Prolog

1.9K 98 9
                                    

Dalam kisah sebelum ini, para boboiboy telah kehilangan ibu bapa mereka dan tidak boleh bergabung semula. Kini, hidup mereka aman dan damai tetapi... Untuk seketika sahaja...

"Taufan! Thorn! Blaze!" jerit Halilintar.

Kedengaran bunyi hentakan kaki sedang menuruni tangga.

"Haih... Apa nak jadilah dengan diorang ni" kata Gempa.

"Bawak bertawakal" kata Solar.

Pada pagi itu, awal-awal lagi Halilintar sudah menjerit bak orang histeria mengalahkan orang gila. Gempa dan Solar yang sedang memasak hampir pekak kerana jeritan Halilintar yang kuat dan nyaring mengalahkan perempuan!

"Gempa! Kau ada nampak tak budak tiga ekor tu?" tanya Halilintar kepada Gempa.

"Tak. Ada kat halaman kot, carilah kat sana tu" jawab Gempa.

Halilintar hanya mencebikkan muka sebelum berlalu dari situ. Gempa hanya menggelengkan kepala tanda sudah pening kepala dengan kembar-kembarnya.

"Why? Why? Why all this happend to me?!" jerit Gempa.

"Bawak bertenang gem" balas Solar dengan muka krik³ di situ.

"Yelah... Aku akan bawa berenang" kata Gempa.

"Bertenang bukan berenang" kata Solar kembali.

"Ya... Bawak bertandang" jawab Gempa lagi.

Kalau dalam anime, muka Solar boleh nampak ada asap dan muka dia warna merah waktu tu.

"Bawak bertenanglah!!" jerit Solar.

"Bawak bertendang!" jerit Gempa pulak.

"Bertenang!"

"Berendam!"

"Bertenang!"

"Berenang!"

"Berte-adoi!!"

"Adoi!!"

Kelihatan ada seseorang telah mengetuk kepala Gempa dan Solar ketika itu. Orang itu hanya memandang kedua-dua remaja lelaki tersebut.

"Berapa kali nak cakap? Jangan bertengkar bila atok tak ada!" bebel Tok Aba.

Rupa-rupanya Tok Aba lah yang mengetuk kepala Gempa dan Solar tadi menggunakan periuk malah periuk itu masih dipegang kalau-kalau Gempa dan Solar berlawan cakap lagi.

"Maaf atok" kata Gempa dan Solar serentak.

"Yelah... Atok maafkan. Sudah panggil yang lain suruh sarapan" arah Tok Aba.

"Baik atok!" kata Gempa dan Solar lalu pergi.

Akhirnya, mereka semua telah berkumpul lalu bersarapan bersama. Ketika itu, keadaan tetap kecoh walau tidak sebising tadi. Taufan sekali lagi menganggu Halilintar. Tok Aba terpaksa menghentikan Taufan sebelum Halilintar mengeluarkan renjatan elektriknya.

Suasana amat mengembirakan. Dari jauh, kelihatan seseorang sedang memerhatikan semua. Orang tersebut hanya tersenyum lalu pergi dari situ.

Bersambung~

Maaflah ye semua..nia buat pendek je kali ni..nanti nia buat panjang lagi..dan..nia nak minta maaf sebab unpublish cerita ni sebelum ni! Dan maafkan nia juga sebab jalan cerita ni akan berubah sedikit dari yg asal..jadi siapa dh baca sebelum cerita ni diunpublishkan..korang kena dari bahagian awal semula untuk faham jalan cerita nya..baiklah!! Kalau nk cakap apa² komen!! Kalau suka vote lah ye!!
Bye²!!

Maafkan ku, Boboiboy2: The last hope of element ( Complete)Where stories live. Discover now