"Nampaknya tuan dia sudah kembali..." Senyumannya terukir di bibir sehingga menampakkan taringnya."Kau tahu kan sendiri apa yang perlu dibuat.." Jawab makhluk yang terduduk di atas kerusi yang khas itu dengan angkuh.
Hihihi...
"Baik tuan..." Balasnya. Gigi taringnya dijilatnya. Kemudian hilang di balik kegelapan kawasan tersebut.
...
Tubuh di atas sofa yang terbaring itu direnungnya.
Langkah demi langkah Aisyah menghampirinya.
"Tak panas ke kalau pakai baju macam ni.."
Sweater yang dipakai oleh Khai dilihatnya. Berlengan panjang. Berwarna hitam. Agak tebal kainnya.
Tiba-tiba wajah dan tubuh abangnya melintasi di fikirannya. Ya, seperti abangnya. Aisyah tersedar apabila diingatkan semula. Setelah pemergian abangnya itu, Khai juga mula berpakaian seperti abangnya. Yang sering memakai baju lengan panjang dan menutup leher mereka. Tersoal juga dalam dirinya, mengapa mereka seperti begitu?
Wajah Khai ditatap semula setelah memikirkan seketika.
Beberapa titik peluh mengalir di pipinya. Rambutnya yang terselindung sedikit dengan baju sweaternya itu jugak kelihatan sedikit basah.
Aisyah duduk melutut di sisi Khai. Melihatnya yang seperti keletihan. Bibirnya yang merah jambu itu juga terbuka sedikit. Nafas terhembus kecil dari mulutnya .
Wajah Khai ditatapnya. Tiba-tiba matanya terhenti apabila terlihat seperti kesan 3 parut dileher Khai. Seperti kesan cakaran.
Aisyah mendekati Khai. Tangannya mula menyentuh kesan cakaran tersebut.
Kemudian, sesuatu yang menyeramkan bermain di mindanya. Dia terlihat sesuatu kelibat hitam menghampirinya. Setelah itu, ia berubah dengan pantas dengan beralih ke arah suatu makhluk yang besar muncul di hadapannya. Gigi yang besar serta tajam. Ngauman yang besar itu memeranjatkan Aisyah.
Aisyah menarik tangannya laju dari menyentuh leher Khai. Segala apa yang telah dilihatnya juga turut hilang.
Aisyah menyentuh dadanya. Nafasnya mula tidak teratur. Dia cuba berdiri dan menjauhkan dirinya dari Khai.
Malangnya, kakinya seperti tidak mempunyai tenaga untuk berdiri. Aisyah cuba kali kedua untuk berdiri sambil menyeret tubuhnya ke arah meja yang berdekatan untuk membantunya berdiri.
Namun, Aisyah hanya dapat berdiri separuh sahaja. Lututnya terketar-ketar.
"Ya Allah, kenapa dengan aku ni.." Aisyah bersuara kecil dengan nada yang yang bergetar.
Tidak sempat beberapa minit Aisyah terjatuh di atas lantai kayu.
Bang!
Kemudian, segala yang dilihatnya mula kabur dan semakin gelap.
"Aisyah!"
Panggilan itu tidak disahut.
Tiba-tiba badannya terasa ringan dan diangkat ke atas. Matanya beralih ke arah kirinya.
"Khai..."
Wajah Khai ditatapnya. Aisyah meletakkan tangan di atas dada Khai. Seperti ingin menolaknya dari Khai mengangkatnya. Kerana apabila dia melihat Khai teringat akan kejadian yang ngeri tadi.
Tolakkannya hanya sia-sia. Dengan tubuh Khai yang besar dan tenaganya yang semakin lemah itu dia tidak mampu untuk menolaknya.
Matanya redup. Dan akhirnya gelap.

ANDA SEDANG MEMBACA
LIGER JADIAN
FantasíaAisyah. Seorang gadis yang tinggal bersama abangnya. Selama ibu bapanya sudah meninggal abangnyalah yang menjadi pengganti untuk menjaga adiknya. Tetapi hubungannya bersama abangnya tidak seperti yang dijangka. Aril. Seorang abang yang bertanggungja...