Aisyah cuba bangun dari katil. Walaupun kepalanya masih terasa berat untuk bangun. Namun cubaannya masih tidak putus.
Setelah menapak kakinya diatas lantai, Aisyah tidak dapat mengimbangkan dirinya. Badannya seakan terasa lemah itu membuatkan dirinya berjalan terhuyung-hayang.
Dinding menjadi sokongannya untuk berjalan. Matanya mula melihat di sekeliling sudut di bilik tersebut.
Samar. Matanya juga masih kabur. Walaupun penglihatannya tidak seberapa jelas tetapi masih boleh melihat beberapa bentuk yang dapat Aisyah kenalpasti.
Tubuh Khai tidak dapat dilihatnya di setiap sudut bilik tersebut. Bermaksud Khai tiada di dalam bilik.
Langkahnya diteruskan. Keinginan tahu akan di mana Khai tidak lansung terlintas di fikirannya.
Pintu utama dikuaknya perlahan-lahan.
Tiba-tiba tubuh Aisyah bergetar sedikit. Angin sejuk yang lalu membuatkan bulu romanya mula naik.
Aisyah merasakan sedikit gementar dan takut. Mahu diteruskan niatnya tetapi sukar baginya.
Kakinya seakan terasa berat untuk diangkat.
Aisyah..Aisyah..
Namanya diseru. Kedengaran seruan yang sama seperti di luar rumahnya sebelum ini.
Seruan itu membuat hati Aisyah mula terasa ingin keluar dari bilik itu. Perasaan ingin tahu sebelum ini tidak tercapai. Oleh itu, Aisyah mencuba untuk tidak terlepas peluang ini lagi untuk mengetahui siapa yang sedang menyeru namanya.
Walaupun sukar, Aisyah mencuba juga untuk melangkah keluar.
Keadaan di luar bilik yang gelap benar-benar membuatkan Aisyah takut. Namun, suara yang menyeru itu membuatkan Mia seakan bertenaga untuk bergerak.
Langkah demi langkah Aisyah cuba mengikuti arah seru itu. Aisyah menyentuh dinding disisinya sambil berjalan supaya tidak terjatuh.
Tiba-tiba Aisyah terdengar bunyi yang menyeramkan di belakangnya. Langkahnya termati.
Bunyi itu seakan harimau yang sedang kelaparan.
Dup. Dap. Dup. Dap.
Jantung Aisyah mula tidak teratur.
Perasaan ketakutan mula menyelubunginya dengan lebih teruk daripada sebelum ini.Aisyah melajukan langkahnya. Dia tidak lansung ingin melihat kebelakang. Dia tahu ada sesuatu yang buruk dibelakangnya.
Kedengaran seperti sesuatu sedang menapak laju dibelakang Aisyah. Seakan cuba untuk mengejarnya. Kedengaran ngauman dibelakangnya. Aisyah mula tidak keruan.
Aisyah menjerit. Kemudian jeritannya terhenti setelah sesuatu itu seakan melintasi tubuhnya dan Aisyah dapat merasakan seperti angin sejuk yang memasuki dalam tubuh Aisyah dan keluar dengan pantasnya.
Aisyah berdiri kaku. Dengan tangannya yang terbuka seperti terkejut dengan apa yang berlaku. Matanya membulat. Mukanya juga mula dibasahi dengan air peluh yang mula keluar dari tubuh badannya akibat ketakutan.
Kekejangan mula terasa di seluruh tubuh badannya. Aisyah lansung tidak mampu bergerak. Dengan lututnya yang terketar-ketar itu membuatkan Aisyah terus melutut.
Aisyah yang tercungap-cungap cuba mencari nafas. Lalu rebah di atas lantai.
...Segala perubahannya tadi mula kembali kepada asal.
Khai menyentuh lantai. Nafasnya juga turut cuba diaturkan.
Baju yang tersadai di atas kerusi cuba dicapainya.
"Nampaknya, ada sesuatu yang telah berlaku."
Seorang wanita yang tiba-tiba menyapanya setelah membuka pintu bilik membuatkan Khai agak terkejut.
Tanpa membuang masa lalu ditariknya wanita itu dan pintu dikunci.
