Bab 8

14 2 0
                                    

  "Sudahlah, aku tak kesah pasal atuk kau tu.. sepatutnya kau risau pasal diri kau. Kau nak hidup, baik kau blah dari sini." Tangannya diselutkan ke dalam poket Hoodienya lalu berjalan meninggalkan Kila yang masih untuk cuba bernafas seperti biasa.

  Langkah Khai terhenti apabila terasa lengan bajunya ditarik.
 
  "Tolonglah.. kalau kau nak jumpa Aisyah, baik kau percayakan aku. Aku tahu serba sedikit tentang apa yang sedang berlaku sekarang ni."

  Susah untuk Kila percaya dengan apa yang dia perkatakan. Kisah yang dulu dianggap dongeng sekarang ia benar-benar berlaku di hadapannya.

  Khai mengeluh perlahan. "Terpulang pada kau la.  Kau nak matikan? Ikut kau. Nanti kau jangan salahkan aku sebab tak bagi amaran pada kau." Nadanya tegas serta menyampah dilemparkan pada Kila yang degil sangat.

  Tangannya ditarik kasar untuk melepaskan tangan Kila yang masih menarik lengan bajunya.

  Kila yang mendengar jawapan dari Khai mula gembira sedikit dalam masa yang sama gelisah. Dia tahu apa yang dia lakukan adalah sesuatu perkara yang bodoh. Seakan dia pertaruhkan nyawanya dengan sesuatu yang sia-sia. Namun keinginan ingin tahu dia sanggup berkorban.

                 ...

  Matanya dibuka perlahan-lahan. Gelap. Di manakah dia? Soalan yang pertama muncul di benak pemikirannya. Aisyah cuba bangun dari baringannya.  Sakit di kepalanya seakan berdenyut itu disentuhnya.

  Masih melihat di sekelilingnya. Terasa sikunya dipenuhi dengan pasir serta habuk itu disapunya. Penglihatannya mula dapat dilihat sedikit.

  Tembok batu terdapat bentuk empat segi tepat ditengah-tengah itu direnungnya. Kakinya mula melangkah perlahan-lahan ke arah tembok itu.

  Kepalanya di jenguk kan sedikit keluar. Pokok pokok besar tua di luar tembok itu melindungi sedikit pemandangannya untuk melihat ke luar. Kemudian dia memandang ke bawah.

  Aisyah memasukkan semula kepalanya. Adakah dia berada di tempat lain selain hospital. Diculik? Rumah  yang bertembokkan batu kemungkinan kini dia duduki.

  Bunyi seakan tapak kasut yang sedang berjalan mengalih pandangan Aisyah ke arah pintu kayu lusuh yang benar-benar dihadapannya.

  Nafasnya mula naik dan turun dengan cepat. Takut. Risau. Seram. Semuanya mula bercampur baur dalam dirinya.

  Saat itu Aisyah mula mengingati dia jatuh pengsan di hospital akibat bayangan yang besar dan menggerunkan menganggu dirinya. Sungguh menyeramkan dan sungguh dia benci akan makhluk itu.

  Adakah jika di sebalik pintu itu juga adalah...

  Bayangan makhluk itu mula bermain di minda Aisyah berkali-kali.
  Aisyah mahu menjerit namun mulutnya ditutupi dengan telapak tangannya sendiri. Tidak! Jangan jerit bagaimana makhluk itu kedengaran.

  Aisyah menggelengkan kepalanya. Dia harus keluar dari tempat ini. Harus!

  Aisyah mengalihkan badannya ke belakang. Dijengukkan semula kepalanya keluar dari tembok segi empat tepat itu.

  Ranting pada pokok besar itu menjadi sasarannya. Aisyah mula memanjat tembok batu.

  Ingin lompat dari tingkat atas memang membuatkan dirinya rasa ngeri tambah-tambah lagi dirinya adalah seorang yang penakut akan ketinggian.

  "Come on Aisyah. Come on. You can do it!" Jerit Aisyah perlahan untuk memberi sokongan pada dirinya untuk melompat ke luar.

  Jantungnya mula berdegup kencang. Kedengaran pintu dikuak secara perlahan-lahan membuatkan Aisyah tanpa berfikir panjang terus lompat ke luar.
 
  Ranting yang menjadi sasarannya itu terus dicengkam. Dia mula bergayut. Tapi malangnya cengkamannya tidak kuat dan terlepas.

  Tubuhnya terhempas di atas tanah yang keras itu. Sakit teramat. Aisyah menjerit kecil akibat kesakitan yang dirasai.

  Namun dikuatkan dirinya untuk bangun. Nasib ketinggian di antara ranting dengan tanah tidak terlalu tinggi.

  Kelihatan kelibat hitam yang sedang memerhati dirinya di tembok segi empat tepat.

  Apakah itu..? Itu bukan bayangan yang menggerunkan itu.

  Soalan di pemikirannya di biarkan. Lalu meninggalkan kawasan itu dengan berjalan terhinjut-hinjut akibat badannya yang masih sakit itu.

 

 
 

 

 

 
 

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 02, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

LIGER JADIANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang