BAB 2

30 8 0
                                    

   Matanya dibuka perlahan-lahan. Telefon di atas meja sebelah katilnya dicapai.

  Telefon dihidupkan. Sakit. Cahaya dari telefonnya membuatkan matanya terasa seperti kena tusukan sesuatu yang tajam pada matanya.

  Aisyah membangunkan badannya lalu turun dari katil. Langsir yang ditutup rapi itu di diselaknya.

  Satu tubuh manusia yang membuatkan Mia agak terkejut. Mia memfokuskan lagi pandangannya terhadap orang tersebut. Kemudian, kedua-dua matanya digosokkan. Aisyah mendekatkan jarak mukanya ke tingkap untuk melihat dengan lebih teliti.

  Namun malangnya tubuh tersebut sudah hilang. Lalu Aisyah menggarukan kepala belakangnya.

  "Dalam hutan macam tu pun ada orang nak masuk?" Persoalan yang pertama muncul di dalam fikiran Aisyah.

  Hutan yang semak tidak jauh dari rumahnya itu dalam 100 meter itu ditenungnya.

  Dia menggelengkan kepalanya. "Aku salah tengok kowt." 

  Aisyah melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke arah ruang tamu. Sunyi.

  Dia cuba melihat sekelilingnya. Cuba mencari seseorang. Barangkali dia tiada di rumah. Tak mungkin lelaki tu boleh duduk serumah dengan aku.

  Gelap. Langsir diselakkan. Aisyah tidak bergerak. Matanya tidak lari dari melihat seseorang yang sedang berdiri dalam hutan yang semak tersebut. Membuatkan dirinya terkejut sedikit apabila dia tahu bahawa orang yang dia perhatikan ini adalah orang sama yang di luar tingkap biliknya.

  Tanpa membuang masa, Aisyah terus melangkah keluar dari rumahnya.

  Matanya melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari orang tersebut. Tetapi orang itu sudahpun hilang.

  Aisyah mengeluh kasar. Ini untuk kali kedua dia hilang orang tersebut  untuk melihat dengan lebih teliti.

  Hutan yang semak itu menjadi pandangannya. Di situlah di mana orang itu menghilang beberapa minit yang lepas.

  Aisyah berjalan ke arah hutan semak tersebut dengan perlahan-lahan. Jantung berdegup-degup laju. Perasaan ingin tahu siapa orang tersebut itu membuak-buak dalam hatinya.

  Aisyah..Aisyah...

  Namanya diseru. Aisyah semakin mendekati dengan hutan tersebut. Tiada lansung reaksi untuk terkejut dengan namanya yang diseru.

  Tinggal lagi 10meter untuk memasuki ke dalam hutan semak itu. Namun langkahnya sudah terhenti apabila lengannya mula di tarik kuat ke belakang.

  Aisyah tak dapat untuk menstabilkan dirinya lalu terjatuh ke tanah. Aisyah menjerit kecil.

  Lengannya masih tidak jatuh dari pegangan seorang lelaki. Lengannya di tarik kuat kebelakang. Membuatkan badan Aisyah diseret ke belakang. Aisyah menjerit kesakitan.

   Tetapi matanya masih melihat ke arah hutan semak yang semakin jauh darinya dengan perasaan kecewa kerana niat di hatinya untuk tahu akan orang itu tidak tercapai.

  Badan belakangnya tersentuh kayu tangga rumahnya. Seretan itu dihentikan. Lengannya dilepaskan.

  Aisyah terus memegang lengannya. Sakit teramat. Matanya mula melihat ke arah lelaki yang menyeretnya itu dengan penuh kebencian.

  Tidak sempat untuk bersuara. Badan Aisyah diangkat dan dipikul oleh lelaki tersebut. Aisyah menjerit kecil lagi. Badan belakang lelaki tersebut dipukulnya bertalu-talu.

  "Lepaskan aku sial!"

  Kemarahan Aisyah tidak dilayan. Selepas memasuki ke dalam rumah Khai melihat tajam ke arah hutan semak tersebut lalu pintu ditutupnya dan dikunci.

LIGER JADIANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang