Bunyi jam berdetik memenuhi setiap ruang rumahnya. Kakinya disilangkan dan diletakkan diatas meja hadapannya.
Telefon discrollkan ke tepi. Satu per satu gambarnya dengan abangnya suatu ketika dahulu.
Rindu...Tiba-tiba bunyi telefon rumah berdering. Terus ditekannya butang telefon bimbitnya untuk ke screenhome. Telefon itu diletakkan diatas meja. Dia berjalan dengan agak kemalasan ke arah telefon rumahnya.
Kriutt..kriutt..
Kedengaran bunyi lantai kayu yang dipijak.
Telefon jenis lama diangkatnya.
"Helo."
"Helo, aisyah kau ke tu?"
"Hm." Tiada soalan hendak menanya semula siapa pemilik penyuara kerana tahu akan siapa.
"Aisyah, abang kau..hah..hah...." Suara lelaki yang bersuara seperti kepenatan.
"Hm." Jawapan Aisyah masih tiada keminatan dengan pemberitahuan penyuara.
"Harap kau bawa bersabar. Sebab..hah..hah.." Kepenatan lelaki itu masih lagi belum henti.
"Hm." Aisyah sudah mula malas hendak menjawab. Hampir sahaja hendak meletakkan gagang telefon tersebut. Tiba-tiba niatnya terbatal setelah mendengar kata-kata akhir dari penyuara gagang telefon tersebut.
"Abang awak dah tiada.."
Talian terputus.
Gagang telefon diletakkan ditempatnya semula. Kemudian, aisyah berjalan ke arah sofanya semula dan mula duduk seperti tadi juga.
Mukanya tiada reaksi. Seperti tidak ada sesuatu yang membuatkan dia rasa terkejut ataupun sedih.
"Patutla tak balik lagi."
Telefon bimbitnya diambil semula. Ditekannya galeri. Terpapar gambarnya dengan abangnya tadi. Satu per satu gambar itu dibuang.
Aisyah tidak tahu mengapa dia berbuat demikian. Sehinggalah dia tidak sedar matanya mula kabur dan akhirnya terlelap.
...
7:00A.M.
Tangannya disilangkan. Rasa naik malas nak tunggu. Pandangannya mula tidak tentu hala. Sekejap ke kiri, ke kanan , ke atas, dan ke bawah.
"Bila nak habis ni." Tangan kirinya digarukan dilehernya yang berlapik dengan tudung berwarna hitam. Cermin mata hitamnya dibetulkan sedikit.
Tanpa disedar segala perilaku Aisyah diperhatikan oleh Khai.
Khai mengeluh. Kubur abang aisyah mula menjadi perhatiannya.
Bacaan yassin dimulakan.
7:30A.M
"Ish, lembapla dia ni." Aisyah merungut.
Matanya tepat pada tubuh Khai yang bersila di atas tikar sambil memegang batu nisan itu.
Kesabaran Aisyah tidak lagi dapat ditahan. Tanpa berfikir dia terus berjalan ke arah Khai dengan mukanya yang sudah naik rimas menunggu Khai.
YOU ARE READING
LIGER JADIAN
FantasiaAisyah. Seorang gadis yang tinggal bersama abangnya. Selama ibu bapanya sudah meninggal abangnyalah yang menjadi pengganti untuk menjaga adiknya. Tetapi hubungannya bersama abangnya tidak seperti yang dijangka. Aril. Seorang abang yang bertanggungja...