Matanya membulat melihat wanita yang berada di hadapannya. Adakah dia sudah tahu siapa dirinya?
"Siapa kau?" Soal Khai dalam keadaan yang cemas, terkejut dan tegas kepada wanita itu.
Wanita itu tersenyum.
"Aku Alya, jangan risau aku tahu siapa kau."
Alya membetulkan cermin matanya lalu menyarungkan tangannya ke dalam poket baju yang dikhaskan untuk doktor.
"Hei, kau nak apa hah? Baik kau cakap siapa kau sebenarnya." Khai masih lagi dalam keadaannya yang masih tidak menentu.
Alya membalas dengan senyuman senget. Lalu dia berjalan dengan perlahan di setiap sisi dinding yang terdapat kesan cakaran. Kesan cakaran itu disentuhnya.
"Aisyah, adalah salah satu anak yang masih terselamat dalam keturunan Liger. Dan dia mempunyai seorang abang yang bernama Aril Kassim yang juga mewarisi darah daging Liger..."
Alya memandang Khai serta-merta.
"Kau bukan Aril kan?"
Khai diam membisu. Pandangannya juga ditujukan ke arah lain.
Senyuman Alya mula bertambah. Kerana tekaannya adalah benar.
"Jangan risau, aku takkan apa-apakan kau. Lagipun, aku tahu sebab muka kau lansung tak ada lansung iras-iras muka pesakit aku dulu."
Pesakit dulu? Maksudnya? Khai monolog dalam hatinya
"Kau nak apa?" Khai bersuara. soalannya masih diteruskan.
"Aku tahu, kau dalam masalahkan dan aku cuba untuk selesaikan. Kau sekarang dalam kekeliruan. Sakit kau juga makin teruk."
"Tak payah risau, bukan masalah kau." Khai menyarungkan bajunya. Katanya juga seakan tidak berminat dalam bantuan Alya yang cuba diberikan kepadanya.
Alya mula ketawa.
"Kau ni sebiji macam 'dia'. Bila nak tolong tak nak. Tapi bila dah susah teruk baru nak cari aku."
Dia? Siapa dia?
Khai mengalihkan badannya. Tombol pintu baru sahaja ingin dipulasnya namun dibatalkan setelah sesuatu bau yang mula menganggu fikirannya.
"Aku tahu, kau dah lama tak makan ni kan?" Soal Alya yang sedang memegang daging yang berada di dalam plastik dengan mengangkatnya.
"Jangan kau fikir aku macam 'dia' sepenuhnya." Jawab Khai dengan selambanya.
Lalu keluar meninggalkan Alya di dalan bilik itu tanpa menoleh kebelakang.
Walaupun Khai tidak lansung tahu siapa akan 'dia' yang dimaksudkan oleh Alya. Namun Khai yakin bahawa dia bukan seperti apa yang yang Alya sangkakan.
Niatnya untuk menaiki tangga dibatalkan setelah teringat akan sesuatu yang hendak diambilnya di rumah.
Kereta enjin dihidupkan.
Khai melihat sekilas di tingkap bilik di mana Aisyah berada. Khai mengharap Aisyah dalam keadaan yang selamat. Lagipun bukanlah dirumah bukan? Di hospital. Mungkin tidak berlaku apa-apa yang buruk kepada Aisyah.
Khai hanya mampu bertawakal. Semoga Aisyah dalam keadaan yang selamat.
Alya.
Nama Alya yang tiba-tiba bermain dalam kotak fikirannya juga adalah salah satu persoalan baginya. Siapa sebenarnya Alya. Apa hubungannya dengan keluarga Abdullah Kassim?
Persoalan itu akan Khai tunggu sehinggalah soalan itu terjawab dan jika masanya akan tiba.
![](https://img.wattpad.com/cover/126327484-288-k185276.jpg)
YOU ARE READING
LIGER JADIAN
FantasiAisyah. Seorang gadis yang tinggal bersama abangnya. Selama ibu bapanya sudah meninggal abangnyalah yang menjadi pengganti untuk menjaga adiknya. Tetapi hubungannya bersama abangnya tidak seperti yang dijangka. Aril. Seorang abang yang bertanggungja...