai membuntangkan matanya. Lalu memandang ke arah suara itu. Tanpa berlengah, dia memikul wanita itu dan lalu ke arah bonet keretanya."Hey, ape ni? Lepaslah!" Jerit Kila apabila Khai berbuat demikian. Tangannya juga mula memukul tubuh badan Khai yang agak sasa itu. Namun, malang tiada sebarang perubahan pun yang berlaku. Malah, pikulan Khai semakin kukuh.
Pintu bonet kereta itu dibuka lalu mencampak Kila ke dalam. Kila mengaduh sakit sedikit. Bajunya ditarik dan mula mendekati wajah Khai.
"Kau duduk sini diam-diam. Selagi aku kata jangan keluar. Jangan sesekali keluar. Kalau kau nak mati dipersilakan." Kata-kata akhir Khai sebelum menutup semula bonet kereta itu dan mula meninggalkan Kila sendirian.
Kila menumbuk cermin bonet kereta dengan sekuatnya. Kila memandang sekilas di belakang. Sudah diagaknya, memang tidak boleh keluar kerana kedua-dua tempat di bahagian penumpang belakang sudah hancur remuk. Kila melaung nama Khai berkali-kali di dalam bonet itu.
Kila terdiam seketika apabila melihat Khai seakan-akan seperti orang yang hilang arah dan tak keruan.
Khai mencengkam rambutnya. Matanya mula kemerah-merahan biru-hijau. Baju sweaternya dicampak keluar dari tubuh badannya. Khai mengerang kesakitan. Lalu tubuh Khai mula berubah sedikit demi sedikit kepada jadian yang akan mengubah diri Khai menjadi makhluk lain.
Kila yang melihat perubahan Khai mula menutup mulutnya kerana terkejut akan kejadian yang sedang berlaku di hadapannya. Jantung Kila bertambah kencang apabila sesuatu makhluk yang berbulu dan berbadan besar itu melihatnya dengan memiliki warna matanya yang sama seperti Khai sebelum dia berubah.
Kila menjarakkan sedikit badannya ke belakang apabila terlihat makhluk itu mula menapak selangkah ke arahnya.
Walaupun keadaan yang gelap. Namun, cahaya bulan sudah cukup untuk melihat makhluk yang menggerunkan itu.
Tubuh Kila berasa kesejukan dan badannya juga mula sedikit berpeluh. Kila memeluk tubuh. Nafasnya kian tidak teratur.
"Apakah.." Kila juga turut keliru dengan apa yang dilihatnya. Takkanlah apa yang diperkatakan atuknya adalah benar.. Buku atuknya sekilas bermain di fikirannya.
Makhluk itu mendekati kereta yang remuk itu. Matanya tidak lari dari suatu tubuh yang kecil di dalam bonet itu. Dengan perlahan-lahan mulutnya terbuka besar ke arah Kila. Terlihat gigi taringnya yang besar seakan mampu menggigit badannya sehingga hancur.
Suatu ngauman yang kuat dilaungkan. Kila menutup matanya serta telinga ke arah lain. Walaupun dia berada dalam bonet namun suara yang nyaring itu masih boleh di dengari dengan sangat kuat. Badannya juga turut menggeletar tetapi tidak diendahkan. Hanya satu sahaja dalam fikirannya yang mampu Kila fikir iaitu mengharap makhluk itu pergi.
Jika ingin menyelamatkan diri sudah semestinya mustahil. Jika dia tidak dimasukkan ke dalam bonet pun mustahil dia dapat lari jauh daripada makhluk besar yang menggerunkan itu.
Kila memejamkan mata dengan rapatnya semula apabila melihat makhluk itu mula mengangkat tangannya yang mempunyai kuku yang besar dan tajam itu ke arah kereta tersebut. Seakan ingin mencakar mahupun menghancurkan kereta itu dengan dirinya.
Tiada sebarang bunyi selepas beberapa saat berlalu. Kila membuka matanya dan cuba melihat ke luar tingkap bonet. Makhluk itu sudah hilang. Kila melepaskan nafas lega. Mulutnya juga masih tercungap-cungap masih mencari nafas.
Kila mengelapkan dahinya yang dipenuhi dengan peluh itu. Lalu bonet kereta itu cuba di tolaknya. Kunci. Kila mula meraba-raba di lantai bonet kereta itu cuba mencari sesuatu barang yang boleh memecahkan cermin tingkap bonet kereta. Namun hampa, tiada.
Kemarahannya mula memuncak lalu merempuh badannya dengan sekuat mungkin pada bonet kereta itu. Tiada apa-apa juga yang berlaku.
Kila meraung kesakitan sedikit. Tubuh badannya terasa sakit. Apabila kesan luka yang ada pada lengannya merempuhi bonet kereta yang keras itu. Kemudian, Kila mula menjerit sekuat-kuatnya untuk meminta tolong. Tiada sahutan.
Badannya mula terasa lemah. Penat. Air matanya mula menuruni membasahi pipi. Kesal kerana mengikuti seseorang yang sebenarnya bukanlah manusia. Tetapi makhluk berbahaya.
Mata Kila mula terasa berat. Perlahan-lahan matanya tertutup dan terus dibuai mimpi dengan keadaan memeluk tubuh di malam yang dingin dan sunyi itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
LIGER JADIAN
FantasíaAisyah. Seorang gadis yang tinggal bersama abangnya. Selama ibu bapanya sudah meninggal abangnyalah yang menjadi pengganti untuk menjaga adiknya. Tetapi hubungannya bersama abangnya tidak seperti yang dijangka. Aril. Seorang abang yang bertanggungja